Friday, May 2, 2014

First time plant visit.

Assalamualaikum.

Hai semorang! Seronok korang-korang cuti Hari Pekerja? Aku half-part rasa seronok sebab cuti, half-part lagi benci sebab cuti selalu tak tahu nak bikin apa selain melangut. 

Ok, taknak cerita pasal cuti yang membosankan sebab tiap-tiap hari adalah makan tidur movie novel dan assignment cuba ditangguh selagi boleh. Jangan tiru, tak elok untuk saat-saat akhir. Aku takpa, boleh tahan professional..kihkih.

Camni, sebelum cuti Hari Pekerja, for the first time selepas 19 tahun beberapa bulan hidup, kite pergi buat plant visit. MashaAllah, eksaited dia macam first day masuk tadika. Cuma yang bezanya dah tak berhingus meleleh sebab kali rasa macam dah sungguh-sungguh iron baju korporat, sungguh-sungguh tepek bedak Johnson Baby. 

Macam biasa, sesat dan perjalanan aku berpisah tiada. Maka ketibaan sedikit delay dalam 30 minit camtu ha. Tapi Alhamdulillah staff-staff dan yang responsible untuk kitaorang punya visit tu senyum manis macam tanam sekebun tebu di pinggir bibir. 

Oh lupa nak habak mai, kitaorang visit tempat untuk waste management. Tempat ni macam kalau kau guna chemicals or hazardous thingy, dia hantar sini la. Dorang check, sampling, buat beberapa reaction kat substances tu sehinggalah selamat untuk dibuang ke environment. Oh kenapa lawat tempat ni? Sebab aku course chemical process, dah nampak kaitannya ke dakk? Kilang--ke ape benda nak panggil tempat tu, adalah milik Kualiti Alam Sdn. Bhd. 

Awal-awal tiba disambut then terus kena kerah masuk bilik yang serupa macam bilik meeting campur bilik presentation dan apa-apa sahajalah. Tup-tup terus hadap talk pasal function, history, reaction dan segala bagai benda berkaitan tempat tu. Terlopong jugak lah dengar sambil acah-acah paham angguk kepala dengan muka serius, kening terangkat sikit, dahi kerut sikit. 

Yang baju hijau tu lah orang yang bersemangat waja bagi talk. Mekasih, rajin melayan soalan-soalan kitaorang budak hingusan ni. 

From the talk, rupa-rupanya ada bahan buangan yang memang tak dapat nak buat apa, nak buang pun tak selamat, nak pakai pun tak boleh. Macam ibarat hidup segan mati tak mahu--berkait ke tak eh? So, at the end of the day, substances tersebut akan di accumulate dalam tong or something like that, pastu dorang akan tanam bawah tanah. Err, tak adalah bawah tanah pun, dia panggil landfills iaitu tanah lapang yang dikorek dan dilapisi dengan lapisan-lapisan tertentu untuk keselamatan dan tong disusun sebelum dilapis-lapis sehingga mencapai tinggi maksimum. 

The problem is, benda tu akan selamanya bersemadi di situ. Dan cuba bayangkan, sampai bila kita nak tanam dan biar macam tu sebab sampai satu masa, benda tu akan menjadi satu masalah kalau terus bertambah dan tak di control dengan baik. Haa, hambek lah kau cabaran jadi jurutera atau chemists masa depan. Orang dulu-dulu create chemicals, orang terkemudian create solutions macam mana nak control waste chemicals tu. Tu diaaa! Pap atas dahi sikit. 

Sebenarnya visit tu kurang challenging sebab kitaorang tak boleh masuk dekat dengan plant untuk setiap reaction tu atas dasar keselamatan. Dan sebelum ramai konfius, plant tu adalah loji tempat chemical reaction berjalan bukan sejenis tumbuhan. Info harini *kacing! Mentol di kepala dan urat saraf di otak bersambung. Yey! 

We olls hanya diberi lawatan ringkas sekitar kawasan tu dengan menaiki bas. Huk aloh, tak best betul. Tapi takpe lah, dah expert cakap bahaya, kita dengarkan je. Kang tetibe ada yang balik tak ada jari kelinking, balik telinga lubang-lubang, bibir jatuh sebelah atau apa-apa jelah benda buruk yang boleh dibayangkan berlaku bahana kimia berbahaya. 

So, walaupun sekejapan sangat lawatan tu tapi sikit sebanyak dapatlah gambaran operasi chemical plant ni. Sebelum ni design buruk-buruk atas kertas je, tu pun salah sana sini. Kite harap lain kali dapat pergi plant visit lagi. Selain mendapat pengalaman kita juga dapat usha engineer muka jambu atau muka durian. Ahaks!

 Ni dah takda kaitan dengan visit, tunggu bas je dah seploh tahun (ok, saja nak hiperbola. Macam best je buat hiperbola).





Helleh lu, gambar balik kolej pun nak selit. 




No comments:

Post a Comment