Thursday, March 10, 2016

Si penjual dadih

Assalamualaikum.

Aku rasa hidup sangat lifeless sebab setiap hari bangun tidur, bersiap pergi kelas, belajar (baca: berkhayal), balik kelas, makan, buat perkara yang lagha sampai mengantuk dan tido dan ulang lagi. Aku rasa hidup seekor ikan emas dalam akuarium lagi menyeronokkan dari hidup aku. Lalu aku buat keputusan untuk cari benda best yang boleh mengisi masa lapang dan boleh buat aku terlupa dengan semua masalah dunia, haa gittewww.

Tapi aku dok pikir-pikir, apa la sangat yang aku boleh buat di tanah sekankang kera kolej aku ni. Tiba-tiba aku dapat ilham hasil daripada masalah aku yang suka makan dan suka shopping. Why not aku buat perkara yang boleh mendatangkan duit kan? Asyik spend je, saving entah ke mana lepastu berangan nak travel, nak beli rumah, nak beli kereta. Poorah!

Lepas pung pang pung pang brainstorming, tercetuslah idea nak jual roti sosej dan dadih. Sebab aku jenis tak menyempat so terus aku ajak kawan pergi beli bahan-bahan nak meniaga. Dan kat kolej ada refrigerator dekat pantry di aras 2,4 dan 6 so aku simpan la sosej aku kat situ. Takkan nak taruk bawah bantal pulak ye dok?

Entah le, takde rezeki aku kot tiba-tiba hilang pulak semua sosej aku. Hmmm tapi ni bukan tiba-tiba ni, aku syak ini misi terancang. Tak apalah, nak menangis pun sosej tu takkan turun dari langit. So roti yang patutnya jual jadi lah sedekah roti aiskrim rainbow Walls dekat classmates, wuihhh sedap pulak terbayang aiskrim rainbow tu.

Tapi aku terkilan la sebenarnya dengan kejadian ni. Yela, dekat kolej ni semua pelajar universiti, dah besar panjang boleh fikir baik buruk, halal haram dan hukum-hakam. Semua yang stay dekat kolej ni bakal jadi pemimpin Negara, engineers dan macam-macam profesion yang wow-wow. Kalau setakat sosej pun nak curi, apatah lagi wang rakyat kan? Orang macam ni ke nak pegang amanah masyarakat nanti? Haaa dengan mendalam aku fikir. So nasihat aku, tobat lah. Benda kecik pun tak boleh jaga, macam mana nak ubah benda besar?

Everything starts with us first. Be the change you want to see.

Sekian ceramah bebas. Sambung balik hal niaga aku. Okay pastu aku pun start lah meniaga dadih. Alhamdulillah setakat ni boleh tahan laku sebab sekarang kan musim panas. Bangun tidur pun berpeluh macam baru lepas jogging so tak payah la aku jogging ihiks. Dan dadih aku siap ada tagline tahuuu, “dadih sedap sampai mengigau”. Kelas kau Janes!

Aku harap aku istiqamah dalam meniaga ni supaya aku dapat kumpul duit nak pergi Jogjakarta dan Jepun, koh koh. Tapi sekarang assignment tak membukit lagi, taktau lerr kalau dah masuk tengah semester nanti macam mana. Doakan la rezeki aku melimpah ruah dan aku jadi seorang jutawan yang pemurah. Ok?




No comments:

Post a Comment