Saturday, February 9, 2019

Lombok (Part 1)

Assalalamualaikum.

Disclaimer: entry ni sangat panjang okay.

Dulu-dulu selalu dengar cerita pasal perempuan kena culik dan dibawa lari ke Lombok. Kira cerita viral la masa tu sampai mak-mak suruh anak mereka jaga diri dan jauhi lelaki Lombok. A few years later, kisah culik ke Lombok ni senyap begitu saja. Timbul pula cerita baru dalam kalangan travelers, Lombok mempunyai pantai yang membiru dan mother nature yang lawa. Since then, rasa tertarik pulak nak travel ke sana walaupun dok teringat lagi cerita culik tu. 

Lpeas beberapa tahun berangan, Alhamdulillah Januari haritu akhirnya berpeluang travel ke Lombok selama 6 hari 5 malam. The journey started with a 3 hours flight from KLIA2 and once we arrived, it's already night time. Sampai je di Lombok International Airport, supir kami; Abi dah siap menunggu. 


Flight: Return ticket Airasia, RM320 something. 

Transport: All in minyak, kereta, bayaran untuk boat, pakej snorkeling, upah supir dan ojek di Benang Kelambu, parking fees--(1 juta per person)

Simkad: Tak ambil unlimited internet, sebab hotel ada wifi, supir ada wifi. Beli satu simkad, buat hotspot share 5 orang--(15k per person)

Day 1

-Arrived at Lombok at 8.35pm
-Pusing sekitar Lombok
-Dinner ayam taliwang di Rumah Makan Bintaro Jaya
-Check in Peach House

Dinner: Rumah Makan Bintaro Jaya

Abi bawa kami pusing sekitar Lombok Tengah dan Lombok Timur, sambil-sambil tu dia cerita asal nama dan sejarah Lombok. Aku lapar dan asyik tengok luar tingkap masatu, jadi aku kurang ingat apa Abi ceritakan. Yang aku ingat, Lombok dalam bahasa Indonesia bermaksud cili. Ada satu lagi maksud Lombok mengikut bahasa orang Lombok, sayangnya aku lupa. Lepastu Abi terus bawa kami dinner di Rumah Makan Taliwang Bintaro Jaya. 


Rupa ayam taliwang, nampak tak kecik je?

Ayam taliwang ni kira wajib cuba lah kalau ke Lombok. Ayam tu kecik cenonet je, mula-mula kami ingatkan tu burung puyuh. Bagi aku, rasa ayam taliwang biasa-biasa saja cuma bila travel, kenalah cuba makanan yang berasal dari tempat itu kan? 

Lepas makan, terus check in di Peach House. Kami tinggal di Peach House selama 2 malam. Interior design Peach House cute sangat, warna pastel dan deko ala-ala Inggeris. Semua lengkap dekat sini. 

Peach House because the house was painted with peach colour


Our bed. We took the room with 6 beds

Day 2

-Pantai Pink
-Bukit Tangsi
-Masjid Prajaya
-Taman Muhajirin
-Pulau Pasir

Breakfast: Nasi lowong
Lunch: Lobster di Pantai Pink
Dinner: Bale Seafood

Hari kedua dimulakan dengan breakfast terlebih dahulu. Takmo ada monster semasa travel, hungry woman is an angry woman. Abi ajak kami cuba nasi lowong, gerai tepi jalan, tepi sawah. Kalau di Malaysia, ni macam nasi lemak la, menu sarapan orang Lombok. Ada pelbagai pilihan lauk untuk nasi lowong; ada ayam, daging, serunding, ikan. Harganya cuma 5000rupiah, murah sangat.


Rupa nasi lowong. Lauk dalam nasi ni dua sudu penuh pun dah boleh habis

Tips: makan nasi lowong sebagai breakfast setiap hari will help you save more money

Btw, masa mula-mula sampai kami ada beritahu Abi yang kami semua ni hantu tempe. Suka sangat tempe dari Indonesia sebab rasanya lebih sedap dan tak bacin. Hari kedua terus Abi bawakan kami tempe dan tauhu berinti untuk kami, dia suruh wife dia gorengkan. Alahai, baik sangat layan tetamu bagai raja.


Setel breakfast, kami terus gerak ke jeti dan ambil private boat untuk ke Pantai Pink. Masa di atas boat tidak disia-siakan, kami posing acah Kim Kardashian yaa. Sebelum sampai, kami singgah ke Penangkaran yang terletak di tengah laut dan merupakan tempat bela lobster dan ketam. Masa ke Jogjakarta itu hari kami tak beli lobster jadi kali ni, kena jugak makan lobster supaya tak menyesal kali kedua. Di Penangkaran ni kami (abang boat) tangkap lobster untuk menu lunch, fresh from the sea!

At the jetty, the sand is black





Lepastu baru la kami ke Pantai Pink. Di sini ada sebuah kedai makan, kami minta dia masakkan lobster tadi. Ada juga menu lain, cuma harga mahal sedikit berbanding di darat. Btw, lobster tu boleh dibakar sahaja, takde menu masak lemak cili api ke, masak cili ke.

Lupa pulak ni tempat tangkap ikan or ternak ikan. Look at the sky :(


Walaupun tak mempunyai deria rasa super seperti Jamie Oliver, tapi aku rasa lobster tu overcook. Isinya dah jadi kenyal dan tak berapa juicy, tapi sedap la jugak mungkin kerana ia lobster. Harga lobster tu kira by weigth, 1kg harganya 750k.


Dah kenyang macam ikan buntal, abang boat bawa kami naik ke Bukit Tangsi. Kenapalah abang boat tak bawa sebelum kami kenyang, rasa sebu perut ni nak mendaki walaupun bukitnya tak tinggi pun. Dah sampai atas bukit, eh hilang semua rasa sebu. MasyaAllah the view was breathtaking! View laut biru dengan ombak putih menghempas batuan, cantik sangat ciptaan Allah. Angin kuat juga atas bukit tu, risau je aku tengok kawan yang kurus-kurus--kot diterbang dek angin heheee.


Pantai Pink tapi tak nampak pink sangat. Maybe sebab tak banyak dead choral yang dibawa arus.


Dah puas tengok view dan bergambar, kami gerak ke Pulau Pasir. Dekat sini pantai dia cantikkkkkk gilos!! Air sejuk dan jernih, pasir dia berkilau blink blink okay. Lawa sangat. Sayangnya kami tak bawa baju lebih untuk mandi-manda, jadi mampu ketap bibir je la sambil basahkan kaki di pinggiran pantai.

Tips: I think it's quite a good idea to bring your swimwear to everywhere sebab pantai dekat sini air sejuk dan jernih




Next stop, supposedly kami ke Gili Petelu. Sayangnya air tengah pasang, jadi kami tak dapat turun dan tengok dari atas boat je. Kemudian, tiba masa untuk pulang ke darat.


Since semua belum solat, Abi bawa kami ke Masjid Agung Praya. Masjidnya besar dan cantik, siap ada kawasan lapang dan air pancut. Ramai juga yang melepak di sekitar masjid, semacam memeriahkan kawasan masjid, seronok pulak tengok suasana macam tu.


Seusai solat, kami bercadang untuk minum petang jadi kami ke Lapangan Umum Muhajirin, tak jauh pun dari masjid. Situ macam kawasan riadah, ada taman dan kedai makan. Kami order jus alpukat dan goreng-gorengan je. Btw, jus alpukat di Lombok rasanya berbeza dengan jus di Jogjakarta. Lagi sedap di Jogja. 



Jika berada di tanah yang dikelilingi laut dan pantai, memang mood nak makan seafood tu lebih-lebih kot. Untuk dinner, kami pilih untuk ke Bale Seafood. Kali ni kami ambil pakej makan untuk 4 orang tapi bila makanan sampai, pehhh what kind of 4 adults can finish all these foods?! Makanan semua sedap, seafood fresh, tak overcook dan secukup rasa. Ahh, salah satu nikmat bercuti ialah makanan
yang sedap.


Day 3

-Villa Hantu
-Check in Wombat B&B
-Gili Trawangan

Breakfast: Rumah Makan Bintaro Jaya
Dinner: Kedai makan depan jeti

Yeahhh, hari yang dinanti-nanti. Pagi-pagi kami check out dan nak bergerak ke jeti. Tapi tetiba supir bagitahu ombak besar dan kena tunggu dulu sebelum ke Gili Trawangan. Memandangkan kami belum breakfast, kami ajak supir carikan nasi balap puyung. Pusing punya pusing, tak jumpa pula kedai yang jual nasi balap puyung. Akhirnya kami ke Rumah Makan Bintaro Jaya lagi sekali.

Setel isi perut, ombak masih besar dan cuaca mendung. Sepatutnya kami akan snorkeling di Gili Trawangan, Gili Meno dan satu lagi Gili (ampun, lupa pula nama). Tapi kalau cuaca mendung, biasanya dalam air pun gelap dan tak akan nampak clear view, ikan dan choral pun tak nampak. Ombak besar pula memang bahaya untuk aktiviti air, nak berenang pun tak larat nak lawan arus nanti. Jadinya, supir nasihatkan kami snorkeling ke Gili lain sahaja esok hari.

Since we already book for the hostel at Gili Trawangan, nak taknak terpaksa juga ke sana. Sebelum ke sana, kami singgah dulu di Villa Hantu. Actually, villa ni adalah villa yang terbengkalai, belum siap dibina sepenuhnya. Aku syak villa ni dibina untuk tourism sebab view lereng bukit, menghadap laut dan ada pool with good view. Jangan risau, tak ada hantu. Lawa juga untuk bergambar.




Then, kami ke jeti untuk naik private boat ke Gili Trawangan. Ombak memang besar, kalau jenis mabuk laut, risau juga boat terbalik sebab tak pakai lift jacket. Sampai di Gili Trawangan, kami baru tahu bahawa hotel yang kami book tu duduk jauh ke belakang pulau, jauh dari jeti. Kalau jalan kaki, mahunya sejam baru sampai. Terpaksalah kami gunakan chidomo untuk ke hotel.

Price chidomo: 150k, tak pasti ikut jarak atau per ride.
Tips: Bicycle is way cheaper than chidomo.
Tips: Bawa ubat siap-siap kalau mabuk laut

Look at the dark sky :(


Btw, di Gili Trawangan tidak ada perkhidmatan Grab atau ojek. Yang ada hanyalah chidomo (kereta kuda) dan basikal. Memandangkan hari hujan pada waktu pagi, jalan di situ semua berlecak dan ada banyak lopak air. Disadvantage bila hotel terlalu jauh dari jeti, kedai makan juga akan jadi jauh. Deretan kedai makan rasanya paling banyak berdekatan jeti dan juga banyak mart untuk beli minuman atau makanan ringan. Memang silaplah kami book hotel ni.

Tips: sila book hotel berdekatan jeti.
Tips: Choose hotel with breakfast package, tak renyah nak cari makan pagi-pagi keliling pulau

One of the beds. 

Selepas check in, kami baring-baring menunggu waktu Zohor. Tetiba eh, semua orang tertidur sampai ke petang hahaha. Tak tahu la apa yang penat sangat, mungkin kepeningan hadap ombak besar. Kami terus bersiap untuk tengok sunset. Di B&B ni, ada khidmat sewa basikal dengan rate yang lebih murah. So kami berbasikal sahaja untuk ke tepi pantai.

Price bicycle rent: 30k per day (from our B&B)

Bear in mind, Gili Trawangan ni pulau so memang dikelilingi pantai. Hence, walaupun B&B kami jauh dari jeti, tapi masih ada jalan untuk ke pantai dari arah belakang. Di bahagian belakang pulau, masih ada banyak hotel dan kedai makan (mostly owned by the hotel). Tapi....since August 2018 haritu ada earthquake, kawasan belakang agak terjejas dan banyak sisa batu batu runtuhan hotel di tepi jalan. Kawasan pantai pun tak terurus dan kotor, mungkin due to hotel situ banyak tutup jadi tak ada orang yang membersihkan beach area. Ombak masih besar dan banyak tunggul kayu di gigi air. Maka tak dapat la kami bergambar di buaian macam dalam gambar Google. Sekadar duduk di tepi pantai sambil tunggu sunset je. Itu pun cuaca mendung, jadi sunset tak lawa. Memang tak bernasib baik haritu :(



Banyak kayu-kayu di persisiran pantai.

Hotel at the back, but currently under reconstruction/renovation after earthquake.

Untuk dinner, separuh pulau kami pusing untuk cari kedai makan. Akhirnya jumpa juga kedai makan betul-betul depan jeti. Di sini boleh pilih nak makan lauk apa dan bagitahu dia samada nak goreng atau bakar. For me, both way of cooking were delicious. Ikan segar dibakar elok, isi masih juicy dan paling penting, sedap! Tambah pula dengan bunyi ombak pantai dan lagu catchy, pehhh feeling habis.

Tips: Kedai depan jeti tu murah, pergi la dinner situ. Tapi tak cantik macam restaurant owned by hotel la

Gini la kami semua berbasikal. Gambar gegar don't care hahaha

Allahu rasa lapar pulak tengok gambar ni. Ikan dia tak hanyir langsung.

Lupa pulak hotel kami jauh ke belakang. Dah habis makan, terpaksa berbasikal untuk balik ke hotel. Perut kenyang pun boleh jadi lapar balik okay! Dah la lampu jalan berselang jauh-jauh, banyak depend dengan cahaya dari phone je. Sudahlah jalan pulak banyak lubang, aduhhh sakit ontot kite tau.

Sampai bilik, mandi, terus tidur kepenatan.

Ummm hello, masih membaca ke? Aku yang menaip ni rasa panjang sangat dah entry ni. Jadi, kita akan sambung dalam next entry okay? Harap maaf, jangan marah yaaa. Nanti kena jual <3

No comments:

Post a Comment