Saturday, February 4, 2017

Trip ke Jogjakarta-part 2

Asslamualaikum.

Bertemu lagi kita untuk sambungan previous entry tentang trip aku ke Jogjakarta selama 4 hari 3 malam. 4 hari je pun tapi buat sampai 2 entries, ngade sangat uolls.

Previous entry boleh refer TRIP KE JOGJAKARTA 2017.

Ok, on the 3rd day kami pegi ke Gunung Merapi. Gunung ni adalah volcano yang masih aktif dan dikatakan akan meletus setiap 6 tahun. Kali terakhir meletus ialah pada 2010. Eventhough orang cakap sunrise di Merapi lawa tapi untuk berjimat, kami decide pergi awal pagi je. Kalau pergi untuk sunrise, harga lagi mahal dalam 100 000 rupiah kot kalau tak silap. Even kami tak pergi untuk sunrise, perjalanan tetap start jam 5 pagi sebab takut tak sempat nak pergi tempat lain since mountain tu agak jauh. Pergi awal pagi pun cantik je view dia, don't worry bebeh.


Kami naik jeep dengan harga 350 000 rupiah per jeep, maximum 4 persons. Kalau nak naik sorang satu jeep pun boleh tapi dah kenapa kau nak buang duit merata pulak kan. Nasib baiklah tak ada awan yang cover peak of mountain on that day, so dapatlah aku tengok mountain ni dengan jelas *joget joget*

Gambar ni taken by driver jeep, semua gambar dia ambik lawa gila ok macam expert photographer. 

Dekat Merapi ni biasanya driver akan stop dekat 3 spot. First stop dekat gambar background Mt. Merapi, second stop dekat batu alien dan last stop at muzium. Ini dekat 2nd stop. 


Inilah batu alien dekat second stop. Asalnya batu ini dinamakan batu alihan, tapi sebab tourist susah nak sebut lama-lama jadi batu alien. Batu ini dikatakan ditemui selepas letusan Merapi dan berbentuk seperti kepala manusia. Nampak tak bentuk mata, telinga dengan hidung on the rock? 

Ini pulak antara kesan tinggalan barang selepas letusan Merapi. Di sini dahulunya ialah rumah penduduk kampung, orang kaya beb sebab rumah dia besar boleh buat lari 4x4. Banyak lagi barang tinggalan mangsa dalam rumah ni such as berus gigi, beg, periuk, sofa. 

Abu sisa dari letusan. Tebal tau abu ni, kira-kira 4-5 inci jugak. Tak heran la kalau bole mati kelemasan. Tak terbayang keadaan semasa letusan tu :(((

Asalnya ini adalah sungai. Dalam nak mampos sungai ni, tengok la sendiri ketinggian jurang tu. Tapi selepas letusan, sungai ni kering dan tinggal macam ni je. Lori yang nampak kecil di bawah tu tengah korek abu kot, tak pasti. 

Masa dekat Merapi ni rasa sayu sangat membayangkan keadaan semasa letusan berlaku. Mesti dorang bersusah-payah angkut semua barang dalam debu tebal dan haba panas demi menyelamatkan nyawa. Insaf kejap, al-fatihah buat mangsa letusan Gunung Merapi. Oh btw, supir jeep tu bagitau...

"penduduk biasanya akan terdengar alunan gamelan bila Merapi akan meletus, sebagai amaran dari makhluk sebelah sana" uuuuu serem.

Lepas setel tour sekitar Mt. Merapi, sempat breakfast indo mee kejap di kedai dekat tempat jeep parking. Bapak supir belanja yey!

Destinasi seterusnya ialah Candi Borobudur!

Untuk masuk ke candi ni, wajib beli tiket ya kawan-kawan. If you are a student, please bring along your student card. For student price, harganya less 50% dan dapat free mini train ride. Tips: sila naik mini train ride tu sebab kalau kau berjalan memang kau akan menyesal seumur hidup. Kau akan perlukan energy untuk daki Borobudur tu pulak tau sebab dia tinggi namateyy. Harga untuk ride tu 7500 rupiah tapi free je kalau student.

Haaa nampak tak betapa tinggi candi Borobudur ni? Tinggi pulak tu jarak antara anak tangga, nak menangis aku panjat candi ni -,-"

Dah penat mendaki, merasa pulak matahari terik betul-betul atas kepala. Pedih kulit sunburn tak payah cakap la huhuhuu. Nak menyorok dari sunlight pun tak ada tempat woihh, memang rasa nak menangis di bahu Baem Wong, eh*clear throat*

Masa posing ni rasa panas ontot ittew tau :'( 







Sekitar Borobudur. Tak sangka dapat tengok candi ni live depan mata, selama ni baca buku teks je. Tak tahu nak terharu ke atau nak rasa trauma teringat dulu pulun hafal sejarah SPM atas jalan tar sampai sakit belakang sebab taknak tersengguk. Oh, memory. 

At the peak of the temple. Peluh keluar macam air terjun tau masa ni hahaha. 


The architecture of Borobudur. 

For me, Prambanan lagi lawa. Mungkin sebab aku berpeluh ketiak kena panjat tangga macam 4 tingkat nak sampai ke puncak Borobudur so aku bersikap bias hahaha.

On the way exit candi tu, akan ada ramai penjual menjual souvenir. Memang dorang akan kejar kau seperti engko ni artis antarabangsa. Cumanya dia bukan nak signature kau, dia nak kau beli barang dorang. Tapi ayat dia buat sejuk hati tau " berkongsi rejeki embak". Tips: kalau nak beli, buat-buat tanya harga dan mintak kurang, at first dorang takkan bagi diskaun dan tiba-tiba kau akan dikelilingi satu batalion penjual. Ingat, kau kena berlagak cool dan jangan gelabah. Berlalu pergi saja dari situ lalu mereka akan bagi diskaun lagi dan lagi. Akhirnya kemenangan akan jadi milik kau muahahaha!

Pengalaman aku, dapat tawar harga untuk 70 keychains dengan harga 100 000 rupiah. Murah nak mampos tapi sayangnya aku dah beli awal-awal dekat Prambanan dengan harga 150 000 for 20 pieces, caitt. Aku turut kalah dalam perang tawar-menawar ni sebab aku lembut hati terlalu awal. Aku beli fridge magnet dengan harga 150 000 for 10 pieces sedangkan kawan aku tunggu sampai saat akhir dan dapat beli 9 pieces untuk 100 000 rupiah. Kepala hotak dia, jeles tahu dak!

Dekat luar candi tu pun ada tempat shopping souvenir tapi harga so-so je la. Aku sempat beli satu tas tangan corak batik, satu beg baju saiz sederhana dan 5 purse pelbagai saiz dengan harga 100 000 rupiah, memang berbaloi.


Singgah lunch di kedai jual bakso dan mee ayam. Aku makan mee ayam macam dalam gambar ni, sedap! Jangan lupa try mee ayam bila ke sana ye. Harga lupa dah tapi below 20 000 rupiah je sekali dengan air. Dekat sini es teh tu teh o ais tau, bukan teh susu tu. Dan teh dorang guna jasmine tea, aku sukaaaaa. Rasa berbunga anak tekak bila minum ahaks.

 Lepastu kami plan nak ke Kalibiru tapi hujan so kami decide untuk pergi ke Taman Sari. Sebelum ke Taman Sari, sempat menyinggah di Malioboro sekali lagi untuk beli batik. Aku kan baru nak masuk umur dewasa, mana la aku reti bab kain batik ni. Pikirnya nak beli batik berwarna untuk buat kain baju kurung tapi aku taktau harga dia murah or mahal kalau compare dengan batik di Kelantan. So aku beli sehelai je batik Indon untuk pakai. Pastu aku bawak balik tunjuk dekat mama, free-free kena bebel sebab beli satu je sebab dia cakap murah. Mana la aku tahu huhuhu.

Taman Sari ni adalah istana atas air. Tapi airnya dah kering dan sudah bertukar jadi perkampungan local citizen. Dahulunya ada istana dan tempat tinggal gundik yang dikelilingi tasik. Di bawah air pula ada masjid.

Sayangnya kami pergi ke Taman Sari pada hari hujan dan dah tutup pun. Kami hanya tour sekitar luar istana je dan tak berapa nak best sebab tak dapat whole view. Lagipun hari hujan, so jalan lecak, rasa rugi je pergi Taman Sari. Untuk sesiapa yang minat history, boleh la kot pergi. Tak recommended from me. Baik pergi Gereja Ayam dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta, boleh la jugak berangan berpijak di tempat yang sama dengan Rangga kohkoh!

Dalam Taman Sari. Ini tempat pembantu raja duduk berisitirehat, bumbung dekat atas tu dah runtuh sebab earthquake. 

Ini tempat gundik mandi. Dari atas tempat aku ambil gambar ni pulak ialah tempat raja berdiri dan pilih gundik yang akan menemani harinya, gituuu. Raja akan baling bunga yang dipetik dari taman dan mana-mana gundik yang dapat bunga tu, dia lah peneman raja. Tapi gundik yang sama tak boleh terima bunga keesokannya. Emmm aku bukan apa, tapi pervert jugak kan intai orang mandi huhuhu. 


Next stop mestilah makan. Kali ni aku try bebek bakar. Bebek is duck. Kenal Duck Scarves by Vivy Yusoff? Try engko imagine nama dia Bebek Scarves lololol!

Paling kiri itu Pak Bowo, supir kami selama 3 hari. Dia sangat baik dan kelakar. Siap bercerita kisah percintaan dia dekat kitaorang dan dia sebenarnya pengusaha pelamin untuk wedding tu. Supir ni kerja part time dia je. Pelamin dia buat taraf harga RM2k-3k dekat Malaysia hanya RM200 tauuu dakkkk. Murah nak menangis!

Seterusnya kami pergi ke kilang bakpia. Bakpia ni famous sebagai food souvenir, buatan tradisi orang Jogja. Bakpia ni original nya berinti kacang hijau tapi dah jadi hipster dengan inti baru seperti cheese, coklat, pandan, stoberi dan sebagainya. Kilang bakpia yang famaous produce bakpia brand 25, brand ni je sedap ok tapi harga lagi mahal dari bakpia biasa yang dijual di Malioboro. Tapi masa tu aku bodoh sombong, aku ingatkan semua bakpia ni sama je so aku tak beli dari kilang sebab rasa mahal. Sekali beli dekat Malioboro, memang jauh beza rasa dia. Menyesal tau dak wuwuwu.

Bakpia dekat Malioboro. Btw, bakpia ni tahan seminggu je.

On last day, kami gerak ke Kalibiru. Nak sampai ke Kalibiru, mengah jugak la aku mendaki sebelum sampai ke tempatnya. Semput woi! Sebenarnya sini spot untuk bergambar je dan tak ada benda menarik lain pun. Entrance fee 5000 rupiah tapi untuk setiap photo spot kena bayar harga range 15000-35000. Di sini ada beberapa spot untuk bergambar dan ada flying fox.. Kalau nak bergambar dekat 5 spot, haaa lima-lima kau kena bayar. Kami pilih satu spot je sebab kesuntukan masa.

View dia memang lawa sangat subhanallah. Rasa nak duduk melepak atas pokok tengok pemandangan tu lama-lama tapi kang marah pulak orang yang beratur tunggu turn nak naik hahaha. Ada tangga untuk naik ke atas ni so tak payah risau reti panjat pokok ke tak, yang penting reti panjat tangga. Tak tinggi sangat pun tangga dia *cehh berlagak mentang-mentang dah turun*

Tuhan je tahu betapa gayatnya nak berdiri atas pelantar ni hoii. Nasib baik ada safety rope attached, boleh la rasa secure sikit. Dorang menyediakan khidmat photographer. My advise, guna je khidmat dorang tu sebab gambar memang tip top. Kitaorang ada jugak try ambil gambar guna phone, memang hampehh gelap dan tak menarik. Satu gambar 5000 rupiah dan boleh pilih nak berapa banyak gambar, minimum 4 gambar. Aku beli 5 gambar, total 20 000 rupiah.

Kengkonon merenung jauh, padahal teringat roti naan cheese sama itu tandoori. Tak boleh lupa sama itu tandoori (siapa tahu lagu ni?)

Lepastu kami singgah solat di surau kampung dan lunch di tepi jalan.

Lunch terakhir di bumi Jogja; mee ayam bakso jumbo. Besar gedabak bakso dia, tanjat ittew. 


Sempat lagi tu posing sebelum pergi solat muahaha. Cantik kan sawah padi dia? Padahal dekat kampung pun ada hahaha. Saja ngade nak ambil gambar sawah padi Indonesia ^.^

Plan sebenar nak pergi ke Kraton tapi tak sempat pulak huhuu so terus gerak ke airport. As I mentioned in previous entry, airport Jogja ni kecik cenonet je, sekelip mata kau dah ada dalam departure hall lepas kau masuk entrance tu. Dalam tu tak ada banyak kedai pun tapi aku sempat melabur sisa-sisa duit rupiah aku untuk beli coklat Monggo. Malaysian yang pergi Jogja suka beli cekelat ni, so aku pun ikut je la beli sekali hahaha. Coklat tu tak ada la sedap mana pun, biasa jeeee bagi aku. Emm yeah aku memang cerewet.


Kalau di Indonesia, jangan lupa try jus alpukat, murah dan sedap. Sedap la bagi aku yang memang penggemar buah alpkukat/ avocado ni. Eh tapi kawan aku yang tak minat alpukat pun turut terjebak ketagih jus alpukat tau. Range harga: 5000-8000 rupiah satu cup besar. Aku ada jugak beli buah fresh alpukat tapi tak sesedap yang dibeli dekat Malaysia. Pakcik jual avocado ada tegur aku..

"Datang dari mana?"
"Dari Malaysia :) "
"Oh, dari negaranya Upin Ipin ya"

Lololol!

Selaintu kalau berminat, boleh try nasi gudeg iaitu local food di Jogja. Bakso, mee ayam, soto tu standard la makanan Indon yang wajib try. Oh, kerepek tempe dia sedap gila, sila beli banyak-banyak.

Overall, aku rasa Jogja ni best kalau kau pergi untuk jalan-jalan dan bukannya shopping. Aku enjoy je berliburan di Jogja, best je bagi aku. Tapi aku tak pergi dah kot, yelah baik aku pergi tempat lain pulak seperti India, Turki atau Thailand (wishlist aku). Semoga murah rezeki untuk aku travel lagi nanti.

Ok dah balik. Dapat tengok sunset yeyy.

p/s: Kalau aku rajin, next entry aku bagi itenerary and budget spent in this trip ok. Kalau rajin. Kalau guna "kalau" ni, gajah pun boleh terbang ye dok?



1 comment:

  1. hai, untuk beli ticket student price masuk borobudur perlu ke open student portal ?

    ReplyDelete