Assalamualaikum.
Sejak kenal erti travel, aku dah set nak travel outside
Malaysia once a year. Dekat-dekat je, tempat yang reachable, dengan harga
affordable untuk budak hingusan. So haritu I went to Hatyai, Thailand.
We went there by flight, straight to Hatyai. Once we’re
there, pakcik tuktuk dah ready kat airport. Masa tu around 12 noon, jadi kami minta
pakcik tu singgah mana-mana untuk beli makanan alas perut dulu. He recommended
us to go to a restaurant famous for their kuey teow sup.
Rusdi Kuey Teow Sup
Since it was nearly lunch hour, orang agak ramai. Nasib baik
masih ada seat for us. I ordered kuey teow sup small bowl with ice matcha tea.
My friends ada yang ada order kuey teow sup, ada yang ada dimsum. Sampai je
makanan ke table, terkejut semua haa tengok dia punya ‘small bowl’. Not small
at all, besar gedabak. Siap ada peha ayam seketul!
Lawa kan? Gazebo ni ada banyak tapi takde kipas.
Dimsum dia besar gedabak, sedap!
Daun tu nama dia Thai Basil, kalau letak sekali memang pehhhh.
Untuk yang nak tanya nama kedai tu or nak tanya lokasi, sorry aku tak tahu. Nanti tunjuk la nama dalam tulisan Thai ni kat driver korang ye.
Rasa dia? Sedap nak mampos. Sup dia flavourful memang power,
ayam dia lembut, air dia kaw. Murah pulak tu, 125 baht for food and drink. Oh,
waiter dia ada je yang pandai cakap Melayu (Kelantan) so ok la nak order tu.
Big Bee Garden
Lepas makan, pakcik tuktuk suggest kami pergi ke bee garden
pulak. Sebenarnya takde dalam plan pun tapi kami setuju je la sebab why not
kan?
Sampai je terus dibawa masuk dalam bilik for briefing about
honey. Dapat air madu free, minum la sepuluh gelas pun free. Dia bagitau macam
mana nak identify pure honey, benefits of honey, pastu promote produk dia
sikit-sikit. Produk dia macam best je,ada honey comb, royal jelly, produk
kecantikan made from honey, madu ori, etc. Murah je tapi since I’m on tight
budget, tak beli pun. My friends ada la yang beli.
Lepastu berjalan dekat taman lebah, tapi takde lebah pun
hahaha. Macam taman biasa je tapi ok la nak ambil gambar.
Masjid Songkhla
Dalam bermusafir, kita harus sentiasa menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang Muslimah juga ya. Lalu, kami singgah ke Masjid
Songkhla untuk solat Zohor dan Asar. Lepas solat bergambar depan masjid pulak.
Cantik pemandangan depan masjid ni, ade macam kolam besar dengan pemandangan
bukit.
Tetiba rasa macam dekat Mesir. Dah kenapa kannn.
Khlong Hae Seafood Restaurant
Yassss, saat yang ditunggu-tunggu, seafood murah! Restaurant
ni sediakan dua pakej; inside food only or inside out food. Kami ambil pakej
inside out sebab lagi banyak pilihan seafood dekat luar, baru puas hati nak
makan.
Pilihan daging.
Pilihan sosej dan bebola.
Ketam pun ada, ikan besar-besar pun ada.
Masak sendiri ok, tak kuasa tauke kedai nak masak untuk semua orang.
Memang banyak pilihan seafood, tak kisah la sebanyak mana
pun engko makan. Ada station untuk sayur, desserts, somtam, drinks, ikan bakar
dan macam-macam lagi. Memang tak mampu nak try semua. Paling best, ada
unlimited salmon! Tapi bukan isi yang tebal macam sushi tu la, dia macam
lemak-lemak sampingan tapi still sedap la bagi penggemar salmon macam aku ni.
Kami makan sampai tersandar kekenyangan tak mampu nak bergerak haha.
Lee Garden Street
Lee Garden Street ni terletak betul-betul depan hostel kami.
On the first night we went there, macam takde apa-apa sangat pun maybe sebab
bukan malam minggu. Orang pun tak ramai. Malam pertama, kami jalan sambil
tengok-tengok je. Sempat jugak la beli pulut manga dengan aiskrim kelapa. Macam
biasa la, memang sedap!
Udang besar-besar ni boleh dapat dalam 300 baht kalau kecik. Nanti dia akan goreng lagi sekali kalau nak beli.
Satay ni sedap, daging gemuk.
Second day pergi, ramai orang hoih. Semua orang Malaysia
pulak tu hahaha macam pasar malam Malaysia pulak. Oh, lupa nak bagitau masa tu
cuti sempena Merdeka. Kedai pun lagiiii banyak dari malam sebelumnya. Jalan pun
asyik langgar orang haha.
Ni suasana hari kedua, macam Jalan Tar di bulan Ramadhan.
Kat sini, souvenirs murah berbanding tempat lain. Kalau
baju, macam takde pilihan sangat. Kali ni, I bought pulut mangga lagi, aiskrim
kelapa, fried glass noodle and Yana beli udang besar gedabak tu. Puas hati
makan banyak-banyak.
Chabura Dimsum
Breakfast hari kedua kami di Chabura Dimsum. Ramai orang
tapi bearable. Mula-mula pilih plate mana kita nak, pastu bagi kat dia untuk
kukus. Tapi kan, pelik jugak sebab nama dimsum tapi tak macam dimsum pun. Lebih
kepada steamboat je, tapi layan je la kan.
Pau matcha ni sedap ya ampun!
Yana and Dayah order bubur nasi tomyam dengan bubur biasa,
Syera order salad daging ke ape ntah namanya. Tbh, aku rasa makanan kat sini
biasa je, macam overrated. Tu taste bud aku la, taste bud korang taktau la
macam mana.
Wat Hat Yai Nai
Actually masa ni kami plan nak pegi ke sleeping Buddha yang
besar tu. Tapi pakcik ni taktau pulak kat mana tempatnya, tetiba sampai ke Wat
Hat Yai Nai ni. Apo la pakcik!
Acah, lol.
Sini ada la jugak patung Buddha tu tapi nothing much for
attraction. Ada temple yang architecture cantik tapi kecik je.
Kat sini pakcik driver kami kena pau pulak dengan polis
Thailand. Katanya kami lebih muatan dan kereta tu tak daftar for taxi ke ape
ntah. Oh, btw kami naik tuktuk hari pertama je. Hari seterusnya naik kereta
biasa, entah ape la problem pakcik tuktuk tu. Driver pun dah tukar orang.
Hat Yai Municipal Park
Tempat ni agak famous di kalangan tourist, dibuka 7.30am – 5
pm. Kami pergi dah tengah hari, panaih lit lit. Ada cable car-200 baht tapi
kami tak naik pun. Dari tempat ni, bole
nampak view seluruh Hatyai tau.
Kai Tod Decha
Lunch hari kedua di Kai Tod Decha. Masa lunch hour, semua
seats penuh ok. Ramai yang menunggu untuk duduk. Nasib baik kami tak perlu
tunggu lama sangat untuk dapat seats. We ordered their rice with fried chicken,
tomyam and salted egg yolk somtam.
Salted egg yolk somtam.
Tomyam. Takkan tak kenal?
Nasi dia sedap la jugak tapi tak tahap wow la haha. Mungkin
sebab aku dah biasa makan food macam ni di Kelantan so tak impress sangat.
Sedap je tapi tak sampai wow marvellous giteww. Somtam dia sedap, tomyam dia
too sour.
Khlong Hae Floating Market
Kalau pergi Hatyai dan tak pergi tempat ni, memang tak sah
ok. Tempat ni dibuka jam 3pm – 9 pm. Yang perahu banyak-banyak tu jual makanan je, yang
bahagian atas ada market jual souvenirs, pakaian dan makanan. Macam-macam
pilihan makanan ada kat sini, rambang mata rasa macam nak beli semua. Akhirnya
kami beli air kelapa dalam bekas buluh (I called it air buluh betung), banana
chocolate pancake, mussel omelette dan fried quail egg.
Ni aku tak beli pun sebab takut tak sedap, kang bazir duit pulak.
Mussel omelette.
Fried quail egg, biasa je rasa dia. Rasa telur goreng la, kalau ada nasi panas letak kicap ni ok jugak hahaha.
Coconut pancake ni sedap!
Ni sedap jugak!
Kat sini baju murah-murah je kalau pandai negotiate. I
bought a shirt for 110 baht. Sini ada jugak keychain dan souvenirs lain. Tapi
aku tak terasa macam nak beli apa sangat pun so jalan cuci mata je la. Oh btw
sini banyak anjing ok terutamanya yang dekat sungai tu.
Asean Night Market
Market ni pula dibuka jam 3pm- 10.30 pm. Tempat ni lebih
kurang macam pasar terbuka, ada banyak kedai jual pakaian, beg dan casing
phone. Bahagian atas pulak ada jual makanan. Sini tak ada jual souvenirs tau,
aku mati-mati plan nak beli macam-macam kat sini lol. Kalau nak beli seluar ala
Thai tu, sini murah jugak.
Kami beli sushi dengan sosej kat sini, buat alas perut.
Hahaha alas perut la sangat padahal dah banyak makan. Kejap je dekat sini sebab
macam takde apa nak beli pun. Syera bei sweater kualiti ok jugak la for 200
baht!
So itu je la tempat yang kami sempat lawati di Hatyai. Tapi
kami ulang trip ke Lee Garden Street dua kali sebab depan hostel je dan pegi
Rusdi Kuey Teow Sup tu lagi sekali sebelum balik. Kali kedua pergi aku try
pulut durian dia, pehhhhh sedap gilos!
Tbh, aku tak beli souvenirs sangat pun. Just beli fridge
magnet 4 for 100 baht dan borong air Meiji banyak-banyak sebagai souvenirs. Air
Meiji dia semua sedap tau, kalau ringan dah lama beli dua dozen.
Ni air Meiji perisa melon, sedap serius!
Air Meiji pelbagai perisa, semua sedap. Aduh kenapa la tak datang dengan duit berkoyan-koyan.
Yang ni pun sedap sangat. Rugi beli satu je haritu.
Accomodation- kami stay di Hub Hostel. 400 baht per person
untuk dua malam stay dalam bilik dorm. Toilet share, katil empuk tebal, ada
aircond. Yang best nye, hostel ni dah sediakan universal adaptor untuk
customers for free so kami tak payah beli.
Simkad-kami beli di kedai tepi jalan je, suruh pakcik tuktuk
singgah. Lupa pulak harganya tapi kami buat hotspot je nak dapatkan internet.
Internet unlimited dan laju tau.
Transport-kami book tuktuk sebenarnya tapi hari kedua dapat
naik kereta ada aircond. Katanya pakcik tuktuk busy so dia bagi trip kami
kepada kawan dia. Total transport= 360 baht per person.
Perjalanan balik kami
minta pakcik driver hanta ke stesen van untuk pergi ke immigration. Harganya 50
baht, hantar sampai depan immigration. Dari immigration, kami jalan kaki je
sampai ke sempadan Padang Besar. Ada je khidmat kereta atau motor untuk 50 baht
per person. Tapi kami rasa macam tak berbaloi je so kami pilih untuk jalan
kaki. Tak jauh pun.
Dari imigresen, kami book Grab untuk ke Stesen Bas Kangar.
Naik bas sampai ke destinasi masing-masing.
Overall, Hatyai best untuk cuba macam-macam makanan. Tapi—harga
dia tak murah pun maybe sebab dah jadi tempat tarikan pelancong. Sebagai orang
Kelantan, aku rasa lagi murah kalau makan kat Sungai Golok hehee. Oh ye, kalau
ada banyak masa, boleh pergi ke Samila Beach untuk bergambar ok?
Oh lagi satu, pergi la massage alang-alang sampai Hatyai. Murah je tapi aku tak pergi sebab yang lain semua dah sengkek time nak balik tu hahaha.
Nanti try la air ni dekat 7e jugak ye? Tolong minum bagi pihak aku sebab tak sempat nak rasa haritu, kenyang sangat makan tak berhenti hahaha.
No comments:
Post a Comment