Sunday, August 28, 2016

Birthday at Japan

Assalamualaikum.
So last 2 week was my birthday. Alhamdulillah ya Allah for another date of 19 August. Ditakdirkan pulak tahun ini birthday aku jatuh pada waktu aku duduk Jepun. Dapat la merasa sambut birthday dekat oversea.  Kalau pikir-pikir, padahal sama je sambut mana-mana. Kalau sambut dalam kubur baru rare kan, haa sentap tak?

The night before, I was already laying on my bed since 9.30pm tunggu masa nak tidur. Well, hidup I  di Jepun memang boring dan hanya ditemani youtube Doraemon, diselangi Victoria Secret fashion show serta disulami game Pokémon Go.

Entah angin apa datang, malam tu semangat tunggu orang wish, attention seeker sangat perangai koh!Tapi bila dah pukul 12, seketul mesej pun tak masuk inbox aku. Lalu aku cuba tidur sebab kecewa la kekonon. Tiba-tiba aku teringat satu benda, Jepun awal sejam dari Malaysia. Lahhh patut la tak ada orang wish muahahahaha! Lepastu terus tidur sebab esoknya kerja.

Haa lepastu hari bermula macam biasa  pung pang pung pastu tamat lah tanggal 19 August di Jepun.

******
Oh lepas tu the next day is weekend. Memang selalu weekend tak lekat dekat rumah sebab asyik berjalan je kerja. Zaty bagitau yang kawan kitaorang, Emi-san ajak pergi takoyaki party. Bab makan bagi je dekat aku, memang laju aku nak.
 

Tapi....rupanya itu semua dongeng dan agenda untuk bawak aku ke kedai makan buat surprise birthday party. Awwh!



Alangkah terperanjatnya aku masa masuk kedai and nampak kek ni, ohemji nak buat reaksi macam mana ni. Nak senyum rasa keras je muka, nak nangis kang tak cool pulak. Lalu aku buat muka blur dan tersenyum sipu, komfem nyampah tengok reaksi aku masa tu kahkah. Tapi terharu ada orang sudi celebrate birthday kita dekat oversea awwhh T.T


Kekok pulak nak cerita apa yang terjadi pada waktu itu. Jadi, sila layan gambar je ye.





Ini nama dia seafood marinara. Yeke aku ni, hentam je nama sebab lupa dah. Maklumlah, dah tua. Makan free mestilah sedap ihiks! Sebelum makan spaghetti ni aku dah ngapp semangkuk salad, seketul bun kecik dan semangkuk sup kosong. Oh, dan juga 4 ketulan tiga segi pizza margarita dan seafood pizza. Perut membulat macam ada meow 2-3 ekor masatu hahaha.




Lepas makan kenyang-kenyang, ayuhlah buka kedai kopi dan bergosip pasal jejaka ganteng di office pula. Kopi aku ni caramel latted, sedap tapi last-last tu manis nak mampos. Ini semua sebab kalut nak bergosip pasal jejaka ganteng, haa amek kau lupa nak stir dulu kopi tu. Oh orang Jepun panggil ni ko-hi.


Ini pula desserts, orang Jepun panggil ini aisukurimu. Sedap jugak tapi kenapa kakak kafe letak satu scoop je, mana mampu nak penuhi nafsu makan saya yang seperti raksasa ini. Mungkin ini gaya hidup sihat orang Jepun hmm.


Kek tahun ni tulis nama dalam katakana yeyy. Tahun depan tulis nama dalam sijil nikah pulak, hihiks! Gedik, ada jugak kena lempang japgi hahaha. Sedap pulak tengok gambar ni, teringat-ingat pulak kek ni melt in mouth, uihhh sodap betul. Orang Jepun panggil ini kekku.





Dalam kotak tu pulak adalah birthday present ittew, nama dia Adriana Lima. Faktor dia dapat nama Adriana Lima adalah kerana dia ada wings, pakai gaun, ada feathers dan ada nama angel dekat kotak. So kita kasi dia nama Victoria Secret angel la baru gempak. Ini semua pengaruh tengok youtube tiap-tiap hari.

Lepas dah habis topic untuk bergosip, acara seterusnya adalah photo session. Pastu aku introduced snapchat dekat dorang and bagi dorang main face swap, excited kemain dorang hahaha. Tapi aku tak save pulak gambar face swap, ada gambar dorang pakai flower crown ni je. Kawaii sangat semua orang ni anyonyo ^.^




Thanks Kaori-san, Emi-san, Natsumi-san and Zaty-san sebab celebrate birthday ittew. Sweet sangat, boleh dapat diabetes mellitus macam ni tau. XOXO!





Last but not least, thank you mama and papa for all of your love and sacrifice dan berjaya membesarkan anakmu ini sampai dah jadi bulat macam ni. Sayang sangat aihh dengan mama papa ni, moga Allah pinjamkan mereka lebih lama untuk aku manja-manja. Thanks jugak kepada semua who gave me beautiful wishes and prayer, XOXO! And to you-know-who, cepat sikit simpan duit kawin lols!

No comments:

Post a Comment