Assalamualaikum.
I'm typing this entry on 31 August 2017.
Happy independence day, my dear Malaysia. Nothing can beat the feeling of hearing the announcement "To all Malaysian, welcome home" when coming back from a long trip to oversea. Indeed, Malaysia will remain as our sweetest home. And may all the souls of those who sacrificed for this country are blessed by the God.
Merdeka tahun ni adalah sangat bermakna bagi aku. Sebab......*drum roll*....
I finally passed my driving test!
Aku rasa ada la nak dekat setahun proses buat driving license ni. Punya la lama sampai 2 kali renew lesen L. Alkisah, mula-mula aku join driving class ni dekat KL sebab konon nak cepat setel. Lagipun, harga dia agak murah iaitu RM1350 untuk kereta dan motor. Rupanya, berderet orang nak jimat macam aku ni sampaikan nak tunggu turn each class punya la lama. Stress aku! Belum lagi campur dengan class yang terpaksa postponed sebab bertindih dengan tarikh penting universiti (test, exam, presentation, etc).
Cikgu aku pulak garang nauzubillah. Hilang terus confident aku nak drive tau, sobsss. Aku jadi takut-takut nak drive dan rasa lost sebab asyik kena tengking. Tapi takpe, aku kuatkan semangat sebab takkan la aku nak quit separuh jalan.
Lesen motor senang dan sekejap je setel sebab aku selalu dah merempitz secara haram ulang-alik kampus dan kolej. Lesen kereta ni, aduhaii gagal pulak satu bahagian test. Aaaa stress lagi! Masa tu pulak aku dah habis belajar dekat universiti, satu hal pulak aku nak cari pusat latihan memandu baru.
Then aku sambung dekat Kota Bharu pulak. Alhamdulillah, aku regained confident untuk drive dengan cikgu baru ni. Malam nak test, allahu bukan setakat rasa butterfly in my stomach je, rasa macam ada zoo dalam perut. Lagi power, masa tu jugak la demam T.T
Alhamdulillah, test kedua ni aku passed!
Bila ingat-ingat balik, ada hikmahnya aku failed masa first test. Cuba imagine, kalau aku lulus, padahal aku takde confident pun drive and drive pun masih kalut dan berbahaya, mesti aku akan bahayakan orang lain kalau dapat lesen masa tu. Sekarang, I dare to say that I am a better driver, not the best but better than before. Alhamdulillah, elok perancangan Tuhan.
So yeah, I got my driving license! Untuk kereta dan motor, dalam masa setahun =.=" Tapi takpe, I learnt not to give up and go for it no matter how hard it may seem. And one more thing, everything happens for a reason. Ada benda yang kamu suka tapi buruk untuk kamu, dan ada benda yang kamu tidak suka tapi baik bagi kamu-Al Baqarah ayat berapa lupa pulak.
Setel satu lagi checklist 2017 ✅
No comments:
Post a Comment