Tuesday, September 19, 2017

Trip 2 in 1

Assalamualaikum.

I just came back from Kuala Lumpur. Selalunya aku gerak solo je ke sana tapi kali ni my best friend, Chewy (not a real name) ada join sekali.

Actually, Chewy is a big fan of SEA Games. Dan KJ. So masa SEA Games haritu, dia memang akan quote/retweet hampir semua tweet pasal SEA Games. Aku rasa KJ boleh hired dia untuk handle account sosial media apa-apa aktiviti sukan next time, luls.

Panjang pulak mukadimah, aduh!

Since opening ceremony ASEAN Para Games 2017 mengeluarkan free entrance pass, kami berdua bersetuju untuk menunjukkan sokongan padu dan semangat kesukanan yang tinggi kepada KJ, eh kepada Negara. Lagipun, ada career fair dekat KLCC pada hari yang sama dan the next day pulak ada open interview dekat MIDA Central. 2 in 1 bak kata omputeh.

Pada hari kejadian, kami pergi ke Pasar Seni terlebih dahulu. Ini semua pengaruh media sosial yang mem-viralkan pinggan mangkuk yang lawa nak mampos. I know, macam makcik-makcik kan? Memang lawa dan rambang mata. Lalu duit pun mengalir seperti air sungai sewaktu hujan lebat.

 Btw, kedai ni terletak nearby wau bulan besar tepi jalan tu. Start meniaga pukul 10 am kalau tak silap.

Lawa woih! Rasa nak beli semua design tapi nanti nampak caca marba pulak kitchen aku hmmm.


Next, career fair at KLCC. Mencuba nasib mana tahu kot-kot ada rezeki dapat kerja. Lepastu sempat tengok wayang seround, movie IT. Pendapat aku, movie ni bosan dan meleret. Nora bagi 3 bintang!

On the way ke Bukit Jalil, takde la sesak sangat. Sampai je depan stadium, omg perasaan excited tak dapat dibendung lagi. Tetiba lubang hidung rasa kembang kempis bangga tengok Stadium Bukit Jalil lawa sangat.

 View dari luar stadium. Memang gempak habis la!



 Persembahan dari tentera.

 Ketibaan masuk kontinjen dari Brunei. 







The next day awal pagi lagi kitaorang gerak pergi MIDA Central pulak. Allahu, ramai sangat umat manusia. Nervous kejap memikirkan macam mana la aku nak compete dengan dorang semua untuk dapat kerja. Takpe la, rezeki tu rahsia Allah dan kita usaha je semampu yang boleh. Malaysia boleh! Tetibe =,=”

Tengah beratur tunggu turn nak masuk booth. Menyempat je selfie hiks.

Dah setel bergesel ontot dengan orang ramai, kitaorang decide untuk mencuba the latest public transport in Malaysia, MRT. Sekali lagi, kembang kempis lobang hidung tengok betapa lawanya stesen MRT. Good job Malaysian! Malaysia boleh!


Escalator pun yang green technology punya, caya la!


Destinasi kami, IKEA. Yeyy, dah tak perlu bersusah payah lagi kalau craving meatball atau almond cake IKEA. Naik je MRT and stop dekat stesen Cochrane, jalan sikit lepastu dah jumpa IKEA.


Ini meatballs IKEA. Dia sedap sangat, kalau jual depan rumah aku akan beli tiga hari dalam seminggu. 4 hari lagi tu nak makan budu. 


Aku tengok ramai hijabster ber-ootd dekat celah barangan IKEA ni. So aku join sekali. Tapi dalam gambar tu ialah Chewy, mungkin tengah diskus pasal bisnes juta-juta dengan Dato' M. 


Lepastu dapat soft ice cream. Oh btw, kawan aku sorang lagi join pergi IKEA so dia la yang belanja ni. Thanks :) 

Overall, kaki kitaorang sikit lagi nak tercabut pergi sana-sini dalam masa dua hari. Tapi rasanya, worth la dapat buat semua benda yang dah plan dari awal—on track gitu.

Apa yang membuatkan trip ni lagi berbaloi adalah------Chewy. Sebab dia belanja aku wayang, dan KFC hahahahaha. Rasa macam perjalanan ditanggung oleh sugar daddy uolls. Thank Chewy, u know I lebiu ahaks!




Till the next trip.

No comments:

Post a Comment