Friday, July 5, 2013

Ramadhan kali ini.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, puasa dah nak dekat dalam beberapa hari lagi. Berharap sangat dapat jumpa lagi Ramadhan kali ni. Korang eksaited tak ni? Heee, aku eksaited campur nerves. Entah kenapa entah.

Ini tahun pertama aku puasa kat rumah lepas 6 tahun puasa sana-sini sebab belajar. The last time aku ingat masa darjah 6 kot puasa penuh kat rumah. Sekarang aku dah nak masuk degree pun ni haa.  Wuwuwu, lamanye lah kan?  Akhirnya pulang juga ke tanah tempat main masak-masak masa kecik dulu. Dulu balik pun kejap-kejap je puasa kat rumah, feeling perantau gitu.

First day puasa nanti pulak adalah first day aku masuk kerja balik lepas habis kontrak untuk haritu punya.  Even kerja sekalipun, tak boleh jadikan tu alasan untuk skip terawih, baca Al-Quran.Taknak lah macam tu, hendak seribu daya, tak hendak kau punya alasan beribu belas juta lah kan. Tapi harapnya tahun ini lebih bermakna membawa rahmat dan semoga amalan diterima. Amin.

Ni untuk cheklist kita sama-sama. Nak ke taknak buat sama-sama? Nak ke taknak? I know you want, awwww, sweet ngattt.


 InsyaAllah, walaupun bekerja tetap boleh kutip amal banyak-banyak nanti. Senyum kan sedekah? Senyumlah nanti banyak-banyak dekat customer, hihi. Kalau kat rumah takkan nak senyum sorang-sorang kan? Banyak lagi amalan lain yang boleh praktik nanti, cubalah godek-godek di mana-mana ye.

Pahala berganda-ganda nanti tu, masyaAllah. Lagi satu, jangan lupa doakan kesejahteraan untuk umat Islam di seluruh dunia. Sedih sangat  tengok berita saudara seIslam kita di luar negara. Alhamdulillah syukur kita masih diberi nikmat keamanan untuk berpuasa so janganlah mengelat buat ibadah ye.

Salam Ramadhan, semoga membawa keberkatan kepada semua =)

4 comments:

  1. lama dh tak jenguk shbt nil niii ..

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa juga. salam persahabatan.. eratkan ukuwah silaturahmi..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, marhaban ya ramadhan, senyum sapa dari saya Denny blogspot untuk para sobat blogger di bulan yang suci dan penuh berkah ini....visit balik ya..

    ReplyDelete