Sunday, August 12, 2018

Malacca with Love

Assalamualaikum.

Wow, kemain dalam satu hari sampai 3 posts. But let's start!

I've never been to Malacca before. Masa kecik-kecik dulu pernah kot sekali datang stay dekat A'Famosa Resort sebab ikut my uncle and aunty. Tapi tu tak valid sebab tak ingat apa-apa pun pasal Melaka and I was just staying in room masa datang tu.

First time datang Melaka masa adult adalah masa nak datang interview. Actually, I didn't like working/staying outside of KL-Selangor. Main factor--transportation. Tapi dah rezeki dapat interview kan so I pegi je la.

Second time datang Melaka adalah untuk medical check-up plus visiting rumah sewa. This time I came together with F. Yela, noob lagi so kalau datang berdua, ok la sikit. Kalau sesat pun, takde la gelabah sangat.

Masa second time ni, both of us sempat pergi jalan-jalan kejap lepas dah settle semua hal check up and house. Mula-mula kitaorang tak tahu nak pergi mana sebab tak familiar dengan Melaka. Since it was lunch time, kami decided untuk makan dulu! Kalau perut lapar nanti semua benda jadi tak best.

I jenis suka try kedai yang orang dah review or dah list down by others. Tapi F ni jenis makan je kat mana-mana kedai yang ada depan mata, asalkan makan katanya. So sebab malas nak argue, kami makan dekat food court Aeon Ayer Keroh. I bought asam pedas daging tetal and he bought nasi ayam.

Asam pedas dia sedap weyyy! Tak tahu la kalau ada yang lagi sedap tapi yang dekat food court ni, bagi aku cukup pekat, daging banyak, kuah sesedap rasa. I beli dekat kiosk Claypot.


After lunch, we still had more time to spend. Since I love museum date, we planned to go to museum. We booked a grab to go there tapi jalan punya jalan, tiba-tiba sampai tempat lain. Entah macam mana, kami dah tercegat depan St. Paul's Church. 


Menurut hasil Google, church ni dibina oleh Duarte Coelno pada 150 tahun yang lalu in gratitude of Virgin Mary sebab dah selamatkan dia masa ribut dekat tengah laut. Dulu church ni dipanggil dengan nama Nossa Senhora da Annunciada. Lepastu tukar nama jadi Madre de Deus. 

Bila Belanda invaded Melaka, bangunan ni rosak teruk. Lepastu baru la dibaiki dan ditukar nama jadi St. Paul's Church. Bangunan ni diguna sebagai gereja selama 112 tahun ye, lama bebenor. 

Cantik church ni. Dah tak nampak rupa church sangat pun, more to ruin. 





Dalam church ni, ada banyak tombstone disusun di tepi dinding. Saiz besar-besar dan kalau jatuh agaknya bole hancur barang seketul dua tulang. Tombstones ni dimiliki oleh bangsawan Belanda yang ditanam di situ. So ni macam batu nisan la kan?



F gigih nak ambil gambar ni siap melutut lagi. Yey I got free photographer, hot pulak tu ahaks!

Dekat sebelah St. Paul's Church, ada satu muzium warna putih ni. Design lawa macam ala-ala Inggeris. Entrance fee is RM5 per person which for me agak mahal sebab muzium tu kecik je, takde tarikan sangat pun.

Bangunan ini namanya Bangunan Seri Melaka (based on what I read on information board). Bangunan ni dah ada sejak kurun ke-17 lagi, dibina semasa Belanda memerintah Melaka. Dulu-dulu bangunan ni jadi kediaman rasmi dan pejabar Gabenor Belanda sebelum pindah ke Stadhuys. Lepas tu bangunan ni jadi kediaman Gabenor dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pulak sebelum pindah ke Istana Melaka pada 1996. 

Kononnya tapak binaan bangunan ni berasal dari tapak asal Istana Kesultanan Melayu Melaka sebab dekat puncak bukit dan menghadap muara Sungai Melaka. 

The view inside. 

Pejabat Gabenor, simple je kan? 

Dewan makan rasmi kalau ada apa-apa majlis. Penat oi nak bercakap kalau meja panjang camni. Apesal tak buat meja bulat, kan lagi mesra hahaha. 

Tangga ni nampak klasik sangat, dah la diperbuat daripada kayu pulak tu. Feeling zaman dahulu kala sangat. Kalau ambil gambar pagi raya mesti lawa ni :D


Pintu klasik pun kena ambil gambar ye. 


Kereta rasmi Gabenor. 

View dari sisi. Lawa kan architecture dia? 


Lepastu tak sempat nak pergi tempat lain sebab kena kejar masa nak pergi Melaka Sentral pulak. Menyesal pulak beli tiket bas balik awal.

Tapi menyempat je ambil gambar on the way cari jalan keluar. Semua tempat cantik sangat sebab architecture zaman dulu. I like! 

Panas ya ampun.




Pastu tiba-tiba dah sampai kat tempat ni. Eh macam kenal je, macam pernah tengok dalam buku je? Cantikkkk tapi tak sempat tengok lama-lama. 

 Next time nak jalan-jalan tepi sungai ni. Lawa kan?



No comments:

Post a Comment