Monday, August 29, 2016

Nobeoka 3 in 1

Assalamualaikum.


Aku dah sampai takat didih tahap kemalasan untuk update pasal Jepun sebenarnya. Tapi untuk kenang-kenangan di hari tua dan buat modal show off dekat anak cucu, ayuhlah type mana yang rajin nak type. Cumanya,  I will put 3 places altogether in 1 entry ala-ala kopi instant Nescafe 3 in 1. Ala, korang kan suka instant-instant ni kan kan kan?


BEPPU


Ok, kita mulakan dengan Beppu sebab Beppu antara tempat yang aku mula-mula lawat masa stay dekat Jepun ni. Nak pergi Beppu dari Nobeoka ni ambil masa dalam lebih kurang 2 hours kalau naik train. Kalau jogging mungkin 4 hari. Kitaorang tukar train dekat Oita. En route to Beppu, the view gave me eye-gasm! Sumpah tak boleh lupa misty hills, sawah padi menghijau, air sungai warna biru turquoise dekat tengah mountain, walaa! It is a perfection subhanallah. Rasa nak pasang khemah tinggal dekat situ selamanya tapi risau pulak ada hantu jepun malam-malam huhuhu. We got our one day pass bus ticket at Beppu station, dapat la jimat duit buat makan sushi nanti.



Due to very limited time, kitaorang hanya sempat pegi lawat Jigouku Meguri je. Walaupun ada perkataan `hanya` but lemme tell you, ada 8 jigouku-s! So we went to all jigouku in one day. Jigouku means hell, haaa seram kan bunyi masuk neraka? Tapi ni bukan neraka jahanam, ni neraka tipu-tipu, kalau real aku pun taknak hoihh. City ni dipanggil neraka city sebab ada banyak wap dari perut bumi keluar berasap-asap penuh city. Ada certain tempat yang ada kolam air panas 100 celcius dan geyser jugak tau. Neraka kan panas pastu city ni pun panas berwap, so sebab tu la panggil neraka. Get it?


Haa nampak asap kepul-kepul tu? Macam ada kebakaran pun ye jugak, macam kena bom pun ye jugak.


Dekat Beppu ni famous dengan onsen, iaitu hot spring atau kolam air panas. Ada yang natural dan ada yang tipu-tipu dibuat menggunakan teknologi Doraemon. Tapi biasanya onsen ni public dan kena bogel (auwhh, dah kenapa aku auwhh hahaha) kalau nak masuk. Ada je onsen private tapi tak pasti seberapa private dan harga lagi mahal dari public onsen. Nevermind, aku berendam je dalam bath tub dan mandi sampai kecut semua lemak ni haaa. Tapi sempatlah jugak celup-celup kaki dalam hot water dekat one of the jigouku. Instantly rasa segar bugar macam sayur.



Ini dekat Umi Jigouku, oh lupa nak bagitau. Setiap jigouku ada nama sendiri-sendiri supaya senang orang nak cam kot. Ni nama dia Umi sebab Umi dalam bahasa Jepun membawa maksud laut. Nampak tak kolam belakang tu biru macam laut? Haa sekarang buat la hipotesis sendiri.




Ini pulak geyser. Kebetulan masa aku pegi geyser ni tengah memancut dengan gagahnya pada suhu lebih 100celcius. Dia hanya memunculkan diri pada setiap berapa puluh minit entah, nasib baik! Tak payah berjanggut tunggu dia memunculkan diri.


Main celup-celup kaki dalam air panas. Segerrrr!

Lepas penat jelajah semua jigouku, ayuh kita alas perut dengan pudding caramel yang enak ini.

Kitaorang juga sempat pergi Beppu mosque untuk menunaikan solat. Masjid ni sekali tengok macam bangunan pejabat pun ada jugak dan ada beberapa level. Level Muslim dengan Muslimah adalah berbeda ya tuan-puan. Dekat ground level ada jual ayam dan daging halal tapi tak ada sesiapa pun monitor. Sekadar letak sign "Please pay here". Wow, kalau kat Malaysia mahunya bankrap kalau tinggal kedai unmonitored. Dinner pulak kitaorang makan seafood based ramen yang diletak kuah kosong dengan seketul telur. Tapi ohemji sedap  sangatttt. Kalau buat macam tu kat rumah confirm hambar macam masak Maggie dengan air kosong je.


Wow macam tangan Doraemon =,="

Oh sebenarnya pergi Beppu ni nak beli ayam halal sebab dekat Nobeoka takde halal meat langsung. Mendapat la 4 ekor ayam buat makan 2-3 minggu. Gambar ayam nak jugak ke?

SUMIE BEACH


Nobeoka adalah salah sebuah tempat dekat Tanah Kyushu yang dikelilingi Pacific Ocean. So, dekat sekitar Nobeoka ni banyaklah pantai yang lawa, even tepi jalan raya pun boleh nampak ombak. Salah satu pantai yang famous ialah Sumie beach. Selaku pendatang asing, kitaorang hanya mampu naik bas je untuk gerak pergi Sumie. Masa mula-mula sampai, aku macam...yeke sini pantai? Gunung-ganang je penuh, celah mananya nak datang air pantai. Aku dipenuhi rasa was-was dan curiga, aku syak aku kena culik. Tapi siapa penculiknya takde pulak memunculkan diri. Hoh aku dan drama memang tak berpisah. 


Haa, korang tengok. Tak ke menimbulkan curiosity dalam diri?

Rupanya kena jalan depan sikit baru nampak pantai. Tu lah orang cakap, don`t judge a book by its cover. Lawa ohoiiii pantai dia. Pantai yang ada pemandangan gunung haa mana nak dapat. Eh tapi sekali lagi timbul rasa was-was bila aku tengok pantai ni kosong takde orang. Yelah, pantai Malaysia kan pagi buta pun dah ada orang tapi sini pulak hanya ada beach boy dan lifeguard duduk berteduh dalam pondok bersama kipas angin. Apedaa tak cool langsung pakcik, pergi la berjemur bawah sunlight barulah tanned dan nampak cool macam Channing Tatum lols.


Ini pantai. Nama Jepun dia ビーチ<== google translate je hahahaha!


Ini pula kawasan pantai. Di celah batu tu banyak serangga rupa macam lipas tapi bukan lipas.



Rupanya hari tersebut adalah first day orang awam boleh mandi pantai. Nak masuk summer baru pantai dibuka kepada orang ramai sebab kalau bukan summer air sejuk merentasi lemak sampai ke tulang. Aku tak tahulah kenapa sekali lagi aku curiga dan kerek, I was like..elehh air pantai je pun, buat apa tunggu summer baru nak mandi, pantai kan warm-warm gitu. Terserlah kebodohan dengan pemikiran cetek macam tu hahaha. Lepas kaki aku cecah air, haaa baru tahu langit tu tinggi ke rendah kauuu!

Sejuk hoi!


Despite of the coldness, I still swim at the beach muahaha. It was a crazy things to do, swimming in cold water but nothing makes me feel more alive. We laughed so hard and enjoying the cold Japanese water. Semua nak di-Japanese-kan, over uolls. Siap speaking bersepah bhahaha.  Mandi sekejap je sebab nak pergi next destination pulak. Tapi menyempat jugak makan eskrim tepi pantai. Feels good chilling at the beach bebeh!


Eskrim pun cair tunggu aku snap picture lama sangat keh keh keh... Punya la lama snap tetap gambar blur, poraahhh.

Masa nak tunggu bas datang, sempat jugak pergi Sumie park dekat kawasan gunung sebelum jejak pantai tu. Kitaorang main satu game dekat park tu tapi entah apa nama game aku pun taktau but this is how we played it. Kitaorang panjat bukit tu pastu duduk atas wooden board and slide down. It was fun! Fun nye tang turun je, tang naik semput hoi. Nescaya lemak-lemak aku tergugat dengan kadar kepenatan panjat bukit tu.



SHIMOASO BEACH

After Sumie, kitaorang pergi Shimoaso Beach. Well, orang tamak memang macam ni. Pergi dua pantai dalam satu hari.

Mula-mula sampai haruslah isi perut dulu. Dah penat main air biasalah kan perut lapar macam tak makan 3 hari. Ke aku sorang je selalu rasa macam tu tiap kali lepas main air? So kitaorang lunch dekat seafood restaurant dengan beach view. Aku taktau pekebenda nama makanan aku tapi sedap betul. Orang Jepun ni masak semua benda pun sedap padahal simple je, ada ikan sikit, daun sikit, jeruk sikit, sup sikit.
Perkenalkan, makanan Jepun. Aku sedikit concern, banyak betul pinggan kecik-kecik, apa salahnya kalau letak dalam satu pinggan je kan? Hmm tapi takpe, selagi bukan aku yang kena cuci kau letaklah 100 pinggan pun takpe.

Ini pulak namanya mehikari, sejenis ikan yang berasal dari Nobeoka. Sodap! Yang putih tu garam tapi motif pulak aku nak makan masin-masin so jadi perhiasan je lah garam tu.

Lepas makan, singgah souvenir shop untuk beli fridge magnet sebagai modal nak show off bila pulang ke Malaysia. Dah setel souvenir, kitaorang decide nak berjalan-jalan di tepian pantai untuk usha awek Jepun pakai bikini. Astaghfirullah sister, niat tu tak senonoh sangat. Eh tapi ramai jugak yang pakai bikini, heran pulak aku. Air tu kan sejuk macam ada ais tapi boleh pulak dorang pakai secebis kain je. Tak gigil ke oi? Seriously, did your sunblock contains ingredients for body heater?! Ke korang ni sejenis X-men?
View dari restaurant.

Tak silap aku ni adalah kilang garam tapi tutup masa aku pergi sana.

Walaupun aku jumpa orang pakai bikini, aku takkan letak gambar orang pakai bikini dekat sini. Bukannya aku taktau takat kegatalan korang tu hmmph!



Termenung panjang mengingatkan ayam KFC di Malaysia.


Dah puas usha awek Jepun dan jejaka ganteng, tibalah masa untuk pulang.

Balik je rumah, merataplah aku di sudut katil bila tengok muka aku ada dua tone yang sangat obvious hasil pancaran matahari yang tiada belas kasihan. Dah pakai sunblock pun mendapat jugak sunburn, kalau tak pakai agaknya jadi arang je.



No comments:

Post a Comment