Monday, August 26, 2013

Entry pink.

Assalamualaikum.

Shhhh, this is a pink entry. 



Dulu aku sekolah di sekolah all girls. Sekolah all-girls membuatkan engko fikir dunia ni macam perempuan yang conquer..miahaha. Tapi lepas keluar sekolah, aku tahu itu semua hanya propaganda. Kita masih kongsi bumi ni dengan lelaki. 

Lepas keluar sekolah, aku tahu sifat tak wajar bagi seorang perempuan kena kikis-kikis dan bersihkan dengan clorox, lepas tu sembur febreze bagi clear antibakteria. Dengan auratnya, tutur katanya, pergaulannya dah tak boleh serupa macam engko berhingus dulu dah. Tapi aku tak sedih pun, sebab aku tahu, nilai seorang perempaun tu lebih tinggi dengan terjaganya diri. 

Tak, ini bukan control ayu tapi rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri tu sepatutnya ada. Rasa nak jaga maruah tu perlu ada. 

Cuma sekarang aku selalu tengok kaum seangkatan yang terlalu selesa dengan kaum berlawanan sampai tak kisah dorang treat kita macam mana. Sampai tak kisah dorang nak pegang ke, nak sentuh ke, nak try ke, nak tengok ke. Sedih tahu, wuwuwu.


                           
Hangpa semua, hargai diri hangpa. Hangpa ada semua kelebihan dan dicipta sebagai makhluk yang indah, tapi satu halnya yang kita lupa adalah betapa berharganya diri kita. Jangan treat diri sendiri sebagai mahkluk tak berharga, tak bernilai. 


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(AN-NUR; 24:26)

Nak cari yang soleh, diri sendiri kena la solehah jugak. Tak gitu? Selamat menjaga diri.

Thanks for reading. ^^











1 comment:

  1. Nice sharing.. :-) Betul tu perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Tapi kadang kala hairan juga perempuan perangai macam hantu tapi dapat suami alim macam ustaz.. Ada pula yang lelaki jahat macam pelesit.. tapi dapat bini punyalah solehah.. Semua tu ujian dan dugaan kan..Cuma kena fikir.. setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri dan Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya..

    ReplyDelete