Wednesday, July 27, 2016

Stress di tempat kerja.

Assalamualaikum.




Entry ini bukan rungutan sangat pun, saja nak share saat-saat yang boleh buat aku gelabah dan down bila kerja.
Sepanjang aku duduk Jepun ni, semua orang bergerak laju seperti train shinkansen yang bergerak dengan kelajuan 320km/h tu. Gigih aku google speed shinkansen noks hahaha. Dan ini telah membuatkan aku kelihatan sangat lembap tahap siput zombie yang mengengsot (siput mnegengsot ke? lols). Rasa down pulak bila pakcik tua yang nampak sangat uzur dan bongkok jalan lagi laju dari aku. Kau kenapa muda-muda dah tak ada semangat hidup dan berjalan dengan lebih yakin dan pantas. Gomenasai pakcik, saya tak ada niat nak perkotak-katikkan kebongkokkan pakcik. Pakcik memang power! (dah kenapa...)


Mesti pakcik tu gelakkan aku di dalam hati kerana aku berjalan slower than him. Maaf pakcik saya bersangka buruk pula dengan pakcik, entah-entah pakcik tak peduli pun siapa jalan laju. Btw, ini gambar makcik bukan pakcik.

Dekat office aku ni ada dua jenis kasut, satu untuk indoor dan satu untuk outdoor. Wajib pakai kasut indoor kalau masuk office dan building aku ni. Tapi kalau ada meeting ke, nak exercise pagi-pagi ke, kena pakai kasut outdoor. Aku tak tahu la aku seorang yang tidak expert memakai kasut atau apa, tapi aku adalah insan yang dah 3-4 orang berlalu tapi aku masih terkial-kial nak fit-kan kasut tu dengan kaki aku. Oh, tapi sekarang aku dah laju. Kasut aku nampaknya sudah selesa untuk berkerjasama dengan aku, kami kamceng sekarang.

Supervisor aku ni budak-budak gym (suka hati aku je memperbudakkan sv hihi) dan suka jogging. Dia cakap dia menemui kebahagiaan dengan jogging dan bersenam di gym. Dan dia rajin menyuruh aku pergi ke gym sebab nak suruh aku gagah perkasa bila assemble and disassemble nut and bolt masa test product. Sebab dia dah biasa jogging maka dia berjalan seperti meluncur sahaja di atas jalan. Kalau tak berjalan seiring nanti aku terlepas info-info pasal meeting pulak. Sekarang pun dia masih `meluncur` di jalan raya dan aku berlari-lari itik di belakang. Nampak sangat tak cool jadi macam mana nak tackle jejaka ganteng Jepun ahaks.


Aku syak dia pakai invisible hooverboard sambil berjalan tu. Yelah, orang Jepun kan berteknologi tinggi. Manalah tahu ada teknologi terbaru yang invisible kan hahaha.

Ni last, kau tahu kan kalau dekat oversea tak ada surau atau tempat ambil wuduk macam dekat Malaysia tu? Satu-satunya option untuk berwuduk adalah menggunakan sinki. Dia punya tandas pulak jenis berteknologi tinggi yang hanya ada bidet.


Hoh, bidet tahu bidet?


Bidet tu sejenis water system yang menyirami ontot sewaktu kita menyahtinja. Bukan paip ye, dia macam spray. Kalau masih tak faham dan masih curious apa itu bidet, cuba bertanya dengan incik Google ya? Kita nak meneruskan cerita ni.

Ha memandangkan kaki adalah anggota wajib untuk wuduk, maka terciptalah situasi aku mengangkat kaki naik ke sinki untuk membasuh kaki sehingga ke buku lali. Japanese kan tak biasa tengok orang wuduk dan dorang pulak jenis sopan-santun, lemah-lembut. Aku yakin mereka semua akan terbeliak bijik mata kalau tengok aksi aku yang tidak berapa cantik dipandang tu. So aku harus sentiasa tunggu sehingga line clear untuk basuh kaki.

Aksi membasuh kaki ini harus dilakukan dengan pantas dan sempurna ya supaya wuduk sah untuk dibawa solat. Dicampur pula aku perlu lap kaki kering-kering sebelum memakai stoking supaya tidak keluar aroma belacan dari kasut. Spoil la nanti muka cantik tapi kaki ashem. Masalahnya kau cantik ke hahaha. Maka berwuduk juga boleh menimbulkan rasa down hahaha.

Ok itu sahaja stress aku di tempat kerja. Kita tak boleh banyak merungut, nanti kita dicop tidak tahu bersyukur dan cerewet dan berlagak diva ingat company ni bapak kau yang punya ke.


Dah selesai mengomen. Saya pulang kerja dulu ya.

Nampak tak aku buat entry ni di tempat kerja kohkoh!

No comments:

Post a Comment