Aku ni terkenal dalam kalangan kawan-kawan sebagai seorang yang mudah terliur tengok makanan dan mudah mengidam itu ini tidak semena-mena. Contoh, bila aku tengok lembu, aku boleh mengidam nak minum susu lembu secara tiba-tiba. Bila baca blog masakan, aku rasa nak makan benda tu sekarang jugak. No procrastination kalau datang craving, bertangguh hanya applicable untuk urusan akademik miahahhaa ^.^
Haritu aku saje je baca blog Kak Azlita Masam Manis, blog memasak yang famous tu. Kak Ita ni selain terer memasak, dia jugak pandai shot gambar yang gempak untuk setiap makanan dia masak tu. Dan tu diaaa, mai dah craving gila aku bila tengok Kak Ita buat donut kentang.
Lalu aku suarakan hasrat hati aku yang tak seberapa nak suci sebab jarang istighfar ni kepada kawan aku, Syera. Syera ni memang terer memasak sebab dia selalu tolong parents dia menjual dekat kantin asrama dan dia pandai masak macam-macam. Sesapa berminat boleh pm teruih sebab dia dok bising jodoh tak sampai-sampai lagi.
So sempena weekend, bergerak la kami dua ketul membeli bahan nak buat donut kentang. Sebelum korang berharap lebih jauh, aku nak bagitau yang resipi ini adalah resipi versi paling mudah dan tak guna banyak bahan. Kalau ikut resipi Kak Ita, dia letak telur dan 1 sudu teh baking powder. So kalau korang nak tambah, tambah je la eh. Hukum dia tak wajib.
Btw, aku terjumpa daun limau purut raksasa. Besar gila, ulat daun mesti ingat tu padang bola luls.
Sebelum buat donut, kami masak tomyam ayam versi sayur lagi banyak dari ayam. Maklum la, nak jimat sebab duit biasiswa tak masuk lagi her her. Yang tepi ayam tu honeydew ye kengkawan. Honeydew tak masuk dalam tomyam tau tau tau.
Donut aku buruk sikit sebab buat asal siap nak makan je hihiks. |
Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
Yeast 1 paket kecik
2 sudu teh garam
Kentang 3 biji (yang gemuk gedempol)
Air ais
Icing sugar
Cara-cara
1. Rebus kentang sampai empuk dan kemudian lenyek macam nak buat mashed potato.
2. Mixed kentang lenyek tadi bersama tepung gandum, uli sebati.
3. Tambah air yang dah dilarutkan bersama yeast ke dalam doh. Aku guna air biasa je, tak guna air ais. Tambah air sehingga doh kental.
4. Ini cara Syera, sapukan sedikit minyak pada plastic bag dan masukkan doh tadi ke dalam plastic bag. Uli sehingga tak melekat dan nampak macam licin elok je.
5. Biarkan doh sehingga kembang 2 kali ganda. Seeloknya simpan di tempat yang hangat.
6. Bila dah cukup kembang, bulatkan doh dan buat lubang di tengah macam bentuk donut yang korang selalu makan tu. Nak buat bentuk pokok kelapa pun suka hati la.
7. Dah boleh goreng dalam minyak yang tak terlalu panas sebab takut hangit.
8. Toskan minyak dan golekkan dalam icing sugar. Tips: masukkan icing sugar dan donut ke dalam zipper bag dan goncang, lagi senang dan tak bersepah gula sana sini.
9. Siap untuk dimakan dan kalau boleh lagi elok disedekah kepada jiran tetangga kalau dorang dah terbau korang menggoreng donut tu ^.^
Donut yang belum coated dengan icing sugar. |
Serius senang je buat donut kentang ni. Aku ingatkan leceh rupanye idok pun. Sedap aku makan donut sebagai minum petang tadi, banyak ketul jugak aku ngap. Sesuai sangat la buat donut ni untuk buat makan dengan keluarga sambil santai-santai atau show off depan mertua akan kehandalan terbaru ini.
Sempat jugak aku singgah beli bunga untuk perhiasan atas meja study supaya ceria sikit hidup aku dalam menghadapi final semester. Dream catcher besar gedabak tu aku beli dekat Jogja, murah je RM6. Dekat instagram jual RM45-60 tau, haaa jelas dak?
Letak bunga lagi sekali supaya hati korang berbunga-bunga sambil makan donut kentang.
Btw, dah final semester huiihhhh, harap dapat grad on time la pastu kawin dengan orang kaya pastu boleh dok rumah buat donut tiap-tiap hari :)
Gurau je ihiks.
Penghargaan: Syera yang rajin layan aku mengidam pelik-pelik ni. XOXO!
No comments:
Post a Comment