Thursday, October 6, 2016

Hiking at Bukit Batu Putih.

Assalamualaikum.

Ehemm, announcement! I'm officially a final year student (degree)*virtual firework!*

So...masa first year dulu-dulu, I have a bunch of wishlist untuk di realisasikan sebelum graduasi. Ini macam kerja-kerja yang perlu dibuat segera sementara masih muda, belum kahwin dan belum beranak-pinak. Or benda yang hanya boleh dibuat masa tengah study je, haaa cemtuuu!

  • Jadi fasilitator untuk majlis orientasi- DONE! During 2nd year, bonus dapat jadi SU program.
  • Initiate a program and make sure jadi pengarah program-DONE! Bonus, program jadi annual event.
  • Join any program/visit main campus dekat Johor-DONE! 
  • Involve in any sport-DONE! Joined volleyball and bonus, dapat merasa jadi kapten jap hahaha.
  • Join exchange program to oversea-DONE! Bonus, dapat pergi dua kali heheee~
Ade lagi sebenarnya tapi tak ingat. Aku bukanlah jenis berkobar-kobar sampai nak tulis lekat dekat dinding, cukup buat notes dalam kepala je. Lalu aku lupa apa lagi benda nak kena buat sebelum graduation hahaha. Kena figure out balik apa lagi wishlist ni. 

Alhamdulillah, minggu lepas aku berjaya setelkan satu lagi wishlist. 

HIKING!

To let everyone know, aku ni jenis stamina level penyu je. Memang boleh buat geleng kepala atau bahan ejekan kalau masuk padang. So walaupun dah banyak kali aktiviti hiking dijalankan dekat kampus, aku tak pernah join sebab takut jadi orang paling lembab mendaki. Tapi sampai bila aku nak dibayangi dengan level penyu tu ye dok, I need to challenge myself, yeahhh!

Benda penting dan mengerikan macam ni kena plan last minute. Bila plan last minute, aku ada less masa untuk think thoroughly atau membayangkan yang bukan-bukan atau change my mind sebanyak 50 kali dalam sehari. Plan hari Jumaat, hari Isnin kira jadi. 

Tapi bila last minute, stamina memang tak prepare. Nasib baik semenjak dua menjak ni rajin zumba, ada la stamina level up sikit.

Start kejadian ni dengan aku bergerak ke UIA sebab aku join geng kelas kawan UIA aku. Bertolak pagi-pagi dari Gombak ke Seremban. Haa lupa nak bagitau, aku panjat bukit for beginner je dulu yakni Bukit Batu Putih. 


Ada la dalam 11 orang join haritu, campur laki perempuan. Mula-mula jalan dah tercungap woi, aku hampir saja nak cancel tapi taknak la menjadi mahkluk lembik dan rebah sebelum berjuang. Aku teruskan je. 

Dalam setengah jam camtu dah sampai ke point yang kena panjat cerun hutan sikit untuk sampai ke peak. Tapi aku macam tak puas hati, rasa macam eh kejap bebenor. Ecewah berlagak ko kan, tak sedor diri tu lembik je.

Kawan aku yang jadi guider ni nak try panjat dari arah pantai lalu cerun batu sebab dia dah pernah daki dari route senang tu.  Aku kekonon nak mencabar diri so aku decide nak ikut dia while 5-6 orang lagi decide lalu je cerun hutan tu sebab less danger dan lagi senang. 

Little did I know..cerun bukit tu memang curam nak mampos. Kalau tergelincir atau salah berpijak atau salah berpaut memang boleh greet malaikat Izrail terus. Dah la aku tak inform parents nak hiking, so aku kena usaha untuk tidak cuai lalu menyebabkan kematian.


Rest kejap sebelum sambung panjat. 

Masa panjat tu, tipu la aku tak rasa nak give up. Memang nak give up sebab curam ya amat dan susah. Tali pun takde untuk berpegang, ada batu semata-mata. Tapi tak boleh give up, bukan sebab aku bersemangat waja. Masalahnya, kalau kau nak turun balik cerun tu sama je payahnya macam kau mendaki ke atas, malah lagi bahaya sebab tak nampak tempat nak berpijak. Nak taknak, teruskan sajalah labuuuu.

Lepas bertarung nyawa, alhamdulillah sampai ke puncak. Yey, I did it. Conquered my first hill, most importantly...I conquered my fear! 


At the peak!



The view! Tu area pantai Port Dickson. 


Sebenarnya nak tunjuk tangan calar-calar tapi tak nampak pulekkk dalam gambar ni. 


Aku pun tak pasti dan tak faham kenapa kawan aku nak letak tuala atas kepala macam tu. Tanda done hiking ke guys?

So.............hiking-DONE!

Just my 2 cents, jangan dibayangi dengan ketakutan yang nonsense tu. If you wish for it, then work for it. Only you can do it! Yelah, takkan kau nak upah orang hiking untuk kau macam upah haji tu pulekkk. 

Btw, thank you so much Filzah sebab bawak aku hiking heheee. #belahanjiwa

Sekarang tengah pikir apa lagi nak buat before grad ni. 




No comments:

Post a Comment