Aku merupakan homo sapien yang tidak mempunyai ramai kawan. Ada beberapa ketul je yang memang rapat dari sekolah dan universiti. Kawan laki hampeh takde langsung yang rapat, orang kata menjaga ikhtilat, gitew!
Antara yang memang kamceng gila sampaikan mama lebih banyak memuji dorang dari memuji aku ialah Mariam, Chewy dan Yuni. Kitaorang rapat sejak high school sebab rajin ponteng surau bersama dan selalu didenda berlari kerana tidak memakai pakaian lengkap ko-ko (kecuali Mariam sebab dia pengawas dan nerd).
Lepas sekolah, masing-masing bawak diri belajar merata tempat. Demi mengekalkan silaturahim, kami kerap jugak berjumpa dan sentiasa merancang untuk bercuti ke mana-mana tempat menarik. Tapi tu lah, rancang je lebih. Rancang bertahun-tahun sejak habis sekolah sampai habis degree =,="
Namun, keajaiban dunia telah berlaku baru-baru ini. Kami berjaya bercuti bersama! Like finally, oh-my-God! Adik aku pun join sekali sebab nak minimize kan budget per person.
Rancang bertahun tu gaya macam nak pergi jelajah Europe, padahal pergi Bukit Keluang, Besut je pun, lol sangat. Plan nak buat bride shower untuk one of our friend tapi tak kesampaian atas beberapa sebab yang agak mehhhh. Takpe, hidup mest diteruskan. Lalu kami buat je bride shower--tanpa bride, lol sekali lagi.
Amboi, panjang mukadimah aku.
Pada hari kejadian, kitaorang gerak dari Kota Bharu-Pasir Puteh-Bukit Keluang. Kami stay dekat Bukit Keluang Resort.
Nice kan bilik dia? Luas gila, nak terawih berjemaah pun bole.
Lepas check in dan letak beg, terus pergi pantai untuk lunch. Weolls dah plan dan agihkan tugas untuk memasak so maisng-masing dah bawak makanan dan buat pot luck. Lepas perut kenyang dan perut nampak macam pregnant sebulan dua, barulah kita pergi bergambar di tepian pantai.
Nampaknya ade orang lupa bawak picnic mat hmmmm. Nampak jugak satu tangan macam Doremon hmmm.
Btw, tema kekonon beach day la so pakai putih and pink. Meoww kat belakang tu tak menepati tema so dia dipulaukan.
Yang belakang kemain sweet-sweet, yang depan nampaknya ada pihak yang bertepuk sebelah tangan hahaha.
Cuba sorok perut.
"Eh tengok sana, ada dugong terdampar"
Emmmm ini bukan dugong.
Dah puas tadah muka bawah terik matahari, kami balik ke resort dan bersiap untuk mandi kolam pula. Kolam dia punya lah jauh, rasa nak berputus asa je nak mandi kolam. Mengenangkan duit dah bayar, kita harus gunakan semua kemudahan yang ada supaya duit tu berbaloi so mandi kolam it is!
Lol kali ketiga sebab tak ada seketul ummat pun dekat kolam kecuali kami berempat. Kawasan sangat sunyi rasa macam tengah berlakon filem seram. Lol kali keempat bila 3 minit kemudian hujan berserta guruh menghiasi hari kami. Berjalan kaki nak pergi kolam tu lagi lama dari mandi woi, hahahhaha.
So kami balik bilik je dan makan lagi sekali sambil membincangkan beberapa gosip hangat.
Malamnya, kami decorate bilik lawa-lawa sebab plan nak video call dengan bride-to-be. Malangnya, dia tengah busy so berhuhuhu la kami semua.
Pakai seluar tido je sebab kan nak video call je :P
My fingers are too Doremon to do love sign so they laughed at me. Entah berapa puluh gambar pun kitaorang masih ketawa sampai berguling-guling. Cuma aku tak tunjuk kat sini la, tak senonoh hahaha
Finally, proper picture.
Akhirnya, kami decide untuk mekap each other demi mengisi masa lapang. Disusuli pula dengan makan megi dan coffee 3 in 1 untuk mengimbau kenangan hidup di asrama dulu-dulu.
Esoknya kami cuba untuk mandi kolam lagi sekali sebab semalam kan sempat mandi 3 minit je. Entah la kenapa kami diuji lagi sekali, kolam tu tak dibersihkan pun dan air kolam tak full. Zzzzzzz nye rase percutian yang dirancang bertahun-tahun ni.
Eventho terpaksa hadap macam-macam cobaan, percutian ni tetap best! Eh semua benda jadi best bila ada dorang, awwwh. Semoga kita dapat bercuti bersama lagi--mungkin dalam masa beberapa tahun lagi.
Sekali lagi, ada pihak yang kelihatan dingin selepas bertepuk sebelah tangan sebelum ini :D
Tak paham kenapa aku pegang Twisties tu macam bawak pouch =,="
No comments:
Post a Comment