Tuesday, December 25, 2012

Tak susah pun minta maaf

Assalamualaikum.

Kita tak sedar kot setiap perbuatan kita sepanjang hari kan? Mungkin ada yang terlepas pandang di mana kita telah buat seseorang terasa dengan perbuatan kita. Aishhh, tak sedarlah pulak kan. Ada ke tak eh?

Tapi kadang-ladang, kita sedar jugak kan yang kita ada buat salah. Dan sudah terang lagi bersuluh dan ditambah spotlight lagi bahawa itu memang salah kita. Tapi berapa ramai yang sanggup merendah diri meminta maaf atas kesalahan tu? (Fikir lama-lama sikit di sini)



Kenapa malu nak minta maaf? Kenapa ego nak minta maaf? Sebab kita rasa kita tak salah? Sebab kita rasa dia yang mulakan dulu? Atau kita tak perasan yang sebenarnya kita ada penyakit? 

Penyakit keras hati dan ego. 

Kadang-kadang kita minta maaf bukan sebab kita lemah tapi sebab kita lebih kuat untuk menghadapi kesalahan kita. Kadang-kadang kita minta maaf bukan sebab kita salah tapi sebab kita lebih berani untuk berdepan kenyataan. Kadang-kadang kita minta maaf bukan sebab kita tiada harga diri tapi sebenarnya kita bukan pengecut yang takut dengan khilaf sendiri. 



Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu lagi kesalahan-Confucius

Tak susah untuk kita rendahkan hati, minta maaf seikhlas hati atas setiap kesalahan kita. Lagipun dosa dengan manusia, manusia tu je yang boleh maafkan dosa tersebut. Tak susah pun minta maaf :)

:: Aku mintak maaf jugak-untuk kau dari cayenne.

8 comments:

  1. bls knjungan n follow back sni..
    Ayusham ( http://eiqaleysha.blogspot.com )

    ReplyDelete
  2. Saya juga..^_^

    http://blogibuimanadwa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. rasanya dah jadi macam adat orang kita.
    mintak maaf time nak raya.
    maybe sebab ego..masing2 xmo ngaku salah.

    ReplyDelete
  4. bagi izni memaafkn mudah. melupakan bergntg pada situasi =)
    ape2 pn orang yg meminx maaf tu lebih mulia kalo x slap izni
    =)
    selamat berkenalan =)
    http://nuraribahizni.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam...

    "Easy to forgive hard to forgive."

    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  6. biasa orang yg ego nak minx maaf ni takut maruah dia jatuh . dia nak orang lain nampak yg dia je yg betul :)

    btw follow sini

    ReplyDelete
  7. Memberi maaf haruslah disertai dengan ketulusan hati dan berlapang dada, sehingga tidak tersisa rasa dendam atau keinginan untuk membalasnya. may Allah bless u dear :)

    ReplyDelete
  8. btoi2 x susah pon cuma perlu berani dengan hati yang terbuka jaa...

    biasanya yang mengaku kesalahan tu lh yg menang

    thnkz follow n done following

    ReplyDelete