Friday, July 19, 2013

Good news!

Assalamualaikum.

Taktau macam mana nak start entry ni. Asyik taip lepas tu delete, type lagi lepas tu delete sekali lagi. Dan pause 5 minit fikir ayat seterusnya. So, to make it simple...


Nahhh, itu yang nak diberitakan. Alhamdulillah, rezeki Allah yang tak terduga. Harapannya aku dapat mengharungi 4 tahun akan datang dengan penuh bergaya, cemerlang, gemilang, terbilang. Semangat giteww padahal dah seminggu lebih benda ni dihebahkan. Aku je baru terhegeh-hegeh nak bagitau, biasa la internet slow (sila cari kaitannya sendiri).

Dulu masa sekolah aku rasa tak mampu dan tak layak pun nak study engineering ni sebab aku punya malas belajar tu, naudzubillah..miahaha. Tapi sebab Allah dah tentukan rezeki aku, akhirnya aku hampir ke situ~  I don't know, I think it was a miracle. Secara rasminya aku anggap ia sebagai keajaiban dunia yang ke-8..ihikss.

Dah, aku tak ada ayat nak elaborate pasal benda alah di atas ini. Khabar gembira aku yang seterusnya..jeng jeng jenggg....

AKU DAH TAK TAKUT LIPAS.

Pencapaian yang cukup memberangsangkan. Tahniah kepada diri sendiri atas kejayaan tersebut. Sama ada aku sudah dewasa dan besar untuk berfikir dengan waras atau lipas di rumah aku terbantut tumbesarannya dan menjadi kecil di mataku. Persyaitonkan persoalan tersebut asalkan lipas bukan lagi mimpi ngeri..hikhik.

Dalam kekalutan membesar dan derasnya arus peredaran ni, rupanya ada ketakutan yang sudah hilang dalam diri. Harapnya jangan hilang takut nak buat dosa sudah.


7 comments:

  1. kah kah. takot lipas ropanya. Qiiiiissssssss.. anty mia takot lipas niiiiiii....

    ReplyDelete
  2. Woaaaaa budak utm tuuuuu. Tahniah mell :)

    ReplyDelete
  3. congrats sis! saya forever takut lipas..x kira besar atau kecik lipas tu..hehe

    ReplyDelete
  4. tahniah :) haha.. husna pun takut dengan benda tu. sampai skrg tak leh nak recover

    ReplyDelete
  5. congrats bebeh ! semoga berjaya :D

    ReplyDelete