Thursday, February 12, 2015

Laporan masakan kali ini.

Assalamualaikum.

Hye uolls! Your weirdo Ammelia is in the houzeeeh! Baru berkesempatan nak update blog padahal dekat rumah tak buat apa-apa melopong bosan je pon.

So far cuti ni tak holiday ke mana, as usual, sad to say. Tapi takpe, selaku belia yang gigih dan bersemangat waja, aku telah mengisi masa cuti dengan…*drum rolls* MEMASAK! Sejak study week lagi aku menggeletik nak memasak sebab macam lama gile tak balik. Makanan dekat kafe pun dah bosan tengok lauk sama tiap-tiap hari menambahkan lagi rasa seram sejuk nak masak. Oh, cooking is kinda a drug coz it cause addiction. Aha! Siapa setuju angkat senduk or garfu or buku masakan.

Maka bila ada peluang nak masak kat rumah,hmmph ape lagi berkelentang kelentung la kita. Mula-mula aku buat pudding roti atau nama omputih bread pudding with vanilla sauce. Tapi version aku ter-nipis pulak sebab guna bekas gedabak. Tapi tekak aku rasa ok je makan. 




Pastu aku buat cream puff with vanilla custards filling. Sebab sebenar aku buat cream puff ni adalah kerana vanilla sauce untuk pudding roti tu ada lebih lagi. Tak elok bazir so aku alter jadi vanilla custards filling untuk cream puff gebu-gebas-kepak-kepak-gebum-gebum. Mama cakap nice. Mama adalah juri tetap untuk setiap masakan aku, muah ciked mama.



And then aku cuba-cuba buat churros sebab nampak kawan aku upload gambaq di Instagram. Peh, mencabar kesabaran hingga berpeluh ketiak aku dibuatnya. Dia punya sticky tambah lagi dengan tak ada tools yang betul untuk buat bentuk bintang telah menyebabkan eksperimen kurang berjaya. Aku punya churros gemuk gedempol pastu pendek pulak tu pastu gelap. Kalau dia adalah seorang manusia pasti dia mempunyai low self-esteem, kahkah.




Lepas tu aku rasa macam nak buat kek pulak. Sebenarnya dah lama ambik resipi ni dari Kak Ita Masam Manis tapi tak menyempat. Tapi tapi tapi resipi Kak Ita tak letak butter, resipi orang lain letak butter pastu aku konfius pastu aku alter resipi pastu menjadi jugak tapi tak ummmphh sangat la. Kurang rasa oren, oh lupa bagitau aku buat kek oren. Ya, reader harus tahu! Aku ter-over baked jugak so sedikit hampa. Takpe, kita cuba lagi lain kali, Malaysia Boleh!



Sedang aku bereksesais jari scroll internet terjumpa pula gambar sosej rolls yang nampak anggun menawan. Maka aku bangun la awal-awal pagi buat sosej rolls untuk sarapan pulekkk. Aku rasa riang gembira for the whole day pada hari tersebut sebab mama papa sarapan sosej rolls aku. Gembira sampai langit ke tujuh hoi. Oh, sosej rolls tu menjadi, yelah mesti la menjadi sebab sosej rolls je pun. -,-‘




Ada lagi. Aku beli bread crump atau aku lebih suka panggil Victor Krum macam watak dalam Harry Potter, aku beli secara berlebihan. Toink! Idea nak buat chicken chop pulak. Berhempas pulas la aku prepare ayam, buat mashed potato, sos blackpaper, goreng fries, buat air oren. Dapp dappp. Juri tetap lebih suka salad instead of mashed potato katanya.




Latest, aku buat mee sup dengan sambal kicap tambah begedil. Ohoi rasa nak makan begedil lagi, alamak acano alamak. Juri tetap cakap kuah sup tawar tapi aku bangkang sebab aku makan ok je. Tapi bila makan balik ok, tawar sikit. Sikit.



Fuh bahagianya rasa boleh masak banyak-banyak. Juri tetap selalu bebel sebab aku masak tapi aku tak suka makan apa yang aku masak. Kesah! Aku ada misi menggemuk gedempolkan semua orang atas rumah ni, biar aku je nampak paling kecik MUAHAHAHA *evil laughs*.

Ok, selesai laporan masakan untuk cuti semester kali ini. Resipi aku update lain kali kalau rajin. Tapi ada lagi seminggu cuti dan aku plan nak buat congo bar dengan chocolate chips cookies minggu depan lalalala~

Happy cooking uolls, jangan lupa menggemukkan diri anda so that I can call uolls bebulat fluffy! Ini aku belanja lagi masakan sampingan kat rumah  ^-^


Breakfast set

Chocolate cake in mug.

                                                                  
Ini pulak kuih pau, tang pipi tu. Kah. 

No comments:

Post a Comment