Sunday, March 10, 2013

Listen. Listen. Listen.

Assalamualaikum.

Sejak dua tiga empat lima enam hari ini, banyak benda yang aku perhatikan. Saja nak perhatikan sebab taknak diperhatikan. Boleh? 

Dan paling banyak aku terperasan, kita susah mendengar. Bukanlah maksud pekak badak atau pekak singa namun susah untuk mendengar nasihat atau pandangan orang lain. Sekadar pandangan je pun, nak hangin satu badan kenapa? 

Know why? Because we rather choose being deaf than listen. Yeahhh, listen. Listen. Listen. Listen. (Tak perlu kot aku tulis sepuluh kali). Rugilah orang-orang yang sengaja memekakkan diri kerana berasa dirinya betul dan amat mustahil untuk orang lain betul kerana orang lain duduk di bawah tempurung agaknya. Tak salah pun mendengar pendapat orang lain sebab mungkin ada part yang kita sendiri tak perasan perkara tersebut adalah sesuatu kebodohan untuk dilakukan oleh orang yang cerdik. Tapi kalau nak terus berada dalam situasi 'kebodohan' itu pun, dipersilakan. 

Next.

Hairan dengan orang yang lebih cepat menghukum dari menilai sesuatu kebenaran dan kebaikan. Hathoiyaiii. Iolls hairan kenapa suka betul menghukum sedangkan kita belum pun melihat sesuatu itu dari perspektif yang berbeza-beza, hanya melihat dari pandangan mata biasa sahaja dan mempersetankan mata hati. Jarang sekali kita memerhati dan bersuara dengan akal dan iman namun lebih lantang bersuara mengikut emosi dan nafsu. Think. Is it necessary? Is it true? Is it inspiring? Is it helpful? Is it kind? And, is it what Allah told us to do?

                               
                            


Pandanglah dengan mata hati. Nilailah dengan iman. Lakukanlah dengan Bismillah setelah memohon kekuatan dari Allah untuk mengubah perkara yang kita boleh ubah, menerima dengan redha perkara yang kita tidak boleh ubah dan kebijaksanaan untuk mengetahui perbezaan antara keduanya.





1 comment: