Sunday, February 3, 2013

Hati kita, Allah yang jaga

Assalamualaikum.

Semalam jalan-jalan sebab dapat baucar buku. Alhamdulillah. Tiba-tiba terbeli buku tiga ketul sebab tak tahu nak buat apa baucar tu. Nak rebus buat sup macam tak sedap pulak. Ada hati kan nak hadap buku-buku tu padahal kerja keliling pinggang. Bukan hutang je reti keliling pinggang. 

:: bakti telefon Ikah,selimut Ikah, katil Ikah. 


Sebenarnya tak tahu nak cakap apa, tapi ada seketul dua patah kata bermain dalam otak. 

Kenapa kita nak berlakon buat perkara yang kita tak suka? Sebab berlakon itu syok atau menjadi hipokrit itu satu kelegaan untuk menutup kebencian terhadap sesuatu perkara? Kadang-kadang apa yang disembunyikan tu jelas tertulis atas dahi kot. Takda la dalam bentuk parut atau tulisan tapi wajah tak pernah reti menipu sebab wajah tak belajar menipu macam kita. Jangan menipu, terasa hati ni tau. 

Kenapa kita suka sangat sentuh-sentuh bukan mahram dan susah nak jaga batas?  Sebab kita kadang-kadang nampak muka dia macam ayah kita, abang kita, datuk kita, adik kita atau kita saja nak tunjuk kulit kita ni mustahil disambar api neraka? Kadang-kadang banyak benda kita lupa dalam menjaga amanah sebagai hamba Allah. Jaga batas, sedih hati ni tengok tau.

Harapnya tulisan ni dapat bawa aku kembali ke jalan yang Allah redha. Yelah, aku pun masih berusaha, bukan perfect ponn. Doanya semoga Allah menjaga hati kita sebab hati manusia ni, Allah yang jaga. 

:: Terima kasih kepada kau yang tolong belanja bowling. 

3 comments:

  1. wah, teringin nak dapat baucer kat atas tu.
    tp dah melebihi umur..huhu

    ReplyDelete
  2. wah best nye dapat baucer buku. boleh beli buku banyak banyak :D

    ReplyDelete
  3. sila beli buku utk sy jugeeeeeeee...

    ReplyDelete