Monday, May 12, 2014

Asasi atau matrikulasi atau diploma?

Assalamualaikum.

Yeah, suddenly had the feeling to shared something dengan adik-adik..(Kakak-kakak sangat kan engko Ammelia). Dalam bulan Mei dengan Jun ni memang annually akan timbul banyak persoalan-persoalan magic dari remaja umur 18 tahun. Memang magic la kan, tanpa gagal persoalan sama akan timbul setiap tahun pada bulan yang sama oleh golongan umur yang sama. 

Takpa dik, akak engko ni dah lalui zaman tu so meh akak tolong bagi pandangan dan pencerahan, jalan mana nak pilih. Nampak macam confusing sangat kan nak pilih-memilih jalan lepas dapat result SPM? Macam nak pilih antara Lisa Surihani ke Izara Aisyah. 

Meh, let me help you bebeh. 


Asasi

Aku dulu (dah tak guna akak) bekas pelajar asasi, kalau pandangan aku ni bias atau berat sebelah, ampunkan. Macam ni, kalau di asasi, suasana dia adalah suasana universiti. Kau takyah pakai baju kurung setiap hari pun, pakai formal hari Isnin je, Jumaat optional. Cara pembelajarannya seperti di universiti la, dalam universiti. Biasanya  UiTM ada 3 kos asasi, UM ada 3 jugak, UPM pun ada kalau tak silap, UIA memang banyak kos asasi. Penempatan adalah disediakan sepanjang pengajian. Kalau asasi UiTM Puncak Alam, ada badan kepimpinan yang kau boleh join. Macam aku, dulu join Sekretariat Mahasiswa Asasi. 

Tempoh belajar adalah 2 semester atau setahun dalam bahasa masa. Kalau gagal semester 1, boleh repeat di hujung sem 1 sebelum sem 2 bermula. Kalau gagal sem 2, gagallah asasi anda. Gagal asasi bermakna anda tak layak apply degree di universiti awam sebab tak ada kelulusan yang boleh melayakkan anda ambil degree. Maka, pilihan yang ada adalah universiti swasta atau diploma. 

Matrikulasi

Lebih kurang je dengan asasi, hampir sama actually. Silibus lebih kurang, takde yang terlebih pack ke apa. Pemakaian setiap hari adalah baju kurung atau formal. Pembelajaran dan penempatan adalah di kolej matrikulasi masing-masing. Matrikulasi ada 2 jenis, biasa dengan teknikal. Banyak sangat kolej matrik seluruh negara, hampir setiap negeri pun ada. Badan kepimpinan tak pasti pulak ada ke tak. 

Tempoh belajar bergantung kepada apa yang ditawarkan kepada engko. Ada yang setahun, ada yang 2 tahun. Kalau gagal matrikulasi, tak pasti pulak apa jadi. 

Diploma

Pembelajaran diploma agak lama berbanding matrikulasi dan asasi. Tapi sebenarnya tempoh kau tamatkan pengajian sehingga mendapat segulung ijazah adalah sama. Pembelajaran lebih rilek dan di universiti oleh lecturer. Macam-macam kau boleh buat masa diploma sebab lama. Lepas diploma boleh je nak apply kerja terus. Penempatan biasanya hanya pada tahun pertama atau semester pertama sahaja dan lepas tu kau kena kutip merit setinggi gunung untuk kekal di kolej. Senang je kutip merit, joinlah semua aktiviti kat universiti tu, kena aktif la senang cakap. 

Badan kepimpinan toksah cakap la, berlambak. Pilih je kau nak gilap kepimpinan macam mana, pastikan komited dan ikhlas. 

Ohemji, kenapa perlu ada keputusan yang begini payah? I feel you, brothers and sisters. 

Asasi vs matrikulasi


Kalau kau dapat dua-dua, kos sama, minat pun sama je untuk dua-dua tawaran cuma konfius taktau nak pilih yang mana, pilihlah asasi. Bukan apa, baik kau try suasana universiti terus kan dah alang-alang tu. Kalau kau risau pasal jadual pack ke apa, propaganda je tu. Semua orang dapat masa 24 jam, kelas pun bukan sampai subuh maka sama je lah. 

Lepas tu, entah kenapa aku pun taktau kenapa tapi orang pandang budak asasi ni tinggi sikit. Padahal sama je dua-dua matrik dengan asasi. Lagipun, bukan senang dapat asasi, semua orang apply tapi kau yang dapat rezeki nak ke asasi. Kalau matrik, hampir semua orang dapat kalau apply. 

Kalau kau dapat asasi dan matrik tapi kos lain, sila timbangkan minat kau dan restu ibu bapa. Kalau dorang tak restu pun, kau goreng la dan pujuk dengan pujuk rayu semanis mungkin dan dengan penuh yakin untuk belajar apa yang kau minat. Dua-dua aspek ini adalah penting untuk ketenangan hidup kau kelak. 

Asasi/matrikulasi vs diploma


Sila ukur minat dan tahap kemampuan anda. Jangan disebabkan nak glamer, kau sanggup reject diploma. Kalau dapat diploma, buat la kajian sikit apa benda kos yang kau dapat tu, pasal apa, pasaran kerja macam mana, degree nanti boleh apply kat mana, kelayakan semua tu. Mintak pandangan senior-senior kau sekali untuk mendapat lebih pencerahan. Kalau rasa kau ni seorang yang slow-learner, pilihlah diploma. Bukan nak cakap pelajar diploma semua slow, NO! Tapi sebab tempoh dia lagi lama, kau takyah kejar nafas nak habiskan dua semester dengan 8-16 subjek. Penting, ukur kemampuan, tengok minat.

******

Nasihat aku, mana-mana belajar pun sama je sebenarnya. Yang penting adalah kehendak kau nak berjaya dan usaha yang kau buat untuk berjaya. SPM tak berguna dah lepas masuk asasi/matrikulasi/diploma..(hampir tak berguna kecuali nak apply biasiswa). 

Ingat, usaha tu yang paling penting. Ilmu Allah tu luas, antara nak taknak je. All the best adik-adik. Kalau rasa entry ni tak membantu, sila rujuk lagi kaunselor anda atau artikel lain atau istikharah mintak petunjuk. Tapi harapnya membantu la, sekian. Belajar rajin-rajin. Kalau dapat asasi Puncak Alam, better pergi situ. Best tahap syurga bagi universiti. 

Selamat maju jaya! Ingat, belajar kerana Allah. 



6 comments:

  1. Salam.nk tanya.saya bru habis sem 1 asasi ni.nk tahu macam mna eh term consider gagal tu.satu subjek gagal atau lebih dua.betul ke klu gagal satu subjek je yg bole repeat?klu fail dua atau lebih x bole repeat tros kena kick ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pengalaman dulu, seingat saya, satu pun dah kira gagal. tapi ada peluang untuk repeat paper tu. kalau repeat, then lulus, you can proceed. tapi kalau gagal, rasanya akan dinasihatkan keluar asasi a.k.a dibuang asasi secara ayat sopan.

      Delete
    2. Oh.maksudnye,klu gagal dua paper pon bole repeat exam utk dua2 subjek tu ke?klu still gagal lagi mse exam repeat tu bru la dia kick?rules ni valid utk sem 1 je kan?

      Delete
    3. aah, dua2 papers pun boleh repeat. and yes, untuk sem satu je rasanye. bole tnya pusat asasi kalau still keliru. hope that i help you. :)

      Delete
  2. Akak , klu sem 2 , fail stu subjek , gagal asasi lhaaaa ni =,) so kne apply diploma ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. for second sem akak dah tak ingat hahaha dah lama sangat dah tinggal asasi, sorry dikkkk

      Delete