Friday, August 16, 2013

Beza antara BB Cream dengan Foundation.

Assalamualaikum.

Boleh dikatakan aku ni alien kepada dunia mekap justeru bila aku pergi farmasi atau mana-mana je untuk beli mekap, one thing yang mengkompiuskan aku, beza antara BB Cream dengan foundation. Apa beza weh sedangkan dua-dua nampak satu spesis dan bersahabat baik? Sebab noob terus pasal mekap, aku search je la dulu kan. Peri pentingnya benda alah tu pun aku taktau (gitewww ayat bahasa Melayu aku). Meh aku kongsi sedikit sebanyak apa yang aku dapat. 

# Foundation





  • Berfungsi untuk menyamarkan noda, cela, bintik hitam, pori-pori dan tona kulit tak sekata. 
  • Tekstur lebih tebal  justeru memberikan coverage yang lebih sempurna untuk wajah. 
  • Avalaible dalam warna yang lebih bervariasi.
  • Tiada benefit skin care tapi masa survey foundation ada jugak jumpa yang ada skin care benefits. Depens on brand and product jugak. 
  • Boleh diaplikasi guna jari, span atau berus. 
  • Sesuai untuk formal events juga shooting. 


# BB Cream


  • Fungsi hampir sama dengan foundation
  • Tekstur lebih ringan 
  • Selalunya mempunyai skin care benefits seperti whitening, moisturizing, sunblock, skin toning, oil control. 
  • Lebih cair dan tidak tebal maka sesuai untuk yang taknak nampak macam mekap sangat dan beri hasil natural look.
  • Kurang variasi warna dan lebih kepada warna cerah tapi sekarang lebih banyak warna yang  sesuai untuk kulit wanita Asia ada di pasaran.
  • Terbaik apply guna jari je. 
  • Sesuai guna untuk aktiviti harian. 

#Mana lebih elok?


Hasil penggunaan foundation.

Hasil penggunaan BB Cream.


*************

Nahhhh, itu apa yang dibaca. Aku kongsi sahaja apa yang aku baca, kalau salah harap betulkan dengan penuh berhemah. Maklum la, saya budak baru belajar, masih kurang ilmunya. Sekian, don't let your makeup make up your face. 


Suka makeup natural macam ni. Tapi bos aku akan cakap aku tak makeup kalau cenggini. Blergh.

4 comments:

  1. saya suka pakai kedua2 nya. tapi pakai mengikut keadaan. Kalau ada event, baru pakai foundation sebab kalau amik gambar, muka nampak lebih flawless. kalau setakat jalan biasa2 tu saya pakai BB cream je. nampak lebih natural :)

    ReplyDelete
  2. owh saya baru tau..saya pakai bb cream..tp xtau ape fungsi dia sgt..hehe..niway, thanx 4 sharing ;)

    ReplyDelete
  3. akak lagi noob pasal mekap.. hmm.. akak pernah pakai foundation.. hbs muka naik bijik2 merah.. serik eh..

    ReplyDelete