Saturday, September 20, 2014

Majulah diri.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, week 2 of second year degree. 

Baru je 2 minggu start semester tapi ya ampun sibuknya kemahen! Setakat ni masih tak berpeluang nak kembalikan kulit jadi warna normal balik, gelap macam cekelat hershey's dah. Omaigad, redha je lah kan sebab dah pandai-pandai nak aktif bersukan sangat kan, nah amik habuan dari mother nature. Kulit tanned bukan ke yang gadis-gadis salleh duk mengidam sebab tu dorang berjemur bawah matahari? Aku dapat kulit tanned tanpa perlu mengidam. 

Okay, semester ni kelam kelibut tahap puting beliung saiz sederhana. Sistem baru unibersiti mengidamkan pelajar yang mantop dan pandai control diri dan masa dan assignment dan test dan kuiz dan sukan dan sosial. Terima kasih unibersiti. Test adalah pada setiap kali habis chapter, begitu juga kuiz dan presentation, wahai! Inilah kaedahnya nak menjadikan pelajar mabeles dan hebat. Inilah juga kaedah nak wujudkan lagi banyak pesakit mental sekiranya kaedah ini tidak diurus dengan betul dan tidak diletak kebergantungan kepada Yang Maha Perkasa. Gitu! 

Gambar tiada kaitan sekadar hiasan selepas penat membaca 2 perenggan.


Tapi dalam puting beliung berisi assignment, test, presentation dan kuiz ni, masih sempat menyelitkan diri yang tak berapa kecik ni ke lapangan sukan. Aku bantai je main walaupun diri tak seberapa shine bright like a diamond. Penyertaan tu penting untuk menunjukkan kesungguhan dan juga semangat kesukanan. Bukankah itu yang mahu dipupuk oleh Kementerian Sukan? hahaha Not bad la, melayakkan diri serta pasukan ke pusingan quarter final untuk game volleyball dan juga futsal. Kelas kau Mel!

 Nah, lentok lagi kak lentok lagi. Ni geng volleyball. Semua juniors okay uolls, iolls je snior sebab senior lain sibuk mengurus masa belajar. (Ayat tadi adalah ayat perli, harap maklum)




Ini pula geng futsal. Iolls pakai selipar jupun sahaja kerana niat asal I adalah semata-mata nak tengok games di samping berteriak sekuat hati melepas stress selepas test di sebalik sorakan sokongan. Apakan daya, hujan di tengah hari maka jadi bidan terjun. Gambar belakang juga sebagai tanda protes kulit over-tanned. Gerun tengok muka sendiri tetapi nasib baik masih tiada insiden termenjerit pagi-pagi bila bangun tidur semasa pandang cermin. Syukur. 

Oh, lupa! Semakin ramai yang pandai sebut nama aku sekarang. Wah wah wah, terima kasih kepada drama bersiri Rindu Awak 200% kerana mempopularkan nama Armel. Sekurang-kurangnya sudah ada beberapa ketul yang reti sebut nama panggilan a.k.a nama-tiada-dalam-kad-pengenalan. Tu lah, siapa suruh komen nama aku panjang, bagi nama popular terbelit lidah pulak nak sebut *flip earphone* 


Dan update terbaru, aku sekali lagi cuba untuk diet selepas gagal dalam misi sebelum ini. Misi kali ini lebih murni dan harmoni kerana di sebalik kejayaan diet ini nanti (insyaAllah), akan menghasilkan seorang ex-smoker. Doakan kejayaan misi kali ini supaya lebih kurang asap rokok terbebas ke atmosfera bumi yang semakin tua dan sudah sedia tercemar ini. 

Sekian titipan kasih, ahahaha. Sila tinggalkan tips untuk mencerahkan kulit muka dan tips diet berkesan di ruangan komen. Terima kasih! 

#Majulah Sukan untuk Negara!
#Majulah Ammelia untuk kejayaan dunia akhirat!










No comments:

Post a Comment