Sunday, February 24, 2013

Live your life

Assalamualaikum.

Harini class start 2.30 dan membuatkan aku terkebil-kebil depan laptop sahaja. Maaf encik FB, UiTM mencemburui kita lantas mereka telah meyekat saya dari berhubung dengan awak. Mungkin ini yang terbaik. Bhahaha. Mungkin lagi berkat sebab tak usha FB jejaka-jejaka hensem, mungkinkah? Jaga pandangan, kehkeh. 

Dua hari lepas aku ada grand dinner asasi. Ye, aku kecik lagi ni ha, baru asasi. Okay-okay je kot dinner tu. Kalau puji lebih-lebih kang orang cakap syok sendiri pulak sebab aku yang handle dengan pengawas asasi (SMA). Entah sape ntah bagi nama itu, sungguh tidak eksklusif. Choiyy.  

Dengan 'mak' yang omey-omey sambil bajet princess pakai baju Poplook.

Ramai pulak yang baju sama spesis dengan aku. Hathoiyai. Susah pulak kalau beli dekat online shop yang femes amos ni. Dengan berakhirnya dinner tu, berakhirlah program SMA02 dan secara rasminya aku tak ada kerja rasmi lagi. Ada kerja balik tabir je. It end like a fairytale. Tahniah. Good job GANG-ster. 

Semalam pulak pegi Setia City Mall sebab bosan. Nampak tak permainan dia di situ? Weekend ni memang tak sentuh buku pun, tahniah Ammelia. Main bowling like an expert, makan-makan like a dato' and shoping like a datin. Dan sengkek like a student. Cool. Pengajarannya, bersederhanalah sebelum spaghetti jadi mee kuning.


See? Anyone can eat like dato'. So do I. 


Ni nama dia Butterfly Chicken Breast. Aku pilih menu ni sebab nama dia seksi kottt. HAHA. Tak, gurau je. Sebab dia ada nama butterfly tapi dalam pinggan besar gedabak tu sesungut butterfly pun takde apatah lagi butterfly. Rasa dia biasa-biasa sahaja. Yang dalam gelas tu air red _____ (sila isi tempat kosong). Ada ke patut Ikah tanya kenapa air tu ada ulam (merujuk kepada daun pudina dan hirisan lemon). Nampak tak 'ulam' dia di situ? Hahaha.

 Makanan Ikah. 

Caramel Ciskek yang yummmehhh. Yemmmehhh. 


Dengan itu, tamatlah minggu yang memenatkan untuk bulan Februari. Pengalaman mendewasakan, bukan memberi tanda-tanda penuaan. Live your life to jannah. May Allah bless :)

*Terima kasih kepada 'kau' pakai baju kuning jugak Terima kasih Ikah sudi tinggal segala kerja yang bertimbun macam sampah di tempat pelupusan sampah semata-mata untuk teman aku jalan-jalan bazir masa.  






4 comments:

  1. tomey nye awak :) keluar senyap je :'(

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, everything were successfully done. nak ciskek :P

    ReplyDelete
  3. bahaha..nanti banjo ore mkn like a dato' jugok!!!!jua ciskek itu.

    bajet pinces berjemaah la ye kamu dat nite.ekeke.. (baju sama pesen kennn) ;P

    ReplyDelete
  4. amel . uuuuuu . lawa doe kau skrg :)

    ReplyDelete