Thursday, February 26, 2015

RESIPI CREAM PUFF GEBU DENGAN INTI VANILLA CUSTARD

Assalamualaikum.

Aku adalah salah seorang peminat tegar cream puff sejak kecik cenonet. Selalu jugak habiskan kesemua cream puff senyap-senyap kalau mama belikan untuk jual atau buat makan satu family. Kalau kena cream puff yang gebu fluffy dengan inti yang creamy dan sedap, pergh! Memang heaven sangat. 

Dah lama resipinya ada dengan aku tapi aku yang malas dan takut-takut nak buat. Entah apa yang aku takutkan pun aku taktau. Tapi bila dah try buat, tak adalah susah sangat. Actually, senanglah jugak kalau follow beberapa tips yang aku jumpa dari blog-blog masakan. 

Maka aku nasihatkan kepada semoua orang supaya beranikan diri mencuba dan jangan takut macam aku. Useless omputih kata. Kalau tak jadi tak apa, kita belajar dari kesilapan. Life is a learning process. You never know what you can do till you try. 





Ni aku share resipi cream puff atau orang panggil jugak choux pastry dengan beberapa tips membuat cream puff yang berongga di dalamnya, gebu dengan inti vanilla custard yang sedap berkrim. Rugi kalau tak cuba buat, sedap dimakan bila-bila masa atau dihidang untuk minum petang atau kepada tetamu atau dijadikan pencuci mulut untuk apa-apa majlis. ^^

Elok jugak dibuat untuk ambil hati mertua, ehem.

RESIPI CREAM PUFF/CHOUX PASTRY

½ cawan mentega
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur

Cara-cara: 

1)Bismillahirrahmanirrahim. Cairkan mentega di atas dapur bersama air. 

2)Masukkan tepung ke dalam campuran tadi sedikit demi sedikit. Kacau rata sehingga membentuk doh dan tidak melekat pada periuk. Tutup api dan biarkan sejuk.

3) Masukkan telur ke dalam adunan sebiji demi sebiji. Kacau sebati.

4)Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan di atas dulang pembakar.

5)Bakar pada suhu 220c pada 15 minit awal dan 190c pada 15 minit seterusnya.


TIPS

·         Biarkan adunan sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. Pastikan sejuk, jangan ngelat. Fungsi telur supaya puff naik dengan cantik dan berongga di dalam.
·         Adunan selepas dimasukkan telur sepatutnya kelihatan licin dan berkilat.
·         Sebelum bakar, renjiskan sedikit air pada adunan yang sudah dipaip. Ini bertujuan untuk menghasilkan wap air bagi membentuk rongga.
·         Bakar pada suhu yang tinggi pada 15 minit pertama adalah untuk menukar air menjadi wap bagi membentuk rongga.
·         Jangan buka oven masa tengah syok membakar.


RESIPI  VANILLA CUSTARD

2/3 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula halus (boleh tambah kalau suka manis)

Cara-cara :
1)Campurkan tepung kastard dan gula halus, kacau rata.

2)Masukkan susu segar dan kacau di atas dapur hingga kental.

3)Matikan api dan masukkan mentega serta esen vanilla. Kacau lagi biar sebati.


Okeh, bila dua-dua watak utama dah setel, bolehlah kita satukan kedua-duanya. Orang tua-tua kata tak elok kita lambat-lambatkan penyatuan dua watak yang memang dicipta untuk satu sama lain. Maka, nak buatnya senang aje. Ambil cream puff tadi dan potong belah tengah tapi jangan sampai tercerai jadi dua. Pastu paipkan vanilla custard tadi ke di antara belahan cream puff tadi. Tadaaaa! Dah siap dan boleh ngap masuk mulut.






Batch yang aku buat haritu kejap je habisnya. Aku sendiri pun terpaksa menahan nafsu supaya tak habiskan cream puff tu sensorang sebab nak show off dekat family, kahkah. Masa menaip ni tengah hujan, lapar pulak iolls. Kalau dapat pekena cream puff ni, alahai sedapnya. Craving pulak ittew.



1 comment: