Saturday, December 30, 2017

Light and Motion of Putrajaya (LAMPU) 2017

Assalamualaikum. 

Semalam tak ada buat apa-apa dekat bilik so ajak la Filzah pergi jenjalan mana-mana yang dekat. Dah decide nak pergi Time Square sebab dah lama tak pergi. Tapi thanks to my inability to read waze properly, kitaorang tersalah jalan entah ke mana. Akhirnya, Filzah ajak pergi Putrajaya.

Walaupun dah belajar di KL-Selangor almost 5 years, tapi tak pernah pun jejak kaki ke Putrajaya. Rasa excited gila akhirnya sampai jugak ke tanah tempat letaknya semua HQ bangunan kerajaan (HQ? amenda ntah words selection aku). Lagipun semalam (29 Disember) hingga 31 Disember 2017, ada festival Light and Motion of Putrajaya (LAMPU). So ada la benda lain nak ditengok selain kompleks-kompleks kerajaan. 

Sampai Putrajaya just nice nak dekat Maghrib. Nice sebab cuaca dah tak panas tapi lighting still ok untuk bergambar and sekali tengok sunset. 

The majestic Masjid Putra.

Excited kemain dapat bergambar depan Jabatan Perdana Menteri. White House versi Malaysia.

Dah puas tengok sekeliling, kiteorang decide untuk solat Maghrib dekat Masjid Tuanki Mizan Zainal Abidin atau dikenali jugak sebagai Masjid Besi. Masjid tu lagi dekat untuk jalan kaki ke festival LAMPU tu. 

Kebetulan pulak ada pasar malam dekat-dekat Masjid Besi (takde la dekat sangat) so kiteorang beli makanan siap-siap sebelum solat. Pasar malam tu besar gila, rasa macam pergi bazar Ramadan. 


Masjid Besi ni pun besar gila! Nak pergi solat pun sampai berpeluh ketiak pusing-pusing dalam masjid. 



Lepas solat, makan dulu supaya mood baik untuk berdepan dengan crowd dekat festival tu. Kalau lapar kang nanti tak best nak jenjalan dengan orang ramai, rasa boleh bertukar jadi Hulk bila-bila masa, luls.

Aku tak aware sangat dengan festival LAMPU ni and aku malas nak search info untuk diselit dalam entry ni. Tapi mengikut obeservation aku, kebanyakan art works (?) yang ada diperbuat dari recycle things. Nice! Lecturer aku suka la ni benda-benda recycle macam ni, maklum la department Environment and Green Technology.





Masa dekat laluan ni rasa amazed sangat tengok lampu-lampu ni. Rasa macam dalam Avatar. 

Istana Kehakiman. Dorang buat macam projection untuk buat light motion on that building. Tapi serius nice!





 Ni la Filzah, tukang bawak aku ke Putrajaya. Thanks Fil <3




Bole naik beca untuk pusing-pusing. First time tengok orang bawak beca laju hahaha.

Yang ni aku rasa terpegun sangat. Awal-awal tu ingat lampu ape cantiknya, rupanya plastic je kumpul-kumpul. 




Top view.

Rupanya banyak je food trucks dekat festival ni. Nasib baik dah kenyang makan macam-macam dari pasar malam, jimat duit phewww! Kalau tak, mau nye semua benda dekat food trucks tu rasa nak beli.

Lepastu ada pertunjukan wayang kulit weh! Excited dapat tengok live depan mata. Tak sampai 3 minit, aku give up sebab panas sangat. 


Overall, aku rasa best jugak festival LAMPU ni. First sebab free entrance hahaha. Kedua sebab lampu-lampu semua cantik. Ketiga sebab banyak food trucks so senang nak cari makanan or beli air. Yang tak best nye, ramai orang so susah nak ambil gambar lawa-lawa. Aku kalau boleh nak semua orang clear kan venue tu exclusive untuk aku sorang je muahaha!

Ok, tu je.

No comments:

Post a Comment