Saturday, June 28, 2014

Back to Allah.

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, marhaban ya Ramadhan. Semoga amalan kita kali ini lebih meresap ke hati, lebih bermakna dan diterima oleh Allah. Now, let me share an article where I found somewhere and I think it is cool and it touch my heart. So, may it bring benefits to us, amin.

*******

Seorang pemuda berhasrat untuk memotong rambut di sebuah kedai gunting rambut di hujung jalan. Sebaik melangkah masuk, si pemuda bernasib baik tiada pelanggan lain berada di dalam kedai dan terus dilayan oleh si tukang gunting rambut. Semasa memotong rambut si pemuda, si tukang gunting sibuk bercerita tentang isu semasa. Dan tiba-tiba dia mempersoalkan kewujudan Tuhan kerana jika benar ada Tuhan pasti Tuhan tidak akan membiarkan dunia hura-hara dan dunia pasti aman tanpa perang, kezaliman dan penindasan. Si pemuda hanya diam mendengar soalan si tukang gunting tanpa menjawab sepatah. Hanya senyuman terukir di bibirnya mendengar soalan si tukang gunting. 

Akhirnya selepas hampir 15 minit, si tukang gunting selesai memotong rambut si pemuda. Tatkala si pemuda siap membayar harga khidmat si tukang gunting, dia menarik tangan tukang gunting ke luar kedai. Terpinga-pinga dengan tindakan itu, tukang gunting hanya menurut langkah si pemuda. 

"Tuan nampak pengemis dan seorang anak muda di hujung jalan sana?" soal si pemuda sambil menunjuk ke arah seorang pengemis dan anak muda di hujung jalan.

"Nampak. Si pengemis itu berambut panjang dengan jambang tak terurus, anak muda pula juga berambut panjang kusut masai." 

"Kenapa mereka begitu? Tidak adakah tukang gunting rambut yang sudi memberi khidmat kepada mereka? Adakah pintu kedai tuan tertutup?"

"Tidak, pintu kedai saya sentiasa terbuka. Jika mereka datang ke kepada saya, pasti saya potong rambut mereka sehingga pendek dan cukur jambang mereka sehingga kemas. Saya sentiasa ada di sini sedia memberi khidmat" 

Si pemuda tersenyum mengangguk kepada tukang gunting. 

"Jadi apa yang kamu mahu tunjukkan hai pemuda?" tukang gunting masih kebingungan. 

"Lihat, mereka tidak terurus begitu padahal kedai tuan hanya di seberang jalan. Mereka hanya perlu datang kepada tuan. Begitu juga dengan persoalan tuan. Dunia huru-hara bukan kerana Tuhan itu tidak wujud. Tuhan wujud tetapi manusia yang tidak mahu kembali kepada Tuhan. Sebab itu mereka dalam keadaan kacau dan tidak tenteram lalu berbuat kerosakan dan kezaliman. Jika mereka kembali kepada Tuhan, pasti dunia aman tenteram" 

Si tukang gunting rambut terdiam cuba memahami penjelasan si pemuda dan si pemuda tersenyum, menepuk bahu tukang gunting sebelum berlalu pergi. 

*******

So, how is it? Mungkin terlalu ringkas sebab aku buat summary tapi aku doakan sesiapa yang membaca apa yang aku taipkan di sini, hatinya tersentuh dan bermuhasabah diri. Takut dengan huru-hara dunia hari ini? Dengan kezaliman, penindasan dan jenayah yang berleluasa? Takut dengan diri sendiri yang tak berupaya menahan diri dari melakukan kemungkaran? Jawapan ada pada kita, simple. Kembalilah kepada Allah. Sebarkan agama Allah, kembalilah kepada Allah.




When you lost your way, back to the al-Quran and as-sunnah.





No comments:

Post a Comment