Tuesday, February 5, 2013

Nak jadi superman yang kuat

Assalamualaikum.

Tadi aku pergi tengok orang menari, saja takda kerja lain nak buat. Lepas tu aku tengok muka budak-budak tu, haishhhh. Terusik hati ni. Terusik geram la, bukan terusik sedih.  Kenapa aku geram? Entah, sebab dorang buat muka tak puas hati kott. HAHA. 

Lepas balik dari rehearsal menari dorang tu, kawan aku tegur. 

"Muka kau memang tak reti nak sembunyi kan kalau marah?"

Lepas tu baru terfikir, susah betul nak cover marah. Bukan setakat nak cover je susah, nak tahan marah tu paling tak reti. Padahal orang yang kuat tu adalah orang yang boleh menahan marah. Lemah rupanya diri ni. Nak cari kekuatan tu, takda cara lain kena minta pada Tuhan.

Kalau dah marah, entah apa yang keluar dari mulut pun tak perasan. Lepas cakap baru terdiam dan rasa macam " eh, kenapalah aku cakap macam tu, tak patut betul ". Mulalah rasa serba-salah, nak tarik balik kata-kata tu, tapi takda pulak Doremon untuk aku pinjam mesin masa beliau itu. 

Paling tak best kalau ada yang terasa hati. Lagi la rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala ni sebab buat orang terasa. Apakan daya, Doremon sekali lagi tiada di Malaysia sebab beliau taat pada negara Jepun dan enggan meninggalkan sekutunya di sana. 

Dah tahu cara nak menghapuskan marah tapi ilmu tak praktik. Sayang kan? Berwudhuk. Kalau tengah berdiri, duduk. Kalau tengah duduk, berbaring. Istighfar. Tapi berapa ramai yang nak buat tu semua saat setan tengah menghasut? Memang, kalau nak seribu sejuta sebilion daya kita usahakan, kalau taknak satu alasan pun dah cukup. 

Marah pun takda apa aku dapat. Menyesal di beberapa saat kemudian ada lahhh. Nak jadi macam superman yang kuat hanyalah angan-angan dan fantasi, tapi nak jadi manusia yang tough dalam menahan marah memang harapan nusa dan bangsa  diri ni. 



:: Ya Allah, lembutkanlah hati aku. Jadikanlah aku orang-orang yang sabar. Tenagkanlah hati ini dan jauhkanlah aku dari hasutan syaitan yang direjam. 







2 comments:

  1. haha inshaAllah sama-sama kita ingatkan diri kita.kalau nak marah tu,kita pause kejap.hehehe^^

    ReplyDelete
  2. tumpang iklan. ingin bekerja part time? seminggu Rm400-Rm800. modal hanya Rm30. lawat la blog saya utk tahu lebih lanjut. dijamin tiada unsur penipuan :)

    http://onlinejobmalaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete