Friday, March 8, 2013

Sabarlah duhai hati

Assalamualaikum semua.

Sebelum proceed, meh kita sama-sama doa untuk Lahad Datu, untuk kemanan Malaysia tanah tumpah darah semua anak Malaysia. ~amin~

Alhamdulillah harini dah selesai presentation untuk Physics. Pffftttt, panel untuk judge kita orang punya presentation garang betul. Andaikan sahaja dia sedang mengalami sakit perut lantas membuatkan emosi dan moodnya kurang berbunga-bunga. Nasiblah pulak suara aku bergetar macam nak akad nikah. Sungguh tidak macho membuat presentation begitu. 

Bila habis class, aku onn je FB, terkezut yang amat sebab status aku tiba-tiba menjadi tumpuan warga sekolah aku. Ohmaiiii. Ini bukanlah kehidupan sebagai alumni yang ku impikan selama 5 tahun yang lalu. Harapanku besar agar aku dilupakan dan tidak disebut-sebut atau sekurang-kurangnya FB aku tidak diketahui oleh junior supaya aku tidak di-stalk secara rakus oleh mereka yang bijak IT sperti yang pernah aku buat kepada senior terdahulu. Hikhik

Apa pun, aku doakan yang baik-baik sahaja untuk semua warga sekolah. Ya, mungkin aku tidak berada di sana, untuk merasa apa yang adik-adik rasakan. Tapi sejujurnya, aku sedih. Tak pernah membayangkan semua yang berlaku sekarang. Ingin sekali melihat dengan mata hati. Sangat berharap adik-adik di sana menggunakan hati, akal dan iman. Berharaplah kepada Allah. Semoga kalian tenang menghadapi segalanya dan keep strong. Allah uji sekejap je, nanti Dia bagi sesuatu yang sweet untuk kita. Sabar ye adik-adik.

Berdoalah. Doa itu senjata kita. Jangan pandang rendah pada kekuatan doa. 

No comments:

Post a Comment