Monday, February 4, 2013

Siapakah orang yang berjaya?

Assalamualaikum.

Tadi buat satu sesi debat dalam kelas Bahasa Inggeris. 'In a modern day today, a degree qualification is important to success in life'. Aku jadi hakim je, sebab dah awal-awal pasang niat malas nak speaking. (Jangan tiru aksi ini di sekolah dan universiti).

Kawan-kawan aku cakap degree qualification tu penting sebab dengan degree tu kita akan dapat kerja, mulakan karier dengan gaji mahal. Yang lawannya pulak cakap tak penting sebab tanpa degree pun ramai je yang kaya-raya, jadi top 10 richest people in world lagi. 

Terfikir di otak dan hati ni, oh, kalau berjaya dalam hidup tu maksudnya kaya lah? 

Miskin sungguh hati kita.

Kalau kaya itu ukuran berjaya, rasa nye ramai lah yang gagal di dunia ni. Tinggi betul nilai wang di hati kita kan. Mana tinggi dengan nilai iman agaknye ye?

Dan seterusnya itu lah yang diulang-ulang oleh kawan-kawan aku tadi. Kaya, karier, duit. Yang menjadi hakim ni termenung fikir apa sebenarnya 'success in life'. Akhirnya, entah siapa yang menang dalam debat itu pun aku tak reti nak pilih.  Ironik.









1 comment: