Friday, December 2, 2016

Penat kejap.

Assalamualaikum.

Tak jawab dosa, jawab saiyanggggg kite ihiks!

WEH YA ALLAH KENAPA TAK ADA ORANG BAGITAU AKU YANG FINAL YEAR NI PENAT GILA?


Haaa tak menyempat kan tu. Kenapa senior dulu-dulu nampak rileks je final year, sungguh meyakinkan cara dorang berlagak cool. Aku tahu la memang banyak kerja nak kena buat tapi aku tak sangka pulak sebegini rupa jadinya.

Tiap malam discussion, tiap malam menaip, tiap malam tidur lambat, tiap hari print itu ini T.T

Aku bukan nak mengeluh cuma tu la, mengeluh la jugak sikit.

Semalam aku ada buat lab work, kira buat experiment la. Sebab malam nye aku tidur lambat buat kerja untuk subjek lain maka keesokannya aku bangun lambat la kan. So experiment aku tu lambat la run. Sampai ke malam aku setel kerja lab tu, first time rasa sangat berguna dekat universiti.

Tapi dukacita dimaklumkan hasil kajian aku failed. Sebab tak ada product. Ada la sikit product, tapi memang sikit sangat macam hidup segan mati tak mahu, baik mati la woi geram pulak aku tunggu berpuluh jam.

Tapi tu la, biasa lah kan buat experiment. Ada yang jadi ada yang tak, kena terus mencuba.

Btw, cantik kan?

Lolss, tapi serius sinki ni lawa sangat sampai aku bole terlupa kepenatan buat experiment.

Hai, ini sahabat baik saya. Katil. 

Nanti kalau bertandang ke rumah aku jangan jakun pulak tengok kepala paip macam ni bhahaha. A woman can dream right? ^.^

Sekian sesi berangan. Ayuh sambung buat kerja.



1 comment: