Assalamualaikum.
Aku ni dah dekat 3 tahun bermusafir di Selangor/KL sebagai
pelajar yang rajin, komited dan berdedikasi. Ya, intro harus memuji diri
sendiri dahulu ya. Selama lebih kurang 3 tahun tu, dah beberapa kali jugak la
menjejak ke Jalan Tar, Masjid Jamek. Tapi tak pernah lagi rasa nak masuk dalam
entry. Aku risau beliau berkecik hati maka harini aku bercadang nak up entry
pasal beliau. Boleh ke dak?
Diam ja semua tu, kira boleh la kut kan.
Sebenarnya sejak empat enam hari balik KL ni rasa macam
hambar je. Kosong-kosong bak kata Najwa Latif. Aku pun terfikir la konon-konon
nak pegi escape dekat mana-mana tempat tengok sekeliling, layan perasaan ke
kan. Aku buat hipotesis yang mungkin crowd dekat Masjid Jamek tu boleh
menghalau hambar-ness aku maka aku pun gerak la ke sana di awal pagi.
Si kontot dan escape plan nya. |
Fikirnya nak gerak sorang, yelah kata nak escape kan, kena
la sensorang baru nampak macam cool sikit, hakhak. Tapi tiba-tiba kawan kepada
kawan aku cakap nak join sekali maka aku pun ok je lah kan. Kitaorang gerak
berjemaah la kiranya, aku imam, dia makmum sebab ni trip aku.
Setibanya di sana, orang tak ramai sebab hari kerja kut. Aku
seronok le sebab jadual aku takde kelas
untuk hari Jumaat nan indah ini. Aku jalan je ikut rasa nak pergi, kawan
aku tu pun ikut je secara membuta tuli langkah aku ni. Aku agak kagum la dengan
dia boleh saing aku yang nampak macam budak takde tujuan hidup ni *clap clap*.
Aku ingat nak jalan je, serius. Aku beria-ia ulang kali
cakap dekat ‘dictator’ yang aku nak jalan je, taknak beli apa-apa. Dia
awal-awal lagi gelakkan aku kerana dia tahu bahawa nafsu shopping aku tidak
mungkin dapat ditundukkan dengan mudah, lagi-lagi di bulan bukan bulan puasa.
Ternyata aku tewas dan menyebabkan aku tidak lagi percayakan diri sendiri, kahkah.
Ter-beli shawl hitam sebab aku fikir benda tu basic thing
yang setiap pompuan kena ada in case of emergency. Aku beli dengan harga RM6
walaupun akak tu kemain cakap RM5 pada awalnya. Aku pun malas nak argue sebab
aku nak hari itu adalah stress-free-day aku. Jalan depan sikit, aku jumpa kedai
yang jual shawl yang sama, kain yang sama sebijik dengan harga RM2.80. Aku
taktau nak geram ke, nak keciwa ke, nak gelak ke. Aku berdiri je pandang tag
harga tu lama-lama sebagai tanda protes terhadap diri sendiri. Lalu aku beli
lagi satu shawl warna lain, hahaha.
Ni golongan RM2.80. |
Pastu aku rasa macam ada konsert dalam perut so aku
mencari-cari la kedai nak isi perut. Aku ambik lauk ikan keli bakar cicah
sambal dengan air asam makan dengan nasi kosong tambah air the o’ ais limau.
Ya, readers harus tahu aku lunch makan apa.
Sedap oh makanan-makanan ni. Beli panas-panas tadi laju je aku makan seketul demi seketul. |
Ok, sambung jalan lagi. Jumpa pulak pakcik India jual bunga
kekwa macam-macam warna. Bila dia bagitau je satu batang dengan 7-10 kuntum
bunga tu hanya RM1.50 je, ohmaigad terus aku rambang mata. Kuning nampak macam
klasik, tapi purple nampak bright and strong, Tapi putih nampak decent, eh tapi
pink pun sweet. Alamak merah pun mengancam aummm.
Pakcik tu pesan, “Adik, bunga ini jaga kena banyak baik.
Jaga ini bunga macam baby. Baru tahan lama”. Dan kawan aku impressively lepas
tu terus bagi pet name ‘baby’ dekat bunga dia.
Sepupu sepapat 'baby' |
Tengok beliau ini semua pun aku dah tersenyum-senyum. |
Lepas dah dapat bunga, mood aku meningkat sebanyak 106%
termasuk GST, haha ok tak lawak. Tapi betul la, a girl with flowers is a happy
girl. Aku macam nak menari je rasa jalan peluk bunga tu. Rasa berbunga-bunga
dalam hati, macam ni la kut rasa dalam hati ada taman.
Bila dah dapat balik mood yang hilang, apa lagi aku balik
la. Peluh pun dah mencurah macam air terjun. Mission accomplish, misi nak
escape berjaya lah kut kalau dah tersengih-sengih peluk bunga dalam LRT. Dan
terima kasih Sarah, temankan aku dengan penuh sabar dan tak benti bercakap
dengan bright smile sekali tu. Sho shweet, lain kali boleh ajak saing jalan nak
escape lagi :)
Ni dalam LRT, tengah ambik gamba ni aku dok sengih lagi. |
Sekian laporan dari Masjid Jamek.
No comments:
Post a Comment