Hai kawan-kawan. Kita bertemu lagi kali ini dalam edisi special, trip to Jogjakarta. Aku baru je ni balik dari seberang, sunburn masih fresh gitu. Alang-alang tengah rajin dan tak ada kerja ni, baik aku bersegera update entry sebelum aku lupa dan malas.
This trip was actually planned since Febuari 2016 sebab AirAsia tengah murah, when it's actually not really cheap. Around RM200++ for return ticket. Setahun kemudian barulah aku berangkat ke Jogja dari 23 Januari- 26 Januari 2017.
As we reached Adisutjipto Airport, speechless seketika sebab tengok airport dia kecik cenonet je. Masuk airport je terus jumpa kastam, jalan sikit jumpa tempat arrival declaration, jalan dua tiga langkah lagi jumpa tempat ambil luggage, mengengsot sikit lagi jumpa balai ketibaan. Sangat convenient untuk orang yang malas berjalan macam aku luls.
Sesampai nye di sana, bapak supir dah siap menunggu sambil tayang kertas A4 bertulis nama kami. Kami ambil pakej transport sebuah van sebab kami berlapan tak mungkin muat nak letak bontot dalam satu kereta. Pakej transport ni dah include supir (driver), duit minyak, parking fees dan makanan untuk supir kami tak perlu tanggung. Total harga untuk 4 hari: 400 000 rupiah per person. Kalau pandai cari, boleh je dapat lagi murah kot.
Disebabkan kami bertolak awal pagi dan tiba agak lambat sebab air traffic jammed, kami terus minta supir kami iaitu Pak Bowo untuk singgah lunch terlebih dahulu, Lunch pertama di bumi Indonesia adalah masakan padang. Ini rupa nasi padang, harga untuk nasi + ayam + tempe + es teh = 19 000 rupiah. Food dekat sini murah je and since my hostel provide breakfast, I can save more money ^.^
Disebabkan kami bertolak awal pagi dan tiba agak lambat sebab air traffic jammed, kami terus minta supir kami iaitu Pak Bowo untuk singgah lunch terlebih dahulu, Lunch pertama di bumi Indonesia adalah masakan padang. Ini rupa nasi padang, harga untuk nasi + ayam + tempe + es teh = 19 000 rupiah. Food dekat sini murah je and since my hostel provide breakfast, I can save more money ^.^
Kemudian kami bertolak ke Candi Prambanan. Aku masuk dengan tiket student price 117 000 rupiah which is 50% from normal price. So for students,bawak je kad pelajar tu supaya dapat jimat duit dan boleh dilaburkan untuk shopping pula, ahaks!
The architecture of Prambanan. Aku memang minat tengok ancient architecture sebab the buildings will make me wonder how they can built it without any technologies. Teliti pulak tu.
The majestic Prambanan, dibina sebagai largest Hindu temple in Indonesia terdiri daripada 240 bangunan termasuk 3 candi utama, 3 candi wahana, 2 candi apit, 4 candi kelir, 4 candi patok dan 224 candi perwara. Haaa nampak macam berpengetahuan luas tak aku? Padahal copy dari information board dekat Prambanan je lololol.
The not-so-majestic Ammelia and friends. Candi Prambanan termasuk dalam list UNESCO world heritage site hang tau dak?
Candi utama dekat Prambanan ada 3 iaitu Candi Siswa, Candi Brahma dan Candi Vishnu. Candi Siswa adalah yang paling tinggi terletak at center of the temple dengan ketinggian 47m. Sekali lagi copy dari information board supaya nampak macam orang ada ilmu sikit.
Btw, Pak Bowo ada citer pasal myth of Prambanan di mana construction of this temple dibuat atas kehendak seorang puteri kepada seorang penguasa yang nak kahwin dengan dia dalam usaha nak menghentikan perang. Katanya dalam satu malam perlu buat beberapa ratus candi, tapi sebab manusia mana ada kudrat nak buat dalam satu malam lalu pertolongan jin digunakan. Tapi candi ynag terbina tak cukup satu so tak jadi kahwin lah dorang berdua. Ini mitos ok kawan-kawan.
Favourite posing style iaitu bajet-bajet tengah pegang DSLR dan ambil gambar like an expert photographer, kemudian kaki silang depan untuk ilusi kaki kurus.
Selama ni dok baca dalam buku teks sejarah je sambil tersengguk-sengguk, sekarang di depan mata. Patutnya bawa rombongan sekolah ke sini supaya lebih efektif untuk memahami sejarah. Memang kepala hotak dia lah kan nak bawak semua students Malaysia datang study history dekat sini hahaha.
Dah setel dekat Prambanan, kami bergerak ke Kraton Ratu Boko. Since weolls pergi tempat ini dengan sunset entrance, student price is not applicable so kami ambik pakej ticket + dinner dengan harga 110 000 rupiah. Kalau nak harga student price, silalah pergi sebelum terbenamnya matahari hokeh?
Ratu Boko ni pulak tak clear sikit history dia. Function building dekat sini remain mystery dan tak diketahui sesiapa pun. Nama tempat ni adalah sempena nama Raja Boko.
Ratu Boko is probably an ancient palace terdiri daripada main gate, crematorium temple, a pool, a stone pedestal and paseban (audience hall). Yang aku nampak tempat ni banyak binaan batu-batu yang tersusun macam dalam gambar dekat atas ni. Tak tahu lah macam mana orang dulu-dulu boleh bina bangunan macam ni, mystery sangat kan?
Ini lah pool, katanya tempat puteri bermandi-manda. I wish I have superpower to see what happened at this place in the ancient time.
Inilah main gate dekat Ratu Boko. Ramai orang dok tunggu sunset haritu. Tapi sayang, kami dihalau oleh guard supaya mengosongkan Ratu Boko's compound tu bila dah nak dekat Maghrib. Tak dapat tangkap proper picture of sunset pun. Bazir je duit mak noks.
Amazing view from Ratu Boko, itu aku rasa Mt. Merapi. Aku rasa je la. Since aku ambil pakej with dinner, so I had my dinner with sunset view and lots of mosquito. Makanan dia nice except masin sikit.
Lepastu kami terus balik ke tempat ke penginapan kami untuk 4 hari yang dah di book siap-siap iaitu Bhumi Hostel. Since weolls ni datang macam rombongan Cik Kiah, kami terpaksa separate bilik. Bhumi Hostel hanya menyediakan bilik untuk 6 orang, jadinya 2 ketul lagi perlu duduk bilik lain. Konsep hostel ni macam ala-ala garden, ada taman organik yang ditanam dengan pelbagai plants yang boleh dimakan, pokok avocado, gym a.k.a art area, ada praying room, bathroom yang perlu dikongsi, dining hall and tempat melepak. But to be honest, tak sesuai untuk Muslim kot since they have two dogs.
Salah satu art wall di Bhumi Hostel. Ini dilukis oleh guest hostel tu sendiri.
Breakfast kami setiap pagi, kangkung dengan tempe cook by the staff.
p/s: pengurus hostel ni ganteng bangat, his British accent memang bikin hati berdebar aduh!
Keesokannya kami pergi ke Pantai Timang.
Oh sebelum sampai ke Timang kami sempat stop by at walang goreng stall. Walang is belalang. Hati yang walang tu aku taktau la berkait dengan belalang ke tak lololol. Belalang dia bapak la besar hoih, gerun aku tengok.
Jemput makan adik kakak. Sedap jugak belalang ni, rasa macam kulit udang yang digoreng rangup. Berpikir banyak kali jugak la sebelum makan, yelah kau tengok la kepala dia je dah besar macam raksasa! Tips: tak ada tips, jangan makan kalau taknak hahaha *tak membantu langsung*.
Kalau nak ke pantai, kena naik ojek (motor) yang dibonceng oleh warga tempatan. Sebelum tu, aku nak pesan usahlah berlagak kau reti bawak motor di sini sebab jalan di sini memang berbatu-batu, bengkang-bengkok, curam, berlecak, berlumpur semua ada dalam satu pakej. Jauh pulak tu, sakit ontot ittew tau.
Semua itu memang worth untuk view seindah ini Tempat aku berdiri tu adalah photo spot, kena bayar 5000 rupiah per spot kalau nak tangkap gambar. Boleh tahan gayat jugak sini woih, hanya mampu berlagak cool sambil mengucap panjang dalam hati.
Vitamin sea untuk awak dan saya ihiks.
Ini pula gondola. 100% man-made dengan kayu dan tali sahaja. Mau nya tak gigil aku naik benda alah ni. Harga untuk naik gondola adalah 200 000 rupiah tapi memang berbaloi-baloi. Nasihat aku, overcome your fear and experience this crazy thing!
Kena cop tangan sebagai tanda dah bayar, tak ada tiket, alahai environmental friendly sangat.
Compulsory spot for picture, sebagai bukti kau bergambar dekat Timang Beach.
Eh seriously can't get enough of this view. Kalau bukan sebab kulit dah rasa pedih sunburn, memang aku duduk tercongok je perati Hindi Ocean ni.
Katanya lagi, di sini padi semua tanam untuk makan sendiri bukan untuk dijual, padi tu tu pulak dituai secara tradisional guna sabit, digiling, dijemur macam zaman tok nenek kita. Untuk memasak, dorang guna kayu api dan orang kaya je guna dapur gas. Ubi kayu pun banyak ditanam untuk makanan. Memang insaf aku tengok kehidupan dorang dan bersyukur sangat dapat hidup bahagia selama ni. Aku terpikir, macam tu lah agaknya nenek moyang aku hidup dulu-dulu, sempat lagi aku muhasabah diri sambil menahan sakit ontot.
Btw dekat Timang Beach ni boleh makan lobster dengan harga yang agak murah. Since we are on tight budget, kami hanya order ikan dan sotong tapi itu pun memang dah sedap dan puas hati. Ini makanan paling sedap sepanjang aku dok sana.
Lepas seronok tadah muka dengan panas matahari dan kenyang perut, kami bertolak ke Hutan Pinus pulak. Pinus tu pokok pine ok. Dekat hutan ni sesuai sangat la kalau engko nak acah-acah model seperti Adriana Lima atau Gisele Bundchen kohkoh!
Tak ada apa sangat pun, hutan je la. Kebetulan kami pergi pada hari hujan, memang berlecak dan renyah nak menapak.
Tanah situ jadi lembut bila hujan so kena take extra precaution nak menapak tu. Lagi-lagi aku yang pakai sandal ni.
View dari atas, lawa kan?
Seterusnya kami ke Malioboro pulak. Malioboro ni famous sebagai tempat shopping untuk tourists. Tempatnya macam pasar malam atau uptown kat Malaysia ni haa. Di sini ada banyak dijual t-shirt Jogja, keychain, baju berunsur Jogja, dompet dan local foods. Aku sempat borong baju t-shirt untuk adik dengan kakak aku. Kat abang-abang aku pulak aku buat-buat lupa je hahaha. 7 helai tshirt boleh dapat dengan harga 100 000 rupiah tapi kualiti dia so-so je lah. Aku beli dua dompet motif batik, satu dompet harga 5000 iaitu lebih kurang RM 1.50. Kepala hotak dia kan. Cantik dan murah, menyesal pulak tak beli banyak-banyak sebagai souvenir wuwuwu :(((
Sebelum balik ke hostel, kami singgah isi perut di kedai nasi ayam penyet tepi jalan. Sedap dan murah, makan bersila hokeyy. Tapi tak ada gambar sebab gelojoh makan tak ingat nak snap gambar. Nasib baik ingat baca doa makan lagi. Ye makcik, berkenan nak buat menantu? Oh btw, kalau makan puyuh dekat sini, dorang tak potong kepala tau. Tanjat ittew tengok kepala burung dalam pinggan.
Aku rasa kita benti setakat ni dulu ye. InsyaAllah nanti aku sambung lagi dalam next entry ok? Kalau nak itinerary dan perbelanjaan, boleh e-mail aku je.
Ni aku bagi siap-siap nombor transport service yang aku guna. Tapi supir kami ialah Pak Bowo, dia memang best so silalah request dia. Pak Heru ni pengurus servis transport je.
+62 853-8561 1063 (Pak Heru)
Sekian sahaja untuk kali ini. See you in next entry :)
No comments:
Post a Comment