Monday, May 12, 2014

New love!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, harini cuti. Takde benda yang lebih menggembirakan hati seorang pelajar melainkan public holiday. Oh, heaven nya!

Im a happy quenn on holiday, yay!

Last week, I went for a camp somewhere at Hulu Langat. Mula-mula ingat taknak pergi pun sebab jenis aku ni nak pergi mana-mana mesti nak berteman. Isnin tu pun ada test thermodynamics which subjek yang sangat aku tak faham kalau nak jawab soalan padahal belajar lek je. Tapi fikir-fikir balik, kalau aku stay kat kolej pun, aku mempunyai keyakinan hampir 89% bahawa aku takkan bukak buku pun sehinggalah malam sebelum test. So, baik kita pergi kem dari terdampar kat bilik, ye dak?

Dalam Maghrib macam tu, dah terpacak kat Kem Lubuk Manggis tu dah. Jantung dah macam pecut marathon, nak lempang pun jantung sendiri jugak kan. So, kita wat lek je control muka yang macam dah nak nangis. Terus buat perisai dalam otak, “Ammelia, betul dah jalan kau ni, teruskan.”

Kalau nak cerita detail setiap minit buat apa kat sana, memang jenuh la nak scroll baca balik entry ni. So, meh kita buat summary je dan bagitau yang best-best yang melekat di hati, di minda. Setuju?

Aktiviti mostly adalah ceramah tapi penceramah semua best sangat, MashaAllah. Banyak input-input yang aku dapat, nanti aku output-kan balik semua tu kat FB ye. Ilmu kena la kongsi kan, simpan sendiri-sendiri nak buat apa, bukan boleh bertukar jadi nasi lemak ayam goreng berempah pun.

Yang berbekas di hati, rutin kat sana. Pagi-pagi buta, dah kena kejut untuk qiam. Lepas tu terus sambung solat Subuh berjemaah, sambung lagi dengan Al-Mathurat. Solat 5 waktu kat sana fully berjemaah. Ya Allah, tahukah anda bahawa  berjemaah 5 waktu ni feeling dia semanis madu?

Budak yang join ni semua yang soleh solehah (InsyaAllah). Coversations dorang pun ana-anta-antum semua. Bukanlah pelik sangat kan tapi suasana dia tu bagi aku, rare. Aku je lah sorang yang ber aku-kau-korang kat sini.

Kau pernah makan dalam talam ramai-ramai? Kalau tanya aku, 20 tahun hidup tak pernah lagi makan dalam talam. Talam dalam hidup aku adalah untuk susun biskut  je selama ni. Kat sinilah jugak first time aku makan dalam talam. Tahu apa yang bestnya makan dalam talam? Kau tak pentingkan perut kau sorang je, kau berbahagi makanan sama rata, kau kongsi rezeki seadanya.

Pernah strangers suap kau? Kalau aku, strangers yang bagi makanan kat aku selama hidup ni hanya promoter barang sejuk beku kat supermarket je. Kat sini for the first, orang yang boleh dikatakan stranger untuk aku, suapkan aku makanan. Kau tahu tak feeling dia macam apa? Macam kau diberi sepenuh kasih sayang yang ada dalam dunia. Tapi aku tak menyuap orang lain sebab aku segan. =(



Pernah pagi-pagi buta kena marah sebab bangun lambat? Memang pernah la kan, especially bangun lambat untuk solat Subuh, makanan ruji oleh papa mama untuk aku  kat rumah. Tapi kena marah sebab bangun lambat untuk qiam? Pertama kali dalam hidup.

 “Wahai pemuda pemudi Islam yang ingin menegakkan Islam di muka bumi, qiam pun antum tak boleh nak bangun.”

“Wahai pemuda pemudi Islam yang nak berdepan musuh Allah, baca Al-Quran satu page sehari pun tak istiqamah, macam mana?”

“Wahai anak panah Islam, ilmu agama pun teragak-agak, tak tahu pun ada, macam ni nak bangunkan Islam?”

“Anda semua nak Islam menang suatu hari nanti. Tapi adakah anda hanya ingin melihat Islam itu menang atau anda ingin menang bersama Islam pada hari kemenangan itu nanti?”

Banyak lagi ayat-ayat sentap dia bagi pagi-pagi buta tu. Setiap apa dia tanya tapi kitaorang tak buat dalam rutin seharian atau tak tahu atau teragak-agak, kitaorang kena berundur selangkah ke cerun bukit. Dia suruh bayangkan kalau tu adalah jurang neraka. Tahu mana tempat aku di akhir soalan? Terkebelakang. Baru sedar, aku bermimpi nak ke syurga tapi amalan yang nak dibawa sebagai tiket masuk syurga, samar-samar.

****
Serius talk, kem ni sangat dirindui. Suasananya dirindui. Ukhuwahnya dirindui. Tarbiyahnya dirindui. Tak menyesal tinggal horey-horey hujung minggu untuk segala pengalaman berharga ni. Dan test tu, Alhamdulillah lancar jawab soalan.

Thank you Allah, You choose me to be there.



No comments:

Post a Comment