Rasanya semua orang tahu I’m a huge food lover. Tak kira
makanan berciri Melayu, Thailand, Indonesia, Nihon, Korea,Western; semua aku
makan. I love trying out new foods, new places.
So sekarang tengah in pasal Korean food especially Korean
Fried Chicken. As a food lover, I tak ketinggalan try out a few places that
serve Korean food. I’ve tried Dubu-yo,4Fingers and Kyochon and a few other
places yang I dah lupa apa namanya.
This time, my colleague ajak pergi try K Fry pulak. I on
saja!
I pergi K Fry dekat 1 Utama. Lepas kerja terus pergi sana so
sampai dalam pukul 5.45 pm kot. Selalu orang cakap kena beratur panjang tapi I
pergi tak payah beratur pun. Terus dapat table, maybe bukan sebab peak hour dan
weekday pulak tu (Jumaat).
Dapat je menu, rambang mata nak pilih makanan. Semua nampak sedap,
memanggil-manggil untuk di order. Masa tu, kami bertiga je perempuan. Sorang lagi kawan tengah
on the way. So masa kami order, the waiter macam terkejut la we order quite a
lot. Dia siap tanya,
“Cik betul ke nak order banyak ni?”
Hehehe.
Our first food yang sampai ialah Anchovies Tuna Rice Ball.
Hamekk kau, bapakk besar mangkuk dia bawak ke meja. Tanjat gegirl. Dekat meja
tu jugak waitress tu gaulkan nasi tu dan kepalkan jadi rice ball. Bau dia,
pehhhh rasa macam berjejer air liur ni.
Rice ball ni bagi aku sedap. Especially kalau makan right after dia kepal tu sebab anchovies dia masih rangup krukk krukk. Ada rasa seaweed and slightly cheesy. I like this one.
Ini pulak Spaghetti Ramyeon. Basically, ramen with egg and chicken popcorn. For me tak rasa pedas macam Samyang pun dan hmm biasa-biasa je kot rasa dia.
This is UFO Kimchi Bokkeumbap. Secara mudahnya ini ialah nasi goreng kimchi yang dikelilingi lautan cheese dan telur goreng mata. Waitress tu tanya nak dia tolong gaulkan tak so aku iyakan je. Terus jadi nasi cheese. My suggestion: better gaul sendiri. I means, you have to taste the fried rice on its own dulu then baru gaul to your liking. Mine rasa muak sangat lepas beberapa suap sebab memang bersalut cheese betul. Cheese tak kedekut. Cheese lover will freaking love this!
Tibalah masa untuk watak utama jeng jeng jeng!
Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom., the famous dish at K Fry. I read on internet Bumbuk ni kadang-kadang sold out and kena book dulu. Alhamdulillah masa pergi haritu tak payah book pun ada lagi bumbuk ni. '
We chose spicy bumbuk instead of the normal one. It was suggested by the waiter.
For me, tak rasa spicy pun. Rasa macam manis-manis savoury gitu. Sedap! Atas tu gambar sebelum cheese jadi melt.
Saat-saat kejadian. Sebelum dia melt kan cheese tu, dia akan transfer the fries and chicken into another plate.
Tarik jangan tak tarik!
Pastu TARAAA! She coated the chicken with the melted cheese like this. Sedap gila! Sedap gila! Sedap gila!
Nak makan chicken ni pakai plastic glove dulu ye kawan-kawan. Baru la ada gaya Korean, gitew! Di samping itu, sistem ini turut menjimatkan air dan penggunaan hand wash. Namun, I sedikit risau dengan plastic waste yang banyak.
Gambar I tengah gigit chicken kena la ada.
Lepas makan beberapa ketul ayam dan rice ball, sedikit ramyeon dan nasi kimchi tu, memang tersandar kekenyangan. Alhamdulillah sangat kenyang padahal dah share 4 orang. Mula-mula ingatkan kenyang geli-geli je, sekali haaa kenyang sampai termenung.
Pernah tak kenyang sampai jari rasa sejuk? Haa macam tu la I punya kenyang. Over tak? huhu
Proof kitaorang memang kenyang gila. Sampai tongkat kepala nak habiskan makanan.
Masa tu lupa dah order Mango Bingsoo sekali. Terbeliak mata I teringat bingsoo yang perlu dihabiskan. Seram sejuk guys sebab memang kenyang sangat dah. Haa tu la tamak lagi.
Mango Bingsoo! Besar ya amat bingsoo dia. Walaupun konon kenyang gila tapi habis jugak bingsoo ni ok. Rasa yang white layer tu macam milky, yellow layer tu of course mango (mango smoothie?), vanilla ice cream on top with mango drizzle and huge chunks of mango.
Untuk sesiapa yang tak minat rasa susu, rasanya tak minat kot bingsoo ni. Memang kuat rasa milky dia tu tapi I suka je sebab I love milk! Mango chunk pun manis.
Btw, sepanjang kami makan kat K Fry ni, manager dia rajin pusing kedai tanya customers about their experience, tanya how's the food, whether we need anything. Bagus betul, ramah dan senyum manjang macam dunia ini dia yang punyaaa.
So inilah total harga yang kami perlu bayar. Bukan nak show off eh, nak tunjuk harga-harga makanan je in case korang nak tahu dan nak simpan duit siap-siap. Berbaloi tak? For me berbaloi je sebab portion besar dan sedap.
Repeat? Yeah when my wallet is thicker.
No comments:
Post a Comment