Saturday, October 5, 2013

Life goes on : degree phase.

Assalamualaikum.

Lama sangat aku tak update blog. Dah lupa macam mana adrenalin mengalir bila tulis blog, adrenalin sangat kannnn. Sampai password pun aku dah tak hingat tahu, terpaksa aku susah payah recover balik dengan En.Google.

Yey, dah almost 3 weeks aku bertapa dekat KL sebagai pelajar degree. Rasa tua sangat jadi student degree walau umur belum nombor 2 di depan. All is well. All is well. Kecuali nak handle engineering math. Even benda tu basic things since sekolah menengah tapi aku tetap takleh ingat apa kebendanye semua benda alah formula tu. Sampai berkali-kali lecturer aku cakap; "if you can't do this then you are not qualified to be here". Wuwuwu, lap hingus aku dengar dia cakap cenggitu.

Tapi apedehal kan, awal-awal nak catch up balik semua formula memang la susah sebab dah 5 bulan aku jadi ular sawa je kat rumah sebelum ni. Takpa Prof, akan ku buktikan aku layak berada di sini. Gittew.

Ni fakulti aku. Baru lagi ni haa.

Dan selama aku jadi pelajar di sini, kehidupan kat hostel oke-oke je. Takdak la selesa macam fasiliti di asasi Puncak Alam dulu tapi not bad laa. Kita kena selalu syukur, baru Allah tambah nikmat. Roommate aku sama-sama asal dari negeri Cik Siti Wan Kembang maka aku boleh mantapkan lagi loghat Kelantan aku tanpa ragu. Tapi dia kos seni reka ape benda ntah maka tiap-tiap malam dia ngadap lukisan atau keluar buat assignment dan tinggallah aku sorang ngadap buku. (ecehhh, buku la sangat kan).

View dari bilik aku. MashaAllah, memang cantik tau Cik Kiah. Setiap hari warna langit berubah. Cantekkk.

Sebab universiti aku duk tengah-tengah KL, maka dua minggu pertama di sini memang asal weekend je aku keluar. Sampai mak aku pun mengeluarkan kata-kata nasihat dan pedomannya supaya aku jangan lupa diri dan belajar rajin-rajin. Alolo mama, sweet sangat.

Ni minggu pertama. KLCC.
                             
   
Ni minggu ketiga, Jalan Pahang. Minggu kedua aku taubat kejap tak keluar.
                             
 
Minggu keempat. Festival Mall.
                                       

Lepas kelas terus ke KLCC sebab dekat. Gelojoh sangat kan. 
                                         
Setiap kali aku masuk tempat baru, komen yang aku dengar tetap sama. Sampai aku naik bosan dan malas nak layan. Orang cakap muka aku sombong dan anti-social dan kurang bercakap dan pendiam dan pemalu. Like what-the-nasi goreng pataya korang ni, awal-awal memang la aku baru belajar nak adapt dengan suasana baru. Takkan terus tetibe aku nak hyperaktif dengan orang yang aku tak kenal, macam aneh-aneh je kan.

Pertama, Allah cipta muka aku ala-ala sombong, takkan aku nak buat plastik surgery? Aku dah senyum tapi senyuman aku tak terukir jelas ape aku nak buat, buat lukisan macam Joker kat muka? Choiyyy.

Kedua, aku bukan anti-social, aku sekadar nak amik feeling suasana baru dan akan cuba bersosial dengan semua orang.

 Ketiga, aku kurang bercakap sebab aku tak jumpa benda bermanfaat untuk aku cakap. Kan lebih baik diam? Ok fine, aku akan bercakap jugak nanti tapi let me feel comfy dulu dengan semua orang. Slow-slow and steady lah ye semua. Rock yeah!! Tapi aku memang tak banyak cakap pun.

 Keempat, pemalu. Lahhhhh, pemalu pun takleh. Taktau nak cakap apa aihh.

Ironinya, orang yang komen semua ni adalah orang mempunyai ciri-ciri yang sama pada mereka. Why not kita sama-sama muhasabah. Let's say, kalau orang be nice, kita pun akan be nice kan? Kalau orang talkative, aku takkan nye membisu seribu bahasa. Let's get to know each other dulu. Kan ke omputeh selalu cakap don't judge the book by it's cover? Please people, stop judging.

Fuh fuh fuh, panjang lebar entry aku kali ni. Emo pulak tu..hahaha  Maka, ambil mana yang bermanfaat, yang buruk kita buat donno dan takyah contohi. Let's we be friends peeps! Saranghae. ^^














3 comments:

  1. Course apa kat MJIIT?

    All the best kat tempat baru btw. :)

    ReplyDelete
  2. seronoknye cik kiah jalan jalan dgn mak jemah semua. moga mudah adapt dgn tmpat baru.

    ReplyDelete