Salah satu azam aku untuk tahun baru 2017 ialah pergi snorkelling!
Actually, right after aku balik Jogja tu dah start planning nak pergi mana-mana pulau yang cantik. In list masa tu were Krabi, Lombok and Perhentian. Siap buat group travel lagi tau untuk menunjukkan kesungguhan nak pergi island trip.
Tapi bila dah nak dekat tarikh cuti, semua mohon maaf dalam group tak dapat join maka ber-huhuhu lah aku. Takpe, aku takkan berputus asa dengan mudahnya hmmph! Aku pergi contact kawan sekolah pulak hahaha. Berjaya!
Since aku tinggal di Kota Bharu, kami plan buat day trip je. Lagipun ni last minute punya kerja, plan Sabtu, nak gerak pergi hari Isnin. Mestilah tak allocate banyak duit dan hotel pun mungkin dah full. Kami pergi berempat je semua girls-->> Moon, Yana, NK dan aku. Kami gerak naik kereta Moon sebab dia je ada kenderaan.
Kami gerak dari Kota Bharu dalam pukul 8 pagi dan singgah sekejap breakfast dekat Besut. Makan nasi berlauk ikan tenggiri, Fyi, this is my fav nasi tau sebab nostalgic sangat teringat masa kecik dulu selalu berhenti beli nasi ni buat bekal pegi sekolah. RM3 boh!
Bila dah sampai tu, kena settle dulu pembayaran pakej snorkelling dekat agent yang kami dah book awal-awal. Pakej day trip ke Perhentian dari agent tu hanya RM75. Murah okayyy. Kami dah ambil nombor person in charge siap-siap dan dia pun dah ambil nombor kitaorang siap-siap, senang kerja. Tiket taman laut kena bayar sendiri RM5 sebelum masuk Jeti Kuala Besut. So total day trip RM80.
Sempat pulak selipar I putus masa ni T.T
Naik je bot, terus dapat life jacket. Awal-awal bot tu jalan, boleh la lagi semua orang berlagak cool. Sekali dah sampai tengah, laut bergelora betul sampai melambung bot tu. Sakit ontot ittew tau :( Macam naik roller coaster versi ride yang sangat panjang.
With Moon. She's the most noisy girl in the class back in form 5 and always crying to go home right after prep class start on Saturday, duh!
Can you see how dark the sky is? And it's raining too cuma nasib baik laut tak bergelora so still boleh snorkelling.
Look at my tudung hahaha, obviously tak iron sumbat je dalam beg.
The water splash, ahh so refreshing.
Sebelum tu, boatman ajar dulu macam mana nak guna equipment snorkelling. Lepastu dia suruh practice breathing bawah air biar selesa. Then baru la dia bawak kitaorang pergi tempat best sikit.
Haritu langit mendung so air laut nampak gelap je, nak tengok choral pun susah sebab cahaya matahari takde. Boatman suggest supaya terjun tengah-tengah laut je sebab lagi cantik. Bila makin dekat dengan persisiran pantai, air lagi keruh sebab berpasir. So view lagi lawa dekat tengah, cuma tinggal berani ke tak je la.
Lawa, serius! Kalau cuaca terang mesti lagi lawa.
Dapat la jugak acah-acah berenang bersama ikan nemo sambil main aucakk dekat celah choral. Btw, aku tak pay attention sangat nama setiap point yang aku terjun =,=" heheee tapi aku ingat ada 5 points.
Dekat one of the point tu, siap dapat tengok penyu lagi tau. Nak terjun berenang dengan penyu tu tapi air gelap pastu penyu tu pulak omakkk aii laju kemain. Shark pun takde haritu masa snorkelling dekat Shark Point. Kecewa I, baru ingat nak acah berlakon citer Jaw. Jangan risau, shark Terengganu tak makan orang.
Baru aku tahu penat gila snorkelling woi! Penat sebab nak kena berenang dari bot-pantai-bot pakai safety jacket. Ada satu kali tu aku biarkan badan terapung je malas nak berenang bhahaha. Pastu boatman yang tarik aku ke pantai ihiks, macehhh abang boatman. Aku lupa nama dia apa sebab tu dari tadi dok menaip boatman je.
Love love love the greenery of hills and blue sea combine together.
Just me. And why. the. fruit. my arm. looks. like. Baymax?!
Boys on other boat.
Enjoying myself in the sea. Serius best sangat!
Lepas penat sampai dah tak larat nak snorkelling, boatman bawak ke Lata Berani. Situ kawasan air tawar dan air pun sejukkk je. Nyaman sangat buat bilas badan lepas beberapa jama dok berendam dalam air masin.
Kemudian kami pergi tukar baju dekat Kampung Nelayan lagi. Ada toilet kat situ tapi kena bayar 50sen. Nak jimat, pergi je tukar baju dekat masjid hehee. Solat Zohor siap-siap pastu tunggu boat datang bawak balik ke darat.
At the back is masjid dekat Kampung Nelayan. Very beautiful since it's on sea water. So much love!
View from Kampung Nelayan. What's not to love?
Bagi aku best weh dapat tengok segala mak nenek kaum kerabat Nemo, penyu, choral dan hidupan laut lain. Rasa macam Ya Allah, lawanya bumi ciptaan Allah ni. Ni baru sikit, tu pun dah rasa nak hidup dalam air. Cuma rasa ralat sikit la sebab cuaca mendung dan air tak nampak jernih membiru macam dalam Google.
Btw, jangan lupa bawak air mineral dengan food untuk energy sebab confirm haus, lapar dan penat. Harga makanan dekat Kampung Nelayan untuk junk food aku tak pasti sebab tak tengok pun. Kalau masakan panas range dia dalam RM9-RM10 lebih kurang untuk mee goreng dan yang sama waktu dengannya.
Next, pulau mana pulak? her her~
Siapa cakap pulau cinta aku lepuk sampai jadi penyu =,=
No comments:
Post a Comment