Assalamualaikum.
Aku rasa hidup sangat lifeless sebab setiap hari bangun
tidur, bersiap pergi kelas, belajar (baca: berkhayal), balik kelas, makan, buat
perkara yang lagha sampai mengantuk dan tido dan ulang lagi. Aku rasa hidup
seekor ikan emas dalam akuarium lagi menyeronokkan dari hidup aku. Lalu aku
buat keputusan untuk cari benda best yang boleh mengisi masa lapang dan boleh
buat aku terlupa dengan semua masalah dunia, haa gittewww.
Tapi aku dok pikir-pikir, apa la sangat yang aku boleh buat
di tanah sekankang kera kolej aku ni. Tiba-tiba aku dapat ilham hasil daripada
masalah aku yang suka makan dan suka shopping. Why not aku buat perkara yang
boleh mendatangkan duit kan? Asyik spend je, saving entah ke mana lepastu
berangan nak travel, nak beli rumah, nak beli kereta. Poorah!
Lepas pung pang pung pang brainstorming, tercetuslah idea
nak jual roti sosej dan dadih. Sebab aku jenis tak menyempat so terus aku ajak
kawan pergi beli bahan-bahan nak meniaga. Dan kat kolej ada refrigerator dekat
pantry di aras 2,4 dan 6 so aku simpan la sosej aku kat situ. Takkan nak taruk
bawah bantal pulak ye dok?
Entah le, takde rezeki aku kot tiba-tiba hilang pulak semua
sosej aku. Hmmm tapi ni bukan tiba-tiba ni, aku syak ini misi terancang. Tak
apalah, nak menangis pun sosej tu takkan turun dari langit. So roti yang
patutnya jual jadi lah sedekah roti aiskrim rainbow Walls dekat classmates,
wuihhh sedap pulak terbayang aiskrim rainbow tu.
Tapi aku terkilan la sebenarnya dengan kejadian ni. Yela,
dekat kolej ni semua pelajar universiti, dah besar panjang boleh fikir baik
buruk, halal haram dan hukum-hakam. Semua yang stay dekat kolej ni bakal jadi
pemimpin Negara, engineers dan macam-macam profesion yang wow-wow. Kalau
setakat sosej pun nak curi, apatah lagi wang rakyat kan? Orang macam ni ke nak
pegang amanah masyarakat nanti? Haaa dengan mendalam aku fikir. So nasihat aku,
tobat lah. Benda kecik pun tak boleh jaga, macam mana nak ubah benda besar?
Everything starts with us first. Be the change you want to
see.
Sekian ceramah bebas. Sambung balik hal niaga aku. Okay
pastu aku pun start lah meniaga dadih. Alhamdulillah setakat ni boleh tahan
laku sebab sekarang kan musim panas. Bangun tidur pun berpeluh macam baru lepas
jogging so tak payah la aku jogging ihiks. Dan dadih aku siap ada tagline
tahuuu, “dadih sedap sampai mengigau”. Kelas kau Janes!
Aku harap aku istiqamah dalam meniaga ni supaya aku dapat
kumpul duit nak pergi Jogjakarta dan Jepun, koh koh. Tapi sekarang assignment
tak membukit lagi, taktau lerr kalau dah masuk tengah semester nanti macam
mana. Doakan la rezeki aku melimpah ruah dan aku jadi seorang jutawan yang
pemurah. Ok?
No comments:
Post a Comment