Saturday, February 27, 2016

Tempat menarik di Tokyo.


Assalamualaikum.

I've been to Tokyo for 3 weeks during summer 2015. Dah lama dah pegi tapi baru nak up entry, koh koh. Haritu ingat nak buat 1 entry per week aku dekat sana tapi dah peram jadi jeruk ni dah lupa most of the moments. So I'll do it generally je ok?

Actually I went there for exchange program tapi banyak je berjalan, sempat cover semua tempat yang best dekat Tokyo. Aku naik fligh Japan Airlines from Klia to Narita. The flight was smooth and very comfy. Sepanjang stay di Jepun, aku menginap di Pearl Hotel Mizonokuchi. I just wanna share which place yang menarik for you to go okay? And oh, it was summer. 

Sensoji Temple, Asakusa

Sensoji temple is a temple, hahaha maklumat yang tak membantu langsung. Tempat ni adalah antara tarikan utama pelancong. Dekat Sensoji Temple ni famaous dengan loceng besar gedabak, tempat fav untuk tourists bergambar. Banyak jugak kedai-kedai kecil yang jual Japanese traditional desserts and omiyage (souvenirs). Aku recommend korang beli je souvenirs terus kat situ banyak-banyak sebab harga lagi murah berbanding tempat lain. Tempat ni sangat panas berbahang pada musim summer so please bawak drinking water siap-siap. 


Entrance Sensoji Temple.
Deretan kedai souvenirs.
Tokyo Disneyland

Disneyland dan Disneysea ni duduk sebelah-sebelah je, sangat dekat. Kalau you are more to taking pictures, I suggest Disneyland. Kalau nak bermain bersuka ria, go to Disneysea. Disneyland banyak tempat cantik untuk bergambar. Ada 7 land dan each land mengikut theme yang berbeza. For tickets, harga lebih murah pada waktu tertentu especially petang around 3 pm. Ada dekat website dia ok? Harga tak lebih RM200 masa aku pergi haritu. Dalam ni pun ada banyak kedai souvenirs from Disney characters tapi harganya omagadd mahal nak mampos. Cafe pun ada but I'm not sure halalan toyyiba ke tak sebab aku curi-curi bawak masuk onigiri hehehe. 

The entrance to the paradise.

 castle sangat cantik waktu malam.


Ticket and btw belakang tu Disenyeland Hotel, architecture sangat cantik.

Shibuya

Shibuya sangat terkenal dengan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia, Shibuya Crossing. Seriously ramai betul manusia melintas dekat sini, entah muncul dari ceruk mana pun aku tak tahu. Sekitar Shibuya ada banyak kedai shopping dan kedai makanan. If nak try sushi, I suggest Genki Sushi. Sedap sampai terangkat bontot, bak kata kawan aku. Di Shibuya juga terkenal dengan Hachiko Statue, tugu anjing yang dikatakan setia menunggu tuannya di hadapan stesen keretapi even lepas tuannya dah meninggal. Ada filem pasal Hachiko ni, orang kata sedih sangat ceritanya. 

Masa pergi Shibuya haritu. aku ada indoor festival dekat hotel and dapatlah merasa pakai yukata free. So sepanjang jalan-jalan dekat Shibuya memang aku pakai yukata jalan terkepit-kepit sambil tahan sakit kaki pakai clogs Japanese. Eh yeke panggil clogs, ke ada nama lain eh? 

Hachiko Statue.

Akihabara

Akihabara ni syurga barang elektornik dan anime. Banyak sangat kedai electronic devices dekat sini. Figura pun banyak kalau nak beli buat koleksi tapi harga satu figura berpuluh-puluh hoii. Terkezut eden. Aku datang sini kejap je haritu dan tak beli apa pun. Sebab tak berniat nak beli barang elektronik dan anime pulak aku tak minat. 



Tokyo World Trade Center

Dekat sini sebenarnya pejabat hahaha. Tapi tingkat paling atas ada tempat view Tokyo skyline yang best. Ada bayaran masuk tapi murah je, I suggest pergi waktu nak dekat senja gitu sebab boleh tengok sunset yang lawa sangat. Memang berbaloi pergi sebab boleh nampak Odaiba, Tokyo Tower dan sekitar Tokyo dari pandangan atas. Sambil-sambil tu layan minum kopi pehhhh. 

View during night, gambar google tapi serius memang view dia macam ni.
Harajuku

Harajuku terkenal dengan tempat beli-belah dan crepe yang sedap. Paling famous adalah Takeshita Street. Street ni hampir sentiasa penuh dengan manusia. If you're lucky, you'll get to see people wearing cosplay dekat street ni. Ada berderet kedai dekat Takeshita Street ni dan kebanyakannya menjual pakaian, ada sesetengah kedai jual cosplay tapi tak banyak.

Keluar dari Takeshita Street, korang boleh jumpa banyak lagi tempat shopping yang best and ada mall jugak kat sini. Tapi mall Jepun lebih kurang je macam Malaysia. There's a shop you guys should go around Harajuku yang jual souvenirs. Harganya agak berpatutan tapi still Asakusa have the best price hahaha. Kalau nak beli t-shirt, you can go to that shop. But sorry aku lupa nama kedai tu hahaha.

Terjumpa dorang pakai cosplay costume ni her her.

Takeshita street, tengok la tu, ramai betul orang.
Line Friends Store ni pun quite famous tapi aku pun taktau kenapa. 

Ueno

I love Ueno so much sebab ada Ameya-yokocho market hehehe. I've been there twice masa dekat Jepun. Dekat Ameya-yokocho market ni ala-ala pasar malam. Ada jual banyak jersi, they said semua ori tapi harganya murah compared to kedai biasa. Ada jugak kasut yang murah dan kualiti memang ori uolls. Jangan lupa makan buah-buahan segar yang dijual dekat sini, memang manis sangat. Haritu aku makan pineapple and omagadd sekarang pun dah teringat-ingat ni. Jam yang ori jenama Jepun pun ada kat sini tau, if you're lucky nanti jumpa la jam Casio yang lawa-lawa murah je.

For Muslim, kat sini ada kedai Man Chicken Rice. Halalan toyyiba dan sedap okayyy. Go try the chicken rice and fried chicken. Sebelah kedai chicken rice ni ada kedai jual kebab, halalan toyyiba jugak. Tips: jangan pilih super hot sebab pedas nak mampos. Meleleh air mata aku makan kebab super hot memang pedas gila, sekali lagi diulang memang pedas gila. Macam pedas makan secekak cili padi yang fresh tu.

Selain tu, dekat Ueno ada Ueno Zoo dan Ueno Park. If you go during spring, bunga sakura lawa sangat dekat Ueno Park ni. Tapi aku pergi masa summer so dapat tengok pokok hijau macam dekat Malaysia je la. Dekat Ueno Zoo pulak macam tak ada apa sangat pun, pergi je la zoo dekat Malaysia hahaha. Tapi if you're animal lover, kat sini ada animal yang tak ada dekat zoo Malaysia so you can go figure it out too.


Ni gambar google untuk musim sakura, masa aku pergi ini semua hijau. 
Fresh fruits yang manis-manis. 

Semua tempat kat Jepun ni sesak kot.

Kedai kebab.

Odaiba

Odaiba is a huge man-made island. Sebelahnya adalah laut so view kat sini lawa. Ada shopping mall at here and there's a halal Indonesian restaurant in the mall. Bangunan Fuji Television kat sini juga sangat wow. There's also Gundam Square tempat terletaknya replika robot transformer yang besar gedabak. Masa summer ada banyak open outdoor concert free so masa aku pergi haritu ada satu performance tapi aku tengok dari jauh je sebab tak interested.

Liberty statue versi Japan dan di belakangnya ada laut yang lawa tapi tak daya aku menahan panas terik.

Nah tengok saiz gundam ni, sebesaq bangunan oi.

Bangunan Fuji television, wow kan?

Menu from halal Indonesian restaurant tu. Sedap la jugak, not bad. Ok tipu, sedap sebab dapat makan ala-ala Melayu. 

Shinjuku

Shinjuku station adalah stesen keretapi paling sibuk di dunia. Hurmm Jepun ada banyak tempat paling sibuk di dunia, I already sick thinking about being busy. Shinjuku terkenal dengan pusat beli-belah dan pentadbiran utama. Kalau nak jalan-jalan shopping boleh la sebab ada banyak pasaraya besar dekat sini. Tapi aku tak suka sangat Shinjuku sebab aku bukan nak shopping sangat pun.



*********************************************************************************

Itu je la tempat yang aku sempat pergi masa stay dekat Tokyo. Aku pergi sana pun sebab ada academic purposes so tak adalah betul-betul pergi semua tempat. But here, I'll give you another suggestion tempat yang best nak pergi if you have time.

1. Ginza- antara pusat beli-belah paling mewah di dunia

2. Roppongi- boleh view pemandangan dari Roppongi Hills, ada Mori Tower, pusat kedutaan asing, ada Hard Rock Cafe too.

3. Nippori- ada kedai tekstil yang jual kain baju bermutu tinggi. If you have interest in textiles and menjahit, please go.

4. Tokyo Dome City- another theme park yeyy! Go and try their roller coaster and tell me about your experience hehehe.

5. Tokyo Skytree- mercu tanda Tokyo, ada observatory deck yang tertinggi di Jepun, go buy souvenirs dekat sini sebab tak sama dengan tempat lain.

6. Mt. Fuji- well, the mount is so famous.

7. Hakone Sightseeing- tasik yang berlatar belakangkan Mt. Fuji. Dalam gambar lawa sangat hokay!

Okay, I think that's all for now. Itu untuk Tokyo je tau. Belum masuk Nagoya, Osaka, Hokkaida, Nagano dan sebagainya. Kalau banyak duit, go and see everything. Go see the world. And please, bila pergi Jepun, tolong bawak balik budaya Jepun ke Malaysia.


Last, please cari cheese tart ni. Sedap sangat sangat sangat sangat.


p/s: There's pictures from google too, so thanks to the owner.

No comments:

Post a Comment