Wednesday, August 31, 2016

Party!

Assalamualaikum.


Haritu aku dapat party invitation. Alang-alang aku tak buat apa-apa kat rumah, baik berparti ye dak?Bila aku bagitau kawan aku yang aku tengah bersiap nak pergi party, dia mengucap panjang dan menyuruh aku kembali ke pangkal jalan hahaha. Tidak mengapa sahabat, kalau aku jadi dia pun aku terkezut setiap minggu pergi berparty.

Sudahlah di Malaysia bertudung litup dan rajin share tweet Islamic, eh bila datang Jepun kuat berparti pulak. Dasar lupa daratan dan mudah terpengaruh, culture shock omputih kata.

Ahh penat la berdrama. Ayuh teruskan cerita party aku.

Party ni organised by Emi-san, kira bestfriend la dekat Nobeoka ni. Dia prepare semua, kitaorang datang bawa diri serta sedikit buah tangan.


Rare tak party kite? Kite mana berani nak pergi party liar atau party boom boom pow tu, berani pergi takoyaki party je ihiks! Kalau tak papa kite tambat dekat pokok kelapa atau lebih teruk lagi, dibuang keluarga.

Gambar di atas menunjukkan takoyaki yang berintikan tako (sotong) dan cheezu (cheese) dalam bentuk liquid dan sedang tunggu masa nak di-boyot-kan jadi bebola.


Takoyaki pan macam dalam gambar ni banyak sangat dekat Jepun. Emi cakap hampir semua rumah dekat Jepun ada pan ni. Nak buat takoyaki ini gampang banget. Tapi aku tak salin resipi so kalau berminat sila tanya bestfriend semua orang iaitu Encik Google.

Takoyaki dalam gambar dekat atas ni dah boleh dibentuk jadi bulat macam kepala Doraemon.


Dah jadi bulat dan menggiurkan.

Sebaik keluar pan, beginilah rupa takoyaki. Iras-iras rupa cekodok durian.

Okay, sekarang tidak lagi. Sudah bertukar menjadi rupa takoyaki Jepun yang mengancam aummm!

Sempat la buat beberapa batch takoyaki ni sambil-sambil membincangkan gossip hangat dan terkini. Sesekali teguk air coklat Van Houten. Ahh, segerr! Puas hati dapat makan takoyaki sepuas hati muahaha! Sedap pulak tu, bergetar muscle perut aku mengingatkan takoyaki gemok ni. Lepas puas berparti, kitaorang pergi hanabi matsuri pulak. Hanabi= fireworks, matsuri=festival.

Tapi tu lain entry la aku cerita. Banyak pulak nak sumbat semua cerita dekat sini.
*****
Lepas setel takoyaki party yang pertama, aku dapat lagi satu invitation untuk takoyaki party. Kali ni dari Kaori-san pula. Alhamdulillah, jimat duit boleh beli eskrim green tea Meiji dengan cream puff hehe.


Party kalini dibuat lepas office hour dekat rumah Kaori-san. Beria dia bagitau yang rumah dia bersepah dan biasa-biasa je, aku pun macam apedehal sebab rumah aku pun macam dilanggar dugong.

Rupanya..dia punya level sepah dan biasa-biasa tu jauh tersasar dari expectation aku. Tanjat ittew tengok rumah dia lawa sangat macam rumah contoh of the year. Lawa yang amat! Rumah yang jenis urban design, pastu semua interior design adalah wooden based.


Kasi sneak peek sikit rumah Kaori-san ni. Lawa kan kan kan? Dia cakap semua furniture rumah dia free je sebab sekali dengan house construction.

Ok setel hal rumah. Meh masuk hal takoyaki party pula.


Takoyaki kitaorang disediakan oleh encik suami Kaori-san. Takoyaki pan dia lagi best sebab boleh buat banyak sekaligus dan boleh buat takoyaki versi gemok gedempol. Memang puas hati!


Ini pula side dish. Sedap betul kimchi orang Jepun ni, bertambah-tambah aku makan. Tuan rumah siap kasi bekal bawak balik rumah hahaha. Jelly tu pun sedap. Ahh semua benda sedap la senang citer.


Kemain presentation nak wow-wow je. Oh lupa nak bagitau, masa ni suami Kaori-san buat banyak perisa. Ada perisa jagung, perisa tako, perisa udang, perisa apa entah lagi dah lupa. So setiap ketulan tu perisa lain-lain. Jap perisa bunyi macam tak sesuai jem tapi ahhh percetankan dia. Aku paling suka udang punya.
Motif gambar sebab nak tunjuk chopstick ni bentuk love je hahahaha!

Well, aku kan tak menyempat kalau bab makan. Sebaik siap je takoyaki tu terus aku makan seketul, gelojoh punya pasal. Haa hamekk kau, rasa meletup-letup panas dia dalam mulut. Nasib tak pecah pipi aku menahan panas nya takoyaki yang gemok itu. Cuma ada melecur sikit aa lidah aku. Maka suapan yang seterusnya tu dah perlahan dan berhati-hati keh keh keh...

Dah makan kenyang-kenyang, Jou-kun (anak Kaori-san) ajak kitaorang main hanabi pulak. Terasa macam malam raya pula hiks. Haa lupa nak bagitau dorang ada anak lelaki seorang, comel dan petah. Dia pula rajin ajak nyembang dalam bahasa Jepun, aku mampu ajuk balik je apa dia cakap hahahaha. Rasa down sangat, hilang semua self-esteem aku T.T

Ini hanabi, sama macam yang kita dok main malam raya tu.

Ini keluarga Arata. Anyonyo comel sangat pakai baju sama tapi budak kecik tu muka slack je hahaha. Thanks sebab layan kitaorang dengan sangat baik :))))

Ini pula aku. Kot la tak kenal -.-

Jou-kun buat muka tanjatt tengok biji watermelon.

Dah, sekian berita party dari Jepun. Seronok la aku dapat pergi dua kali party takoyaki ni. Sudahlah makan free, sedap pulak tu. Terima kasih semua yang menjemput. Alhamdulillah, kenyang perut senang hati. 

1 comment: