Monday, January 13, 2014

Sunnah Rasulullah.

Assalamualaikum.

Ahamdulillah, another day at home tapi harini penunggu rumah ada peneman. Harini hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad, semua cuti. Selawat dan salam ke atas kekasih Allah. Rasul yang membawa cahaya kepada umatnya, menunjuk ke arah jalan yang benar, menyuluh kehidupan. Bertuah kita jadi umat Rasulullah, Alhamdulillah.

12 Rabiulawal pada tahun gajah, di kota Mekah, lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad membawa rahmat kepada sekalian alam. Tak cukup satu entry nak cerita pasal hebatnya peribadi insan ini. Entry kali ni aku cuba kongsi apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad kepada kita semua, sunnahnya. Tak banyak tapi yang sikit ni belum tentu mampu buat semua. Uhuk uhuk..tersedak sikit.

Sama-sama perbanyakkan selawat kerana orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya. Sama-sama amalkan sunnah darinya bermula dengan yang paling simple, istiqamah dengan apa yang diamalkan.


Amalan-amalan sunnah untuk kita sama-sama amalkan. InsyaAllah, slow-slow bermula kalau belum mula. Paling simple nak mula, senyum sentiasa dan mendahulukan yang kanan. Ha, tu paling mudah nak buat kot. Tapi bagi sesetengah orang, senyum pun susah jugak..(untuk diri sendiri).


Kan kita suka makan, apa salahnya kita amalkan jugak makan makanan sunnah dari Rasulullah. Anggur, susu, minyak zaitun, delima, tembikai, kurma, madu, buah tin,daging..semua tu Rasulullah suka makan. Banyak khasiat dan manfaatnya untuk kita tak rugi sikit pun kalau kita turut amalkan.


The sunnah, the better. Aku baca slogan tu dekat twitter, hehe..kongsikan je la kan. Yang baik kita share sebab sharing kan caring. Peribadi yang indah, akhlak yang mulia, taknak ke untuk diri sendiri? Tak dapat buat semua, kita jangan tinggal semua. Buat sikit-sikit tapi istiqamah, insyaAllah.

At the end of the day, redha Allah yang kita cari.

2 comments: