Thursday, September 28, 2017

Trip ke Sg. Golok.

Assalamualaikum.

Masyarakat umum mengetahui bahawa Thailand adalah jiran Malaysia dan accessible through Kelantan and Kedah/Perlis. Apa yang masyarakat umum tak tahu ialah rumah aku dekat Kelantan so senang je nak masuk sempadan Thailand. Yelah, buat ape masyarakat nak amik tahu, tak berfaedah bukan?

So kawan kakak aku ada datang Kelantan and kakak aku decided untuk bawak dia jenjalan dekat Sungai Golok. Hah! Senang je nak masuk sana, cuma perlukan passport dan sedikit ilmu tentang selok belok jalan. Ilmu itu penting sebab kat sana tak bole connect internet guna line telco Malaysia dah. Kan dah masuk oversea tu? Cehhh oversea sangat.

Kami masuk sempadan haritu pun dah agak lewat sebenarnya. Tapi redah je la labu sebab dekat je pun. Sekadar nak makan-makan sebab serius I tell you, masakan dorang sedap gila!



Mula-mula kitaorang singgah makan ikan bakar. Nama kedai dia aku tak pasti la pulak tapi nama wifi dia "wawa" so aku panggil kedai wawa je, luls. Ikan bakar sini bagi aku agak special sebab dibakar dengan garam.

Dalam ikan tu ada la daun-daun diselit dekat part insang tu (insang memang dah dibuang ye) dan luar tu disaluti garam. Pastu kita bakor! Cara makan dia, macam ala-ala makan Korean food. Balutkan isi ikan dan mee siam tu dalam daun salad/thai basil/daun ketumbar pastu dip dalam sos cili hijau. Pehhh! Terangkat wa cakap lu. Bole jugak dimakan dengan nasi tapi sebab banyak lagi tempat makan nak dituju, kitaorang makan tanpa nasi.

Ni air green tea, tak berapa kaww pulak masa minum

Yesza, this is the ikan bakar! Besar an an?

Cara makan, macam makan balut-balut camtu je


Macam ni la cara ikan ni dibakar. Can you see the salt on the fish? Surprisingly, ikan tu tak over salty pun.

Next, kami ke Inbox Cafe mencari kek dan aiskrim. Cafe ni digembar-gemburkan menjual kek gulung berinti aiskrim yang bole didapati dalam pelbagai perisa. Nah, macam promoter kedai dah aku ni ha. Unfortunately, masa kami pergi tu takde perisa lain dah kecuali oren. Sebab nak try kitaorang bertujuh share satu slice. Yeah you read it right, TUJUH orang share SATU slice cake.

Imagine la macam mana kami bertujuh share cake ni :')

Kemainnn semua nak tangkap gambar secebis kek. Ini hanyalah lakonan semula luls!



Emm maybe sebab ni the last slice so kek dia agak keras dan tak gebu gebas. Dalam menu ada je tulis kek perisa green tea (dorang cakap sedap), cookie cream, espresso dan banyak lagi perisa best-best. So nasib la, hidup ini kan perjudian. Yeke perjudian?

Ok pastu we olls pegi gerai tepi stadium pulak. Hajat di hati nak makan makanan bakar-bakar. Alaaa, yang sosej bakar, sate ikan dan yang sama waktu dengannya tu. Tapi kalini kami order sotong bakar. Kekonon nak try je so beli satu cucuk. Bila dah makan, haaa baru kau tahu erti penyesalan. Serius sedap gila! Sotong dia lembut je tak kenyal, juicy, dan sos dia memang ngam manis-manis pedas. Satu cucuk tu dalam RM3 camtu je.

Fuhhhh kecur liur tengok balik gambar ni zzzzz.

Next! Kami singgah gerai tepi jalan untuk tapau makanan lagi. Thailand is well known for their pulut mangga. So ini lah masanya untuk beli pulut mangga original dari Thailand. Yang ni pun sedap jugak ok. Harga around RM6 kalau tak silap aku.



Ok ni last stop, kami berhenti di kafe hipster pulak iaitu Sawasdi Cafe. Sini ada coffee, desserts dan western food. Tapi yang menjadi buruan kami ialah bingsoo! Betul ke tak aku eja? Ahh korang paham kan? Yang macam ABC tu.

Kami order mango bingsoo, green tea bingsoo dan banana toast with chocolate. Walaupun kami bertujuh, tak perlu order banyak sebab bingsoo dia portion besar bebenor.

Green tea bingsoo!Green tea bingsoo ni sedap sangat tau. Siap ada kitkat green tea dengan kitkat green tea bite.

Banana toast!Banana toast pun sedap ya Allah. Toast dia maintain rangup walaupun dah drizzle chocolate sauce on top.


Penuh mangga woii bingsoo dia. 

Lepas sumbat macam-macam makanan dalam perut, tibalah masa untuk pulang. Sebelum balik, kami singgah solat di masjid dulu. Btw, dekat Sg.Golok ni ramai je Muslim dan dorang bole cakap dialek Kelantan. Tak payah susah-susah nak speaking atau belajar bahasa Siam. Matawang pun bole guna ringgit Malaysia tapi kena tanya dulu la dorang terima tak.

Itulah kisah day trip aku ke oversea muahahaha.

2 comments: