Tuesday, November 21, 2017

The most scary day.

Assalamualaikum.

Disclaimer: ENTRY NI PANJANG DAN TAK ADA GAMBAR-HANYA WORDS.


Masuk bulan ni, dah almost 5 bulan aku tanam anggur. Memang sangat mencabar emosi dan tenaga. Banyak kali jugak down tapi terus cepat-cepat pujuk hati. InsyaAllah rezeki tu dah ada tertulis untuk aku. Cepat atau lambat je. Dan sekarang--agak lambat nampaknya :D

F pulak sekarang masih struggle nak habiskan degree sebab dia sangkut papers. Ye, with 'S'.

So ada satu malam tu, kiteorang sembang on the phone.

Borak-borak punya borak--tetiba masuk topik study F. Dia semacam lemah semangat dan seems like giving up with study. Aku dengar je sambil sesekali pujuk dia supaya jangan fikirkan sangat--enjoy the process bla bla bla. Yelah, aku cuba tenangkan dan pujuk F apa terdaya la kan. And dah kenapa entah ada pulak part aku down sebab rasa macam loser--pergi banyak interview tapi tak ada jugak kerja yang sangkut.

Haaa elok la tu kan, dua ketul makhluk yang tengah down and emotionally exhausted sembang. Ada la syaiton mencucuk line. Tak tahu macam mana entah bole timbul topik suicide. Aku dengan F bukannya merancang nak suicide bersama ya teman-teman. Jangan gelabah dahulu.

F sekadar cerita kisah suicidal dekat universiti dia. Dia cerita la awat orang tu suicide, macam mana jadi--benda macam tu la. So far dah ada dua kes dekat salah satu bangunan universiti ni. F suddenly said "kalau kita pergi terjun sekali, dah cukup 3 kes untuk tutup terus bangunan tu".

Pehhhh naik bulu roma aku dengar dia cakap cenggitu. Sebab dia sentiasa cool (or berlagak cool) dan memang tak pernah la dia cakap benda-benda mengarut dan bodoh sebegitu. Terdetik rasa cemas dan seram sejuk bila dengar ayat F. Then macam-macam lagi la kiteorang borak dan diakhiri dengan F masih down dan cakap nak study untuk kuiz.

The next day. Aku bangun-mandi-makan-tidur je. Haritu aku tidur tengahari lepas makan sampai ke petang. Bangun je pukul 4 lebih. Dan seperti kebiasaannya, aku cek phone dulu untuk tengok jam dan tengok notifications apa yang penting or menarik. Dalam mamai tu, aku nampak ada satu follow dari rakan persatuan F--Noni (bukan nama sebenar) dan dua notifications direct message dekat twitter dan instagram dari Noni.

Aku dah pelik, kenapa tetiba follow siap mesej pulak tu. Noni tanya aku ada contact F tak dalam sehari dua. Aku cakap je la ada sebab semalam kan aku baru call sembang macam-macam.

"F tak balik bilik dari semalam. Roommate dia risau sebab harini pun still tak balik and tak jawab call pun. F hilang"

Aku macam what the.....Drama ape pulak ni, aku dah la mamai woi. Ayat-ayat Noni seterusnya memberitahu F unreachable by phone dan tak kelihatan di mana-mana. Semua orang tengah cari dia.

Terus aku teringat topik perbualan semalam yang dua-dua tengah hopeless dengan hidup dan ayat dia pasal nak terjun bangunan tu. Masa tu jugak aku rasa seluruh darah dalam badan aku tersejat, satu badan seram sejuk dan jari dah menggigil. Sumpah aku memang gigil time tu. Tak lawak langsung F hilang tetiba.

Sepantas kilat aku dail nombor F. Sekali call--tak angkat. Dua kali--aku lupa berapa kali aku call sebelum akhirnya F jawab call. Phewwwwwwww! Tak menyempat terus aku tanya dia dekat mana, buat apa, kenapa tak balik. Kau tahu dia jawab apa? TENGAH SCROLL TWITTER. Orang semua risau pasal dia, dia boleh berfoya-foya scroll twitter. Tapi aku tak terkeluar pulak makian sebab tetiba dah menangis dengan perasaan bercampur baur. Aku ingat aku dah takkan dengar suara dia lagi wehhh (drama sangat).

The rest is history.

Now, I've learnt my lesson. Don't ever talk about suicidal or stupid thought with stress person. Ever. Ever!

Anything could happen. Eventho F masih hidup alhamdulillah tapi aku sangat menyesal pergi borak macam tu dengan dia. What if dia betul-betul buat? Memang seumur hidup aku akan blame diri sendiri.

And--guys, please be strong in whatever situation. Talk to people. Don't stay alone. Don't do any attempt on suicide. Serius orang yang sayang kau (walaupun kau taktau or tak perasan ada orang sayang) akan sedih sangat kehilangan kau. I don't want anyone to rasa-darah-tersejat-feeling bila terima berita buruk macamtu.

Life is good. We will get over it. Hard time will pass. Good time will come, eventually. Be patient, be strong.

Live!

Nah bunga <3

No comments:

Post a Comment