Wednesday, November 6, 2013

Tips diet sihat dan betul.

Assalamualaikum.

Aku rasa tak cukup lama lagi aku tinggal blog ni sejak last update harituh. Tapi dengan adanya internet di laptop, usah kita sia-siakan rezeki depan mata lalu ayuh taip sahaja. Persyaitonkan tentang isu "nak tulis pasai apa" atau isu "takdak idea" juga isu "takdak readers". I do not live to please peoples, gitchu!

 Harituh masa kat kolej, kawan aku tetibe terinspirasi nak kurus dan mahu diet. Sejak habis sekolah, ni baru aku berdepan balik situasi kawan diet. Kalau sekolah aku dulu, ya Rabbi orang gila diet ni memang banyak memenuhi ruang sekolah aku. So bila dia cakap nak diet tu aku apedehal la kan, teruskan la niat murni engko asal sihat kan.

Tapi beberapa hari lepas tu aku kena pegi medical check-up untuk kemasukan pelajar baru. Sekali timbang berat, u-mai-gadd ya Allah. Naik lagi 5 kg kau tahu. Dah la lepas sekolah dah naik 4 kg, ni naik lagi berganda. Perasaan aku macam tengah berdiri dalam hujan lepas kena tinggal kekasih. Aku sedih bukan ape, tapi aku punya BMI dah macam kurang balance uolls. Wuwuwu, sebelum menjadi overweight atau obes, kita control sikit-sikit bukan nak kuruih apa, tapi untuk fit. Gittewww.

Maka aku ter-join sekali misi kawan aku untuk diet. Tapi aku ni jenis suka nau search tak kira pasal apa pun, justeru aku search jugak pasal diet betul ni. Rajin engko tahu.

NO 1 : Workout

Takyah nak menyeksa diri macam retis Hollywood exercise 2 jam sebab bukan ada masa pun nak spend 2 jam setiap hari untuk exercise kan. Agak-agak 30 minit sehari selama 3 hari dalam seminggu ok lah asalkan konsisten. Pastikan workout tu dengan cara yang betul, nanti taklah hilang otot je, tapi lemak tetap bertapa dekat badan.

NO 2: Jangan skip meals.
Takyah nak obses sangat diet sampai asyik skip meal sebab nanti akan menurunkan metabolisme. Paling penting sarapan jangan lupa sebab dah semalaman perut kosong masa tidur. Dinner seeloknya ambil sebelum jam 7 sebab kadar pemprosesan makanan dalam badan jadi perlahan pada waktu malam. Kalau lapar jugak, makan buah atau minum susu segelas (sebab aku suka susu..hihi).

NO 3: Makan lebih produk tenusu dan serat.
Ini tips dari Kevin Zahri. Produk tenusu akan mempercepatkan pengurangan berat badan tapi harus pandai pilih dari jenis yang rendah lemak.Ambil makanan berkalsium tinggi dan susu adalah pembekal kalsium yang tinggi. Pengambilan serat pula akan menyihatkan badan dan mengenyangkan.

Banyak jugak info dari gambar ni. Cuba rajin-rajin teliti. 


NO 4: Elak berlapar
Oh please, tak seronok langsung diet kalau berlapar. Lagi lah rasa nak stress diet sampai akhirnya nanti diet tu tak berhasil pun. Makan secara kerap tapi dalam portion yang kecil. Ni tips yang aku selalu jumpa jugak.

NO 5: Minum banyak air
Minum banyak air cenderung mengambil kalori lebih rendah dari orang yang kurang minum air. Air pun boleh buat diri rasa kenyang maka kurang sikit nafsu asyik nak makan. Kulit pun akan sihat kalau minum air secukupnya. Tak ke menarik rasanya dapat kulit sihat dan badan sexayhh? hihi. Air adalah 0 kalori ok.

NO 6: Berdisiplin
Kena konsisten ye tuan puan sebab diet ni untuk kesihatan, bukan sekadar kurus. Jangan diet yo-yo sebab nanti berat akan naik berlebihan lepas stop diet. Seeloknya ada geng diet sebab akan lebih semangat dan akan ada orang bagi semangat bila dah semput berdiet..hihi. Jangan hangat-hangat taik ayam.

Dah, itu yang aku baca dan search dari internet. Kalau nak baca lagi tips best, boleh rajin-rajin sikit pergi SINI. Jangan cepat putus asa sebab weight reduction yang betul-betul berkesan adalah sebanyak 0.5kg seminggu. Kalau tak turun jugak tu, silalah jumpa yang lebih pakar. Aku bukan nak badan kuruih slim cekeding tapi nak body yang fit dan sihat. Ayuhhh sihat!

Dan aku pun masih slow-slow dalam progres, Very slow in the process..miahaha. And all the best!












No comments:

Post a Comment