Thursday, August 29, 2013

Resipi makaroni bakar.

Assalamualaikum.

Haritu kawan aku buat makaroni bakar untuk reunion kelas dia dan bila ingat balik the last time aku makan makaroni bakar, yemmmmmeh! Memang sedap, one of my fav jugak tapi agak susah nak jumpa benda ni dijual secara berleluasa di mana-mana. Teringin sangat nak makan so kena la buat sendiri..wuwuwu. Macam mengidam gitu aku..hahaha

Lemme share the recipe so kita semua dapat buat sama-sama dan menggemuk bersama, barulah dunia ini adil dan saksama. Tak gittew? Btw, ini adalah versi resipi yang simple. Dia ada versi complicated, kalau nak buat, tanya Chef Google.

MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan




1.Makaroni-250gm
2.Bawang putih-2 ulas potong nipis
3.Bawang besar-1 biji potong dadu
4.Telur-5 biji (sedap letak banyak bagi aku)
5.Rempah kari daging-2 sudu besar
6.Daging kisar Abang Ramly
7.Sosej-3 batang
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Keju-optional
Daun bawang, bawang goreng-hiasan
Lada hitam-1 sudu besar kalau nak pedas



Cara-cara

1. Mula-mula baca Bismillah. Rebus makaroni sampai lembut dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar.

3. Masukkan daging kisar dan biar daging masak atau bertukar warna.

4. Masukkan rempah kari daging dan kacau sebati sesuka hati. Tambah gula dan garam secukup rasa.

5.Sekarang baru masukkan watak utama iaitu makaroni. Gaul sampai nampak kasih sayang antara bahan-bahan.

6. Sediakan loyang yang dah digris dengan marjerin. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam loyang.

7. Pukul telur macam nak buat telur dadar dan masukkan dalam loyang. Telur tu agak-agak sampai makaroni tu tenggelam la. Kasi rata ahh.

8. Taburkan cheese atas semua bahan tadi kalau nak. Tapi aku tak letak sebab cheese takdak stok.

9. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit.

10. Dah masak tu boleh la tabur bunga bawang dan daun bawang serta picit sos cili. Ini hiasan sahaja.


Nampak tak menarik sebab takdak hiasan. Mungkin laa. 
                                       

Tapi sedap woih.
                                                                                                                                                                                                     
***************************

Dah, 10 langkah je nak buat makaroni bakar ni. Sekejap je, sambil main chatting kat FB pun boleh buat ni (tu aku la yang buat cenggitu)..hihihi. Selamat mencuba. Baca doa makan sebelum ngappp makaroni bakar tu, baru rezeki diberkati. Gittew.  ^^


8 comments:

  1. yummmmmmyyy! eh follow blog kite jugak, haha

    ReplyDelete
  2. Tengok pun terliur.. mesti sedap.. hehe

    ReplyDelete
  3. eyh hit u back...#145 thanks follow blog ara eyh..n thanks for the wish :D

    ReplyDelete
  4. Eh sedap ni...bahan pun mudah...thanks ya...:)

    ReplyDelete
  5. mcm sedap je.. blh try ni.. huhu.. done follow sini..

    ReplyDelete
  6. ianya berhasil!serius sedapp (y)

    ReplyDelete