Saturday, September 12, 2015

Japan Part 2

Assalamualaikum.

Lepas previous post aku gembar-gemburkan dengan berita aku terpilih ke Jepun, sekarang ayuh baca cerita aku dekat sana sampai mata jadi bersakura. 

Aku bertolak ke Jepun pada 2 Syawal di mana rakyat Malaysia masih berpesta makan rendang, kuah kacang, satay, kuih raya, nasi pelbagai jenis dan segala jenis makanan lagi. Dekat KLIA masa tu pun lagu raya sayup-sayup lagi berdendang. Takpe, demi Jepun ku kuatkan perut tinggalkan lautan makanan. Gambaru! 

Otw nak ke sana, aku berpeluang tengok matahari terbit dari pandangan atas awan. MasyaAllah, cantik sangat. Sambil usha sunrise tu aku bersarapan like a king dengan dihidang oleh pramugari Jepun yang comel.


Sebaik sampai, dah ada travel agent yang jemput kami so kami terus bergerak balik ke hotel. Masa tu kiteorang naik bas sampai ke Futakotamagawa dan ambil train ke Takatsu. Dari Takatsu station, jalan ke kaki je pergi hotel sambil heret luggage besar gedabak. 


PEARL HOTEL MIZONOKUCHI

Aku stay di Pearl Hotel Mizonokuchi selama 3 minggu. Servis hotel ni bagus dan bilik pun comfortable. Setiap pagi ada cleaner datang tukar towel, bathrobe vacuum bilik, kemas bilik dan topup green tea sachet. Single room je tapi puas hati sebab duduk seorang je satu bilik, ihiks. Oh, hotel dekat Jepun kira berdasarkan per head ok. 


Untuk trip ni, sewa hotel berserta makan untuk breakfast dan dinner ditanggung sepenuhnya oleh Tokyo City University. Breakfast adalah secara buffet dengan menu sama sampai bila-bila dan dinner pula menu bertukar setiap malam. Dinasihatkan supaya jangan makan ayam daging sebab tak halal ok uolls. So yang best nya duit tak banyak habis dekat food then aku boleh shopping sampai termenung tepi jalan.

The room lengkap dengan bath tub, tv, mini refrigerator, mini water heater, set tea table dan ada aircond. Tapi lowest temperature untuk aircond dorang hanya 20 degree C dan kebetulan aircond bilik aku macam nak taknak je function so most of the night aku tersedar tengah-tengah malam buta dalam keadaan berpeluh macam baru lepas lari marathon. Tengah summer pulak tu, kau bayangkanlah! 

Kalau lapar tengah malam tadehal pun sebab convenient store 24/7 bukak berdekatan hotel cuma kena jalan kaki sikit. Kedai dobi self-serve pun ada berdekatan. 

TOKYO CITY UNIVERSITY

Disebabkan trip ni adalah under exchange program in science, cerita pasal universiti kena la hado. Barulah nampak macam student yang berguna untuk bangsa dan negara, haa giteww.

I went to TCU Setagaya campus which kampus ni menempatkan pelajar engineering dan architecture (kot) sahaja. Most engineering students are male maka jadilah aku bunga di antara kumbang-kumbang bermata sepet. Walaupun dorang adalah university students, tapi most of them tak reti speaking. Certain peoples do understand apa yang kita cakap tapi tak reti nak reply in English. Most of the time dalam laboratory, dorang akan berdampingan dengan fon supaya senang nak Google translate hehe kawaii desuyo! 

. Aku adalah student chemical engineering dan kebanyakan masa dihabiskan dalam makmal. Uuuu geek uuuu! Interesting part is, dorang handle chemicals sendiri tanpa perhatian lab instructor atau lecturer. Dalam refrigerator, beakers dan bottle contained with chemicals duduk bermuafakat dengan foods and drinks. Aku pernah tengok lecturer aku transfer air kopi dalam beaker from can dan minum! Terkejut eden. 

Part mem-bajet serahkan kepada aku. 

Mula-mula masuk lab, perkenalkan diri tapi ada dua orang ni je yang sambut kiteorang. haha Tapi dua-dua baik, yang baju putih tu sorang je reti speaking so dia la jadi instrutor aku, Akitoshi Fujimori-san.  

During welcoming party. Dalam gambar ni ada dua orang lecturers, cuba cari. Kalau tak jumpa alamat nak mati. 

BON ODORI FESTIVAL


Pada musim summer, akan ada banyak festival sekitar Jepun. Paling femes adalah Bon Odori festival dan hanabi (firework). Haritu aku jalan-jalan area hotel dan ternampak orang ramai macam ada kenduri, rupanya ada festival. I'm so lucky terjumpa festival kat tepi jalan je! 

Dekat festival tu ada gerai jual makanan dan minuman, gerai untuk games dan ada satu stage (stage la kot orang panggil) dekat center. Seronok tengok makcik pakcik, orang dewasa dan kanak-kanak menari riang-ria dengan lagu tradisional Jepun. Nampak dorang have fun betul, lalu aku pun ter-goyang kepala sekali ihiks. Ada jugak nampak kanak-kanak pakai yukata tapi segan nak bergambar dengan dorang.

Pakcik dan makcik menari tarian zapin ewahhh eh eh ewahhhh. 

Gambar takdak motif.
Aku join jugak festival tertutup dalam Cerulean Tower Hotel organised by a company. Yang attend event tu mostly pekerja syarikat tu dan ada 2 groups foreign students. Motif event ni adalah untuk perkenalkan budaya Jepun kepada dunia. Kitaorang diberi sewa yukata secara percuma (again, ditaja) dan dibawa berjalan-jalan sekitar Shibuya dengan pakai yukata. Terkepit-kepit iolls jalan pakai yukata tu. Malamnya, duduk ber-festival dalam hotel, menari tarian Jepun, makan, main game. Semua free, ahaks. Seronok jugak jadi perhatian orang-orang Jepun sebab berapa ketul je kiteorang ni bertudung, dasar attention seeker.

Gambar kenang-kenangan di hari tua.

Ehems, kasi can la tempek muka sendiri katt blog ok?


Depan Hatchiko statue, near Shibuya cross yang femes tu. Hatchiko ni pasal anjing yang setia tunggu tuan dia walaupun tuannya dah meninggal. Sila search untuk pemahaman yang lebih mendalam. 

HANABI FESTIVAL

Hanabi bermaksud fireworks. Hanabi festival bermaksud festival bunga api. Motif festival adalah tengok bunga api, tapi secara ilmiahnya motif festival ini tidak pula aku search di Google, sorry.

Hanabi ni selalunya dibuat di tepi sungai sebab hanabi kan dari api, api kan kalau merebak kena ada air. So sebab tu la kena buat tepi sungai. Ramai sangat orang yang datang festival ni. Ada yang datang dengan pasangan, family dan dalam kes aku, bersama kawan-kawan.

Seronok jugak festival ni sebab excited tengok orang ramai gile tapi fireworks nya biasa-biasa saja. Lagi meriah fireworks malam raya dekat Malaysia, hahaha. Yang aku respect dengan Jepun ni, dia punya safety precaution tu tiptop. Bunga api je pun tapi ada dalam 5 helikopter berlegar-legar di udara untuk memastikan keselamatan bandar. Haaa kemain kau jaga orang-orang kau. Terharu iolls.

The firworks, soryy gambar pecah-pecah tapi aku nak gakkk tunjuk. 

Sepanjang sungai ni full dengan manusia. 

Orang ramai sedang menunggu hanabi sambil berhuhuhu bersama kawan-kawan dan keluarga. 

*********
Fuh, lama sangat tak blogging sampaikan nak taip entry pendek pun semput tersekat-sekat. Aku rasa aku kena buat sambungan dan mungkin akan ada episod berantai. Tapi insyaAllah tak sepanjang episod Rosalinda atau sinetron Indonesia. See you when I see you!

TIPS

1. If korang pegi masa summer, please bawak botol minuman atau prepare air minuman kalau berjalan. Takut pengsan sebab panas dekat Jepun ni menyengat tak macam Malaysia. Takut pengsan atau dehydrated. Tap water dorang selamat diminum, peace!

2. Kalau rasa korang punya travel trip akan guna banyak train as transportation, beli PASMO card atau SUICA card siap-siap. Senang nak berjalan dan dapat harga diskaun. 

3. Buat akak abang yang pentingkan kulit cantik terjaga sentiasa, jangan lupa sunblock! Muka aku burn macam BBQ hangit sebab tak mempedulikan beliau. 

4. Bagi traveler yang travel by train dekat Jepun, sediakan train map awal-awal supaya tak tertukar line sebab line train sangat banyak berbanding Malaysia dan untuk mengelakkan dari tersasar dari jalan yang benar. Lagi afdhal, install apps untuk train Jepun so boleh rancang perjalanan dengan lebih efisien. 



No comments:

Post a Comment