Thursday, July 4, 2013

Resipi : Molten chocolate lava cake.

Assalamualaikum.

Siapa suka makan kek cekelat? Yeyyyy! Bagus lah anda suka sebab saya kurang suka. Kalau semua tak suka makan kek cekelat, nanti siapa nak makan beliau kan? Meskipun tak suka, tapi bila tengok gambar-gambar kek yang freshly baked, gebu-gebu macam Diana Danielle siapa tak tergoda dan terpesona kannn? Tempting oi.

Dan atas sebab tergoda sangat dengan gambar-gambar itu semua, aku pun saja-saja isi masa lapang buat molten chocolate lava cake. Yummmmy, nama kek pun dah buat air liur aku meleleh (sapu cepat-cepat sebelum orang nampak). Lepas tu resipi senang macam jerang air pulak tu, bahan pun cenonet je. Murah, senang nak cari kat kedai, buat pun senang macam rebus kacang je.

Aku taknak buat dan makan seorang sebab itu simptom-simptom kedekut. Untuk jadi orang yang pemurah, aku kongsi resipi ye? Boleh buat sama-sama, makan sama-sama. Sweet ngatttt. ^^

Molten chocolate lava cake.




1. Gula halus/gula kastor-3 sudu besar

2.  Telur- 2 biji putih dan kuning telur, 1 kuning telur sahaja
3. Secawan dark coklat ( aku bantai guna coklat masakan biasa)
4. Unsalted butter- 5 sudu besar
5. Vanilla essence- 1 sudu teh
6. Serbuk koko- 1 sudu besar
7. Tepung gandum-3 sudu besar

Cara-cara


Step 1
Pukul telur bersama gula halus sampai kembang. Guna mixer lagi cepat kot, tapi sebab tak jumpa mixer aku guna je tenaga sendiri. Nampak lebih gigih di situ.

Step 2
 Cairkan coklat dengan butter guna kaedah double boiler atau untuk kesenangan sejagat, boleh masukkan dalam microvawe. Biar semua bahan tu mencair dengan aman damai.

Step 3
Campurkan bahan dari step 1 dan step 2 tadi sehingga bersatu berganding bahu  di dalam bekas. Seeloknya kacau guna spatula sahaja ye tuan puan. 

Step 4
Masukkan vanilla essence ke dalam bahan tadi. 

Step 5
Masukkan pula serbuk koko supaya dapat berjumpa kembali dengan kaum sejenisnya iaitu coklat cair tadi. Kacau lagi, kacau dengan penuh kasih sayang. Ececehhh.

Step 6
Sekarang campur tepung gandum dalam bahan tadi. Kacau lagi? Aah, kacau lagi. Daripada kacau anak teruna orang, baik kacau adunan tu. 

Step 7
Panaskan oven pada suhu 160C.  Sambil tunggu oven panas tu, jangan mengade update Instagram. Masukkan bahan tadi dalam ramekin yang dah digris dengan butter. 

Step 8
Letak ramekin tu dalam bekas yang ada air panas. Tujuannya supaya kek tu nanti sempurna takdak pecah, flawless gitu. Lepas tu bakar pada suhu 160C selama 10 minit. Lama-lama nanti kangg tak merasa la melting chocolate kat tengah tu. Merana dikau nanti, wuwuwu. 


Yang ni fresh from oven, tak sampai 10 saat dikeluarkan. Tunggu dulu dalam 5 minit sebelum dikeluarkan dari bekas. Tak elok gelojoh, kalau jodoh tak ke mana. I know you want me, you know I want ya~


Ni selepas diterbalikkan atas tray dan diayak dengan icing sugar sesuka hati. Atoto.. macam salji yang omey omey. Tapi tak dapat la nak buat snowman kan.



Tak jadi lava macam gunung berapi sangat, terover bake mungkin. Tidak mengapa, ku suka kamu seadanya. Rasamu tetap menawan hatiku. Hihi =)




Yemmehhh. Sedap woi. Senang pulak tu buat. Bolehlah berlagak depan adik-beradik bila buat benda ni..haha.  Penggemar tegar kek coklat, nanti try la buat ni. Sodappppp. Yang tak tegar lagilah disarankan buat sebab nanti kamu akan bertukar 'tegar'..haha.

Selamat mencuba! 



8 comments:

  1. ni ammelia yng komen blog nil td kee ..

    ReplyDelete
  2. Nampak sodap aja kan lava cake tu ...nyum,nyum.

    ReplyDelete
  3. nyum3 sedapnya..mcm lava kek kat domino..ni yg buat nak try wat ni sementara tgh cuti..hehe

    ReplyDelete
  4. puasa dah nak dekat dah ni..cokelat buat utk kek raya sedap jugak :)

    ReplyDelete
  5. bole buat utk juadah berbuka nanti..thanks for sharing sis :)

    ReplyDelete
  6. amel sedapnye ="= haha wuuuu huuuu

    ReplyDelete
  7. bakar 10 minit je dah kira masak la tu ehh... hehehe... nampak sedapp... nak trylah

    ReplyDelete