Thursday, February 28, 2013

Makan like a Korean style

Assalamualaikum.

Yeah, it's weekend. So, minggu yang relax dan okay-okay sahaja. 

Haritu sorang kawan aku dah tinggalkan dunia asasi. So, kita orang decide nak dinner together with the other pengawas asasi yang sedang beristirehat selepas having a hectic week for the dinner asasi. (Sungguh seperti rojak ayam bahasa aku). Tapi bukanlah dinner sangat pun, sekadar lepak-lepak Mak Limah dan ambik gambar banyak-banyak like a retis.  

To Atiq, thanks sebab jadi team yang sangat membantu. Live your life. This is part of the life lesson. 

Atiq with the fleet shirt besides the si kecik and the si omey-omey (that's me. kehkehkeh)

Dan disebabkan ini adalah minggu relax-relax, aku pun tanpa segan silu keluar pergi Setia City Mall sekali lagi. Kali ni sekadar keluar makan sampai pengsan. Takda lah pengsan betul-betul. Destinasi kali ini, Seoul Garden. Silalah bayangkan Seoul sekarang. Paling tidak, bayangkan Wonder Girls. I want nobody-nobody but you~ 

Padahal, takda lah macam Seoul sangat pun. Siap nampak lagi contruction tepi jalan nun. Tapi dalam kedai tu ada la kimchi nya. Itu pun langsung tak menarik nafsu aku untuk memakannya. Sekadar memberi jelingan manja sahaja. 

Segala mak nenek sos dan tempat abang tu tengah buat ape ntah tu, tempat pilih segala datuk moyang lauk dan makanan. Ada jugak mee, nasi gorang dan entah apa lagi entah.

Jenis-jenis aiskrim yang kau orang boleh makan sampai bulat macam Doremon. Paling tidak, bulat macam aku =P

Aku makan dengan penuh konsentrasi dan mempersyaitonkan segala perkara di sekeliling. Cukup buka mulut sekadar untuk makan dan bercakap sepatah mintak makanan yang kedudukannya agak jauh. Nampak tak konsentrasi aku di situ? Cuma feeling kali ini makan-makan like Korean lahhh kot. Takda la makan-makan like a dato' dahh. mih mih mih. 

Bismillahirrahmanirrahim. Jemput makan. Adakah itu namanya oyster? Entahlah, adik beradik oyster atau kaum kerabatnya lahh kot. Nampak sama sahaja di mata kuyu aku ini. Aku tak makan pun sekadar nak menunjuk-nunjuk supaya kau orang jeles sampai hentak-hentak kaki. 

Betapa bersepahnya pinggan mangkuk piring gelas di situ. Ini baru sejam pertama bagi fasa 1. Belum masuk jam kedua, jam ketiga dan fasa 2 makan-makan. Silalah jeles.

Alhamdulillah. Dah kenyang pun muka nak serius lagi =,="


Gambar ni ada dua motif. Motif pertama, untuk menunjukkan timbunan makanan dalam pinggan itu dan juga untuk memperlihatkan ekspresi muka aku makan aiskrim. Motif kedua, nak tunjuk muka aneh-aneh Sue. Macam Ju-On tak? 


Jangan tertipu dengan pinggan aku yang kosong tu. Semua makanan telah selamat bersemadi dalam perut aku. Jangan tertipu jua dengan chopstick itu. Aku makan pakai sudu je. Tak Korean langsung iye dok? Ahhh, persyaitonkan. Kalau makanan asyik jatuh tak masuk mulut, buat hape nak pakai kayu tu. 
                  
Itu sahaja untuk program jalan-jalan menghabiskan duit. Sehingga berjumpa lagi sekiranya sugar dedi bagi elaun, sekian. Sekadar perkongsian, rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana. Bersyukurlah dengan rezeki itu walaupun sikit. Kalau tak dapat bersyukur dengan benda yang sedikit, bagaimana pula sekiranya mendapat benda yang banyak? Mungkinkah kufur nikmat? Nauzubillah. Say Alhamdulillah. 

"Wahai orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepada-Nya" 
(Al-Baqarah 2 : 172)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku). maka pasti azab-Ku sangat berat''. 
(Surah Ibrahim 14 : 7)


2 comments:

  1. auwwww...makan-makan lagi.hemoh hemoh hemohhhhhh...patot le bolat xsurut surut.ish ish...

    ReplyDelete
  2. Wahh best makan stlye Korea.. Teringin nak pegi..hee..

    Jemput singgah & jangan lupa Follow ya! Tq ;-) http://blogibuimanadwa.blogspot.com/

    ReplyDelete