Wednesday, January 15, 2014

Resipi : Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum.

Dalam aktiviti masak-masak, aku rasa yang paling senang nak masak adalah spaghetti bolognese. Kalau rasa nak makan western yang senang macam goreng cekodok je..boleh la try masak ni. Senang dimasak dan bahan pun senang nak cari, cepat la sikit kan boleh makan, sedap pulak tu. Apa lagi yang dimahukan selain dari makanan yang sedap dari masakan yang simple?..her her.

Tak mboh cakap banyak-banyak, meh sini aku kongsi resipi. Let's get the cooking start!

Resipi spagheti bolognese. (4 orang)


                                         

Spagheti (San Remo atau brand apa pun tak kisah asalkan halal)
Daging kisar (ayam pun boleh)
Tomato puree-tin kecil  atau 2 biji tomato yang direbus sampai lembut dan lenyekkan
Cendawan-1 tin kecil dan dihiris
Sos Prego Traditional-1 tin kecik
Bawang putih-dadu kecik
Bawang besar-dadu kecik
Minyak untuk tumis (olive oil lagi sihat walafiat)
Garam secukup rasa
Mixed herbs ( optional)

Cara-cara
1. Rebus air dan letak minyak setitik dua supaya spaghetti tak melekat. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti.  Lepas dah lembut, boleh toskan dan letak tepi.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan dan semerbak wangi macam perfume.

3. Masukkan daging kisar, dan masak sampai tukar warna. Boleh letak banyak-banyak kalau suka.

4. Masukkan sos Prego, tomato puree dan cendawan. Kacau sebati semua bahan tu dan tambah garam secukup rasa. Masak sampai mendidih.

5. Spagehtti sedia untuk dihidang dan di ngappp.


Senang kan? Kalau nampak macam susah pun, just give it a try dan akan tahu betapa senang kacang menggelembunye masak spaghetti bolognese ni. Sekian, selamat mencuba. Ya makcik, berkenan nak buat menantu? Boleh-boleh..hahaha =)



                                        



No comments:

Post a Comment